BLOG ENCIK SUAMI

Monday, February 14, 2011

KEMPEN: Kami TAK Sambut Hari Valentine~

ENTRI MELEKAT SEHINGGA 14 FEBRUARI, SILA SCROLL KE BAWAH UNTUK ENTRI-ENTRI TERBARU. TERIMA KASIH~ ;)


Hati ni terdetik nak buat satu kempen sempena hari yang bakal tiba tak lama lagi. Hari ape? Cuba teka~ Heh~ Hari ape lagi kalau bukan hari yang termahsyur dalam bulan Februari, Hari Valentine! Orang Melanau cakap Valentine's Day~ :D

Jangan salah faham! Bukan saya nak ajak semua menyambut Hari Valentine, tapi nak menyeru yang beragama Islam supaya tidak menyambut hari ini. Sebab apa tak boleh sambut? Sebab ni...sila baca~


Salah satu versi terkuat menyatakan asal usul sejarah Valentine’s Day bermula di sekitar tahun 270M, di zaman pemerintahan Maharaja Rom iaitu Maharaja Claudius II yang zalim. Rom ketika itu terlibat di dalam beberapa peperangan yang berdarah dalam usaha untuk meluaskan empayarnya.

Claudius menghadapi kesukaran untuk mendapatkan tentera. Pada pandangan beliau sebab utama pemuda-pemuda Rom tidak berminat menjadi tentera ialah kerana mereka sukar meninggalkan kekasih dan keluarga mereka. Untuk mengatasi masalah ini, Claudius telah mengharamkan semua perkahwinan dan pertunangan di kalangan masyarakat Rom.

Saint Valentine merupakan salah seorang paderi Rom ketika itu. Beliau bersama seorang paderi lain bernama Saint Marius secara rahsia telah membantu mengahwinkan pasangan-pasangan yang ingin berkahwin. Akibatnya beliau telah ditangkap, dipenjara, dan dijatuhkan hukuman bunuh pada tanggal 14 Februari tahun 270 M. Beliau dianggap ‘syahid’ oleh para penganut Kristian ketika itu.

Sebelum dijatuhkan hukuman bunuh, ramai golongan muda menziarahi Saint Valentine semasa beliau di dalam penjara sebagai tanda sokongan dan simpati. Salah seorang yang kerap mengunjungi beliau ialah anak gadis kepada seorang pengawal penjara yang akhirnya membibitkan perasaan kasih sayang di antara mereka.

Pada hari Saint Valentine dijatuhkan hukuman bunuh, beliau telah meninggalkan sekeping nota kepada gadis tersebut dengan menulis ucapan terima kasih dan diakhiri dengan perkataan "Love from your Valentine". Menurut sejarah, nota inilah yang memulakan budaya Valentine’s Day. [Sumber dari SINI]


Disebabkan itu, Hari Valentine haram disambut oleh masyarakat beragama Islam, ok? Bak kata Areliff kat blog dia...


Lagipun, hari-hari adalah hari untuk berkasih sayang kan? Takkan satu hari je kot~ Hee... Jadi, kamu-kamu yang Muslim, saya ajak joinlah kempen ni~ terutamanya blogger, sebarkan kempen ni dengan menempek banner kempen di atas dalam entry, buatlah pengisian apa yang patut ya~ just nak letak banner kempen pun takpe~ saya tak kisah~ yang penting kita menyampaikan kepada saudara seagama, mungkin ramai lagi yang tak tahu kan? :) Nak tag kawan-kawan? Dialu-alukan~ :) Saya akan buat entry ni sebagai sticky post~ Hingga 14 Februari 2011. Sebelum tu, saya nak tag jugak lah~ Cik Puan Nabila, Kak Shida, Amalina, Qaseh, Paknyah Ujang, Ir NazWavex, Kak Deqdeq, Norfa, Ady Budika, Hakim, Budak Logam, Syah, Abdul, Zhafri, Anies, Niesz, eh banyak lak! Semua lah yang baca dan TERbaca tu! :D




KAMI Tak Sambut...K.A.M.I...


Isu Valentine's Day siap masuk paper lagi. Tadi pun bincang dengan senior & housemate tentang isu ni. Macam-macam...

Mereka tak puas hati bila pihak kerajaan pun tak bagi sambut Valentine. Malah, ada yang bising mengatakan seorang ustazah ni tak berapa betul hujahnya tentang Valentine.

Bukan sekadar tu, ada juga yang pertikaikan, kenapa kempen ni diadakan, sedangkan esoknya Maulidur Rasul. Tenggelam terus Maulidur Rasul bila ada kempen ni sebab sana-sini sibuk cakap pasal Valentine. Ada pihak mempertahankan dengan mengatakan fiqh awlawiyat kena apply kat sini. Mana yang utama, diutamakan dulu. Ada juga yang kata, biarlah seimbang kedua-duanya.


Ya, macam-macam pendapat ada...dan saya juga ada pendapat saya. Alhamdulillah, nampaknya masyarakat semakin cakna, tindakan pihak JAKIM melarang umat Islam di Malaysia menyambutnya betul, cuma penjelasan yang betul itu perlu. Mengenai kenapa umat Islam tak boleh sambut...bagi mereka benar-benar faham.

Tapi...terkilan juga bila baca komen-komen di media online tentang hujah pihak yang kurang bernas. Ada benarnya juga kat situ. Tersilap dalam berkata-kata tu bahaya...namun kata-kata yang silap tak boleh nak ditarik balik, kan? Melainkan memohon maaf pada pihak yang terasa.

Ya, Hari Valentine tidak pernah ada dalam kitab Bible, tetapi sejarah Valentine memang berkaitan dengan Islam dan Kristian di zaman silam. Disebabkan itu, ada halangan untuk UMAT ISLAM menyambutnya...untuk yang bukan Islam? Dipersilakan...selagi tiada isu moral yang timbul...

Dan sebab itu juga kempen ini dinamakan KAMI TAK SAMBUT HARI VALENTINE...bukan SAY NO TO VALENTINE...




Jom Layan Gambar...


Baiklah, malam ni taknak cakap banyak...nak suh layan gambar je...

Kamal Zharif kat Chongmin Island. Gambar dia cantik~~~

Cahaya Azyla punya header. Sangat comel dan ayat pun best~

Bobo ni join KEMPEN: Kami TAK Sambut Hari Valentine~ :D

Mujahidah Muslehah pun join gak kempen...

Dyanzjha pun join kempen jugak...

Senarai penuh mereka yang telah membantu menyebarkan KEMPEN: Kami TAK Sambut Hari Valentine~ akan dipublish jam 12 malam ni, insya'Allah~ Jadi...tunggu ye~ :)




Bila Yaya Natsumi Tag...


KAK Yaya yang tag saya kat SINI. Maaf KAK Yaya sebab lambat buat entry ni. Maaf gak kalau jawapan saya tak best.

1. Apa yang paling penting dalam hidup korang ?
Hidup saya la...

2. Benda terakhir yang korang beli guna duit korang ?
Majalah RAPI 15 Februari...

3. Dimanakah tempatnya korang akan melangsungkan perkahwinan dan apakah temanya nanti?
Masjid dan rumah saya, insya'Allah...tema? Tak fikir lagi...

4. Adakah korang sedang bercinta sekarang ?
Ye...dengan Allah dan Rasul.

5. Berapa lama korang akan mencintai kekasih korang ?
Sampai akhir hayat, insya'Allah.

6. Novel/buku/majalah terkahir dibeli ?
RAPI 15 Februari.

7. Namakan orang yang betul betul korang nak dalam hidup korang.
Sunah Mohammad...diri sendiri la...

8. Adakah korang basuh baju korang sendiri ?
Ye.

9. Dimanakah tempat yang betul betul korang nak pergi ?
al-Quds.

10. 5 lagu yang paling suka dan selalu dengar.
Insya'Allah - Maher Zain
Hold My Hand - Maher Zain
Dreams - High & Mighty Colors
Proud of You - Fiona Fung
OST Pasta yang jadi message tone henfon

11. 5 Blogger yang korang nak tag ?

Macam KAK Yaya, saya pun nak tahu gak, jawapan kamu-kamu sekalian yang kena tag tu~ :)



Kepada Postgraduate UTM


Kepada student postgraduate UTM yang berkenaan...dah rujuk jadual?

Klik SINI untuk gemukkan gambar

Baru dapat tadi dari Miss J. Huhuhu... Harap maklum ye.





Saya Dah Jumpa Sakura Putih


Alhamdulillah...ingat tak, saya pernah mencari blogger sakura putih kat sini? Saya rasa saya dah jumpa. Dia datang menjenguk saya di shoutmix pagi tadi. Cuba klik SINI dan tengok url blognya. Gembiranya~ :)

Mereka juga telah membantu menyebarkan kempen...

Wan Gerrard
aibaks
CinderLaLa

Dan...bukan...bukan saya buat entry sebelum ni untuk mendapatkan perhatian atau simpati sesiapa. Tetapi berniat untuk berkongsi dan mengingatkan antara satu sama lain, selebihnya saya mahu meminta maaf kepada semua...

Terima kasih kepada semua yang datang bagi kata-kata semangat. Macam-macam yang saya rasa bila baca komen-komen kamu semua...dan banyaknya saya menitiskan air mata...betapa saya bersyukur mengenali kamu-kamu semua...terima kasih Allah!

Admin: Kadang-kadang lalat boleh bertukar menjadi rama-rama...:)





Jika Saya Pergi...


Sahabat-sahabat di dunia maya...pernah tak rasa down sangat-sangat? Rasa macam nak tutup blog je...? Ada banyak sebab...

Mungkin kerana rasa diri dah bukan diri kita yang dulu?
Mungkin kerana rasa diri dah tak layak nak berada di sini?
Mungkin kerana rasa diri dah tak mampu menahan cerca?
Mungkin kerana rasa diri tak kuat untuk terus berjuang?
Mungkin kerana rasa diri...sendiri...

Saya merasakannya saat ini...

Saya tahu saya banyak melakukan kesilapan dalam dunia blog...
Saya sedar saya banyak menyalahgunakan manfaat yang ada di sini...
Saya yakin ada hati yang terluka dengan mana-mana gurauan...
Saya pasti tak seeloknya saya lakukan yang bukan-bukan...

Kerana itu...

Saya memohon maaf kepada semua...
Kepada yang saya gelarkan yang bukan-bukan...
Kepada yang saya usik hingga tak keruan...
Kepada yang masanya saya buang dengan pengisian yang kosong...
Kepada yang datang mencari inti tetapi tidak ketemu...

Saya tunggu...benar...

Selama ini saya menunggu...
Menanti dan melihat reaksi...
Di kalangan sahabat yang faham, cuma sedikit yang merespon...
Di kalangan sahabat yang kurang jelas pula saya ketemu jawapan...

Selepas berteleku dan berbicara denganNYA...

DIA kurniakan mereka yang menegur...
Saya menangis mengenangkan betapa jauh saya melupakan DIA...
Betapa saya telah mengabaikan sesuatu yang utama dalam hidup saya...

Saya rasa...benar...

Benar-benar terdetik setelah berbicara denganNYA...
Ingin saja saya berhenti ketika itu juga...
Ingin saja saya menyepi dari sini...
Ingin saja saya pergi menyendiri...

Namun...

Perginya sebegitu hanya mengeruhkan keadaan...
Saya lihat saya lari dari tanggungjawab besar...
Saya pandang jauh ke hadapan...
Bukan sekadar selang masa yang pendek ini...
Saya lihat walaupun dunia ini tidak perlukan saya...
Saya masih perlukan dunia ini...

Kerana...

Masih jauh perjuangan saya di sini...


Terima kasih Allah...

Jika saya pergi...mungkin tiada siapa yang mencari...:')





Hits Terbanyak Hari Ini dan Penghargaan

Tadi cek referrals ke blog hari ni kat nuffnang...

Terkejut...!

Klik gambar untuk gemukkan

Banyaknye hits dari Sahabat Blogger.net! Puncanya dari Slot Mingguan Blogger Pilihan Sahabat Blogger.net di mana adminnya akan promote blogger pilihan setiap minggu. Eh, ayat pun terbalik-terbalik je~ Saya tak sempat nak join lagi, dah dapat hits banyak ni untuk sehari...yang join apatah lagi. Nak tau lebih? Gi jenguk sendiri kat SINI.

Dah 14 Februari...tapi kempen tak habis lagi ye~ Sampai kul 12 malam 14 Februari. :) Dan esoknya Maulidur Rasul...mereka ini juga join...masterfaiz.com, Fasihah Supian, Anamizu dan d_hatie...d_hatie ni orang Sarawak~ Dia buat autopublish...terharu, maka saya menunggu...:)

Selain tu...nak ucap terima kasih kepada junior UTM ni...sebab buat entri penghargaan kat SINI. Header dia terpilih jadi header pilihan Enchek Ben petang tadi. Tahniah ye dik. Sape lagi nak pandangan tentang header, boleh tinggal komen kat bawah ye~ Mana tau, header kamu-kamu lak yang terpilih! (Poyo sungguh!)

Okie...malam ni kena tidur awal...mak pesan awal-awal petang tadi, dia teropong dari jauh! :D

Assalamualaikum~ :)





Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (47) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.