BLOG ENCIK SUAMI

Tuesday, March 1, 2011

Ape Kes? Blog, Blog, Blog!


Masa tu...tangan tengah gatal-gatal nak bukak Sunah Suka Sakura dot com sambil carik maklumat tentang pembentangan Jin Tomato kat depan. Jeng jeng jeng...direktor vlog yang duk kat belakang nampak! Dengan selambanya...

Saya: Nah...siap masuk blog lagi video group kita.
Tuan direktor: Hahaha! Blog ang ke ni?
Saya: Yo la... (sambil check komen...)

Fuhh...pecah gelak semua termasuk Aji dan Miss J bila baca komen-komen kamu semua...tuan direktor pulak tersipu-sipu malu (hiperbola sket) sebab kena puji oleh kamu-kamu semua...hahaha~ Lepas tu tuan direktor kata, "ang kena letak kredit ni!" :p

***

Masa tu...jari-jemari menaip entry...di depan, group Jin Tomato masih membuat pembentangan... Khusyuknya owner Sunah Suka Sakura dot com sehingga...

"Kamu-kamu..." cett! Aji dan tuan direktor mengintai-intai rupanya apa yang sedang ditaip...mereka sedang membaca paragraph "Kamu-kamu semua pernah dengar tak tentang GMF?" :D

***

Masa tu...jari-jemari sedang mencari maklumat tentang Krisis Tenaga, mana lah tau kot-kot ada soalan yang boleh ditanya kepada pembentang di hadapan...tapi...ada suara sumbang di belakang...

Tuan direktor: Hish, lajunya carik maklumat!
Aji: Ni mesti nak masuk dalam blog nih!

Dalam hati...adohhhh...mana ada la weh...

***

Masa tu...bos besar ajak makan kat MarryBrown. Sambil-sambil makan...

Bos besar: Next two weeks kita gi Tanjung Kupang jom!
Tuan direktor: Ha? Tanjung Kupang? Aku selalu memancing kat situ! (sambil sengih-sengih...suka la tu! :D)
Aji: Ha...bolehlah ang memancing nanti!
Saya: Ha...bolehlah masuk blog nanti...
Mereka: (semua pandang saya...)
Saya: Err...
Aji: Betul, betul!

Hahaha!

***

Tak habis makan lagi...still kat MarryBrown...

Miss J: Tau tak kenapa Rasulullah galakkan makan sebelum Maghrib? Kenapa? Kenapa?
Kami: (diam...takde lak yang cakap "cer citer, cer citer..." :p)
Miss J: Sebab...cuba korang renungkan, yang selalu makan lepas Isyak tu mesti tido terus lepas tu...kalau makan sebelum Maghrib, at least perut leh hadam makanan tu dulu sebab kita sedar yang kita tak solat Maghrib dengan Isyak lagi...jadi, leh la elakkan buncit!
Kami: Oooo...
Aji: Ang leh masuk dalam blog lepas ni, Sunah!
Tuan direktor: Ha...betul, betul!
Saya: Err...

Hahaha!

***

Dalam kete nak balik...

Tuan direktor: Eh, dengan blog leh buat duit ke?
Saya: Boleh...dengan nuffnang, innity, advertlets, bla, bla, bla...per unique klik....bla, bla, bla...fraud...bla, bla, bla...(panjang bebenor saya terangkan, entah faham ke tak! :p)
Aji: O...pandainya...
Tuan direktor: Anak sapa la ni!
Saya: Anak Pak Cik Mat...
Mereka: (diam...sambil sengih-sengih)
Saya: Yang pasti bukan Mat Gebu, ok! Hahaha~ (mereka gelak sekali!)

Haha, siap kenalkan Che Mat lagi ni sebab masa dalam kelas tu tadi tunjuk kat diorang tentang Mat Gebu tu carian no 1 kat google...(carik-carik link ni tadi da jauh sangat dalam archive, pi la tanya abang saya, rupanya dia tengah masak nasi tomato! Wooo...nak lawan Che Mat lagi la tu! :p) Ha...mereka-mereka da kenal da Che Mat! Blogger masak-masak! Hahaha~

Adehhh...hangpa memang best la! Baru 3 kali kot jumpa luar waktu kelas, da kamceng! Lepas tu open minded lak, leh bincang semua isu termasuk POLITIK! Salute lah!

Tapi...apa kes??? Semua pasal blog! Hahaha~ Saya tak bersalah, ok! Bukan saya yang menjebakkan mereka...lalala~

P/S: Kalo hangpa bace ni, jangan senyum kambing sambil mimpi-mimpi blog ceq lak...(sebab tadi tuan direktor dan Aji pakat-pakat nak serang blog ceq...adehhh...-_-")


ENTRI CAMBEST SAPE KALI NI? JOM TERJAH!



Jin Tomato


Erk! Ini bukan sebarang jin, okay? Bukan jin mata dua atau jin ifrit. Malah bukan jugak jin dalam lampu aladdin!

Tapi...gene..GENE okay? Atas tu buat-buat typo jek...Wakaka~

Kamu-kamu semua pernah dengar tak tentang GMF? Genetically modified food. Mesti pernah dengar kan? Apa dia GMF ni?

Pakcik Wiki kata..."Genetically modified foods (or GM foods) are foods derived from genetically modified organisms. Genetically modified organisms have had specific changes introduced into their DNA by genetic engineering techniques. These techniques are much more precise than mutagenesis (mutation breeding) where an organism is exposed to radiation or chemicals to create a non-specific but stable change. Other techniques by which humans modify food organisms include selective breeding; plant breeding, and animal breeding, and somaclonal variation."

Gambar dicurik di SINI

Tomato merupakan 'makanan' pertama yang digenetikkan, untuk tujuan menghasilkan buah tomato yang lebih tegang kulitnya, dan lebih tahan lama kesegarannya. Alamak, nape skema sangat ayat ni? :p

Sebenornya banyak isu melibatkan GMF ni...hurm..malas nak kupas kat sini boleh? Gi carik sendiri! Hahaha~ Kat SINI ngan kat SINI leh baca lebih sikit.

Sempatlah pulak nak edit gambor ni...-_-"

Okie..better saya publish cepat-cepat sebelum vlog director yang duduk kat belakang saya ni membebel lagi banyak...:D


ENTRI CAMBEST TAK SEMPAT! TENGAH DENGAR PRESENTATION GMF NI! :p




'Vlog' Tak Berapa Nak Best


Okie...hari ini hari bizi sedunia...

Jom layan 'vlog' yang tak berapa nak boleh dipanggil 'vlog' ni...:p


Sebab petang ni nak present benda ni...
Saja nak bagi kamu-kamu semua rasa sekali bahang presentation...hahaha~

Introduction je ni...untuk sambungan 'vlog'...jemput datang ke presentation...:D


Doakan ye~ ;)


ENTRI CAMBEST SAPE KALI NI? JOM TERJAH!




Dia Buat Saya Nervous!


Malam ni adalah malam yang paling...lembap...dan...menebeskan (baca: nervous, ok?). Huh!

Lembap sebab walaupun broadband tu kaler biru je lampu LED dia, still slow the melow because 'Yr Broadband usage is reaching the allocated 5GB/mth. Pls purchase additional volume or reduce your usage to avoid having yr speeds managed' which means I have exceeded that allocated bandwidth already! Huhuhu...tetibe berabuk speaking. Cane nak wat? Bior je lah...lepas ni sume video dan Vlog kamu-kamu tu saya memang tak dapat nak tengok dah! Huhuhu...kechiwa...

Menebeskan pulak sebab ade seseorang menerjah ke blog ni dan mengatakan...jeng jeng jeng...hahaha! Nebes jek! Dia datang terjah kat shoutbox, saya sergah la balik! Then dia cakap "sunah!! i heard a lot about u..glad to know u..eceh! ;p" Fuhhh! Siyes saspen...korek-korek-korek sambil add dia kat Facebook, maka jumpalah jawapannye...


Cikcleo ni memang wat saya saspen je tadi, riso gak kalo ade benda-benda pelik yang didengar. Alhamdulillah sebab ni rupanya. Meh kenal-kenal lagi ek...;) Kamu-kamu nak kenal Cikcleo gak? Klik la blog Cikcleo, ok? Hehehe...


Cikcleo...blog mana tu yang selalu mention nama sunah? Banyak lagi nak korek ni, internet lembap lak...adehhh...

Harapnye entry ni boleh dipublish dalam keadaan internet yang sangat lembap ni...-_-"


ENTRI CAMBEST SAPE KALI NI? JOM TERJAH!




Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (47) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.