BLOG ENCIK SUAMI

Thursday, February 17, 2011

Saya Suka Dia...


Saya terharu membacanya. Saya boleh rasa entri itu sampai menusuk ke dalam hati saya. Memang benar seperti yang dikata. Saya boleh rasakannya.

Saya nampak dia dalam entry Enchek Ben tidak lama dulu. Saya komen di situ.

Saya nampak dia dalam Sahabat Blogger (SB) di Facebook. Saya teruja dan saya komen di situ.

Saya nampak link dia, saya baca dan saya suka. Saya komen di situ.

Saya pernah bagitahu sesuatu pada dia. Dan sekarang saya mahu berkongsi dengan anda tentang sesuatu itu.

Dia adalah antara mereka yang terawal memperkenalkan saya kepada istilah 'blogwalking'. Ketika itu saya membuka blog yang sudah begitu lama bersawang. Saya nampak dia dengan kata-kata 'b l o g w a l k i n g' di chatbox saya...Saya memang tak faham. Saya tak tahu apa maksud istilah itu. Saya tak jejak balik, saya reply di chatbox saya sendiri. Kerana saya tidak tahu.

Semakin lama, semakin ramai yang guna perkataan itu. Semakin lama, semakin banyak benda baru yang saya nampak dalam dunia blog. Blog bukan sekadar diari peribadi atau tempat mengarang kisah sepanjang 5 muka surat, tetapi dunia blog ada macam-macam perkara. Saya sudah menjadi sebahagian dari mereka? Sudah jadi yang biasa-biasa? Saya tidak kisah kamu-kamu nak cakap apa. Kerana saya ada matlamat saya sendiri dalam berblog. Dan saya akan capai matlamat itu dengan sokongan sahabat-sahabat saya, terima kasih untuk mereka.

Hari ini, saya nampak dia lagi. Saya kagum dengan dia. Terima kasih kepada dia yang menjadi antara pemula kepada saya yang sekarang ini. Moga Allah memberikan dia balasan yang setimpal dengan apa yang dia usahakan.

Siapa dia?

Dia Kak Anastasyea....kamu tentu kenal.

Terima kasih kak untuk ini!

Entri yang dimaksudkan adalah yang terpilih menjadi ENTRI CAMBEST di bawah.


ENTRI CAMBEST SIAPA KALI NI? JOM TERJAH!





SAYA PUNYAI 500 - 1000 FOLLOWERS


Header penganjur yang bila KLIK akan keluar magik!


Kalau nak tengok magik, sila KLIK header tu ye~ :D


KLIK ENTRI CAMBEST




Seri yang Berseri-seri...


Semalam seseorang telah menghantar mesej di FB kepada saya. Terharu membacanya...maka saya kongsikan di sini...


Kata-kata perangsang macam ni yang kita nak kan? Memang, topik tu susah, insya'Allah akak akan buat yang terbaik yang akak mampu. Allah juga yang memberi kekuatan untuk segala kebaikan...:)

Terima kasih kepada Seri yang berseri-seri~

.

.

.

.

.

Tapi...akak takmo jadi lecturer...:p


KLIK ENTRI CAMBEST




Contest Kempen Tak Nak Buang Bayi


Contest ini dianjurkan oleh tuan punya header mengancam:


Banner kempen yang kalau di'KLIK' akan keluar magik:


Kena bagi cadangan 3 langkah terbaik untuk mengatasi masalah pembuangan bayi:

Didikan dan perhatian dari kecik-kecik lagi kat rumah oleh ibu bapa dan kat sekolah oleh cikgu-cikgi insya'Allah boleh bagi anak-anak rasa, "oh, mereka semua sayang saya~"

Gomen wat sponsor kawen sekali setahun untuk mereka-mereka yang kurang mampu nak kawen tapi da berhajat nak berkeluarga, tapi pastikan yang diorang betul-betul dah faham komitmen dan tanggungjawab perkahwinan, ok?

Buat kempen macam yang empunya header mengancam kat atas ni, tapi pastikan kempen tersebar dengan rancaknya, tamo senyap-senyap ye...bukan takat kat blog, kat luar pun~

Nak jawab lagi, tapi Syah suh bagi 3 je...

Nak tag 5 mereka-mereka ini:

Kamu yang baca ni...dah tau kan? Jadi kena buat sekarang...:D


KLIK ENTRI CAMBEST




1st GiveAway Besday 23rd..


WaveX tag...banyak betul contest dan GA bertag-tag, tak menyempat nak join minggu lepas sebab bizi ngan kempen. Maaf bagi yang tag saya dalam minggu tu, memang tak terbuat! Huhu...

Kali ni WaveX tag kat SINI.

WaveX cakap macam ni dalam entry dia...

Meh tengok syarat-syaratnyer:

1) Mestilah blogger dari Malaysia dan mestilah jadi follower blog http://umiezul.blogspot.com/ (sudah follow - saya pun sudah~)

2) Buat satu n3 wish besday kat umie dan linkkan ke blog nie. Pastikan letakkan gambar ini di sebelah side bar dan tinggalkan link di komen entri ni yer...


3) Anda perlu tag sekurang-kurangnyer 3 Orang kawan. ( Pastikan mereka tahu mereka ditag )

4) Hadiah disediakan untuk 3 orang pemenang. Pemenang akan dipilih melalui random.org.

5) Tarikh tutup penyertaan ialah pada 17.02.2011, Jam 11.59 mlm.

Kepada Umie:

Hari ni hari lahir Umie...
Salam hari lahir ke-23 ye...
Jadilah insan yang bermanfaat kepada insan lain...
Moga dalam lindunganNya selalu...
Insya'Allah...:)


KLIK ENTRI CAMBEST




Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (46) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.