BLOG ENCIK SUAMI

Monday, February 21, 2011

1 Undi Untuk Si Comel


Fullamak~!!!

Budak kecik ni pun bertanding weh!


Sila undi dia 24hb ni sebab dia COMEL!

Hahaha~ 

Okie...kalo kamu-kamu semua kan, dulu-dulu mengundi calon MPM kampus kamu sebab pe ek? Ape kriteria yang kamu-kamu pilih? Cantek? Comel? Hensem? Kacak? Macho? Manis-manis macam Irene Nadia Marcello? Ke huduh sikit tapi pandai bergaya? Erk!

Ke sebab dia tu kamu-kamu kenal sangat? Dia aktif kat kolej? Dia selalu join program kampus? Dia boleh dipercayai? Dia berwibawa dan bertanggungjawab? Atau dia selalu tolong kamu-kamu buat assignment yang tertinggal? Eh!

Hurm...masa mula-mula masuk U dulu...

Tahun 1:

"Eh, abang ni ade jaga saya masa Minggu Haluan Siswa, saya nak pangkah abang ni la~~"
"Eh, kakak ni pun ade, pangkah-pangkah..."
"Err...dah habis yang dikenali...hurm...yang ni lah, comel lagi hemsemmm!"

Tahun 2:

"Ha...dia ni memang saya kenal kat kolej!"
"Oh, senior ceq ni, junior kena support senior!"
"Dah habis lagi...hurm...yang ni lah, muka cam bersih dan suci jek..."

Tahun 3:

"Sila undi saya!" :D

Tahun 4:

"Dah, ceq dah tau dari awal nak undi sapa! Takyah cucuk-cucuk dah! Menyampah lah cucuk-cucuk niiiieeee!!!"

Fuhhh...rajin sungguh pelakon kat atas ni mengundi, tak tinggal tu...dari tahun 1 sampai tahun 4!  Kamu ada? Hahaha~

Okie...yang tak mengundi lagi tu, sila undi calon yang berwibawa dan cantik serta hensem, ok? Ops! Yang berwibawa lerr...yang belakang-belakang tu nilai tambah je. ;)

Jom tengok sape yang menang...beberapa kampus dah nampak dah result...


P/S: Saya bukan student UNIMAP, dan saya tak boleh mengundi! :p


ENTRY CAMBEST SAPE KALI NI? JOM TERJAH!




Geram dengan Along!


Aish, ni takleh jadik! Dia pun join jugak! Huh!

Takleh! Saya dah booked itu teddy froggy! Along amek keychain je, ok?

Hish, nak tau nape saya geram sangat ni? Gi jenguk blog along saya kat SINI.

Eeee...geram sungguh!

Dah, nak bagi ilang geram ni...jom gi jenguk blog Kak Shida...dia da bertukar~ Dia guna header baru yang cambest jek~ Hikhikhik~ Takmo citer panjang-panjang... Gi la jenguk sendirik!


ENTRY CAMBEST SAPE KALI NI? JOM TERJAH!



Apa Kata Mereka Jika Isteri Seorang Blogger...


Hoh! Macam-macam pendapat! Tak kurang tu yang cakap nanti hari-hari makan megi, kain antar dobi, susu beli susu botol jek...dan anak jarang-jarang nak dapat. Erk! Ni Qaseh yang cakap, ok? :p

Kak Shida cakap, takde masalah kalau sesama blogger ni suami isteri... Tapi hati mau kental... Yang penting niat tu... Untuk apa blogger ni...pastu kena terus terang...okie, mungkin Kak Shida ni bakal berkahwin tak lama lagi. (Larikkkkkk! :p)

Hehe...Kak Habibi lak kongsikan macam mana husband dia merajuk bila asyik ngeblog sampai sms dari si suami tak terbalas! Fuhhh...saya ni pun jenis tak nengok henset sangat dah sekarang ni! Maaf ye kat kawan-kawan...tapi saya mesti baca gak walopun lambat...kadang-kadang tengah baca tu boleh pulak lupa baca sampai habis, stop tengah jalan sambung ngadap laptop...then, "alamak! terlupa!" hahaha~ Kak Habibi pesan, lepas kawen kena kontrol-kontrol...:D

Syafiq lak macam out of topic jek...haha~ kata bila nak kawen nanti tema adalah kaler oren, iaitu kaler logo Blogger, dan semua blogger tak kire femes ke tak akan dijemput...terus wat vlog gitu~~~ ni angan-angan ang eh Syafiq? :D

Err...kak LM menolak untuk diinterview...hahaha! Guro jek! Cuma dia kata suaminya pernah la jugak merajuk~ :p

Okie...ape-apepun, sume tu bergantung kepada individu, ok? Mana lagi penting untuk kita dapat ganjaran kat akhirat kelak? Hati suami ke hati blog? Ahaha~ Kalo berblog hingga meng'kembang'kan hati suami, itu memang saya salute lah! Lepas kawen, syurga kan di bawah tapak kaki suami? ;)

Sebelum berakhirnya entry yang ntah ape-ape ni, jom layan gambor best ni....


Beliau adalah Kak Habibi Hamid di atas! Hahaha~ Baca kisah lanjut kat SINI, ok?

Yang Ina the mucuk girl dengan Atiq, saya tak dapat nak ulas lebih lanjut, nanti Hang Tuah terbalik, TH boleh kupas lebih dalam, kot? :D 


ENTRY CAMBEST SAPE KALI NI? JOM TERJAH!



Isteriku Seorang Blogger


Uhuhk-uhuk! Saya memang batuk, tak hilang-hilang lagi ni.

Dari dulu lagi terfikir benda ni, apa akan jadi ek kalo isteri anda seorang blogger? Blogger tegar lak tu, yang kejenya ngupdate entry siang malam. Ohooo~hoi~

Antara yang bermain di fikiran saya...kelebihan dulu, ek:
  1. Kamu menjadi popular di dalam blognya (dalam blognya saja, ok?) sebab entry-entry dia semua ada nama kamu.
  2. Dia sentiasa ada idea nak update entry sebab bila da kawen, lagi banyak cite kan?
  3. Hari-hari makan makanan resepi baru sebab dia suka baca blog Che Mat Gebu.

Antara risiko yang bakal dihadapi oleh kamu:
  1. Dia asyik ngadap laptop jek, sampai kamu jeles.
  2. Rumah? Mungkin terurus kalo dia pandai bahagi masa, ok?
  3. Hari-hari makan di meja makan bersama laptop, kot?
  4. Tahan hati dengan gossip-gossip sebab dia kan banyak peminat~ Haha~
  5. Err...lagik?

Macam seimbang jek, haha~ Kalo nak tau lagi lanjut, kena kawen dulu ye Qaseh dan Ina the mucuk girl ? Hahaha~


ENTRY CAMBEST SAPE KALI NI? JOM TERJAH!



Isu Saya BerCINTA dengan Ady Budika...


Terkelu kejap lidah bila baca mesej dari seorang rakan blogger yang juga merupakan reader Sunah Suka Sakura dot com.

Sebab tu lah munculnya entry sebelum ni. Dan sambungan ceritanya adalah di SINI. Macam mana timbul isu ni, memang sangat memelikkan saya.

Tapi, bila renungkan balik, saya bercinta dengan Ady Budika? Ya, memang! Saya bercinta dengan Ady Budika. Dan Ady Budika adalah blog kepada blogger Ady Soleh Ahmad. Blog Ady Budika memang best untuk dibaca, jadi tak salah untuk saya bercinta dengan blog itu sebagaimana saya bercinta dengan blog jiran kat depan dan kanan rumah saya ni.

Tapi, minta maaf...tak mungkin untuk saya dan blog Ady Budika sampai ke jinjang pelamin seperti yang dikatakan di dalam mesej itu, kerana Ady Budika hanyalah sebuah blog yang tidak boleh dikahwini. Teddy froggy, boleh kot! Ohoho...

Sekian terima kasih...

Ade sape-sape yang nak join lagi contest jiran sebelah kanan rumah saya?

Admin: Baru je nak ada abang...haih...


ENTRY CAMBEST SAPE KALI NI? JOM TERJAH!




Saya Bercinta Dengan Ady Budika???


HAAAH???


NO KOMEN...

cerita seterusnya di SINI







Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (47) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.