BLOG ENCIK SUAMI

Thursday, March 3, 2011

Yuyu Zulaikha Jeles Saya Ada 8000 Followers!


Ish, ish, ish... Yuyu Zulaikha ni... Followers saya pun dia nak mintak... Followers dia lagi banyak dari saya punye~~~ Kejam betul!

Nak tau pe cite?

Macam ni...alkisah bermula...

Saya post kat SB benda ni...saja nak promote blog...


Mencari followers ke 80000!!!! Ops, terlebih 0! 8000 jek~~~ eh! Uncle John pun nampak yang 8000 tu hanyalah sandiwara~ hahaha! Tapi... Yuyu sayang pulak...


Erk! Dia nak mintak sikit followers saya yang ciput~ Ekeke~ Cian Yuyu... 800 pun tak sampai la dear... Hehehe... Cumil jek Yuyu~ Hahaha! Nanti tunggu akak da beranak cicit, akak bagi sikit kat Yuyu ye...masa tu Yuyu da jadi Lagenda Blogger Wanita~ Fullamak!

Ameen...:)




JOM terjah BLOGLIST MAS


JOM terjah BLOGLIST MAS kamu-kamu semua... Saya dipaksa oleh budak kecik Myung Dae si CEO Diari Sahabat Blogger untuk join bloglist Mas! Kalau tak join, nanti dia bako! Kurang asam betul! :p


Klik-klik ini untuk gi entry Mas


Okie, nak kene review sikit blog Mas yang pinky tu~~~ blog Mas sangat-sangat-sangat canggih, ok? Saya jeles, tapi...takpelah, yang ada ni pun da cukup pink. :p

Saya nak terjah blog Mas sebab budak kecik Myung suruh! Hahaha~

Nak kena tag 3 orang...erm..tag Myung, Mas dan Cik Azizah...sebab depa semua da join... Boleh tak? :p




Allah...Jika Aku...


Allah...

Jika aku lalai...
Jika aku terlupa...
Jika aku tersungkur...
Jika aku terjatuh...
Jika aku terabai...

Jika aku melukai...
Jika aku dibenci...
Jika aku disisih...
Jika aku dipinggir...
Jika aku dilupakan...

Berikan aku kekuatan...

Kerana aku tahu KAU sentiasa ada...

"La hawla wa la quwwata illa billah..."
"Tiada daya dan upaya melainkan dengan kekuatan dariMu Ya Allah..."


TIADA ENTRI CAMBEST, TAKDE MOOD LAGI




Sape cakap takde entri?!


Abang Ady nak review blog, tapi kita kena wat entry dulu...


Lepas tu kena jawab soklan...

Artis Malaysia yang saya minat? Err...jap nak rewind memory...alamak cam umum sangat, tak kisah eh penyanyi ke, pelakon ke, pelawak ke?

Erm...alamak, susahnye nak carik gambor...

Okie, okie...da jumpa...

Pusing-pusing semua, saya rasa ni yang kekal lama dalam hati..


Nape saya suka mereka? Sebab lagu-lagu mereka sure boleh buat kita muhasabah diri...insya'Allah.
Suara diorang pun sedap je didengar...:)

Saya nak tag Kak Shida...:)



Banyak Hits Dari Dia, Bosan!


Pagi-pagi ni alhamdulillah, boleh jugak bertegur sapa dengan Enchek Nuffnang, ingatkan dia nak merajuk lagi 10 jam. Erm...masa check referrals ke blog ni, agak terkejut jugak. Blog siapa ni sampai 21 hits dari dia aje. Maka, saya pun ape lagi...terjah la. Lepas tu jumpa ni...

Tulisan itu.
Mungkin tulisan aku.

Pemikiran itu.
Mungkin pemikiran aku.

Tetapi.
Pernahkah kau fikir kesan-kesannya selepas itu ?

Kita semakin terpisah.
Jurang dunia semakin meluas.

Kau dengan penyokong engkau.
Dan dia, dengan mereka yang tidak sekali-kali menyukai engkau.

Selebihnya sambung kat SINI...

Menarik blog dia, semuanya puisi...puisi pulak penuh makna dan bermaksud mendalam. Setiap puisi ade gambar anime. Comel jek...blog pun ringkas dan kemas aje...tak bosan macam namanya...sejuk hatiku~ huhuhu...

Ape lagi, jomla terjah Laman Yang Membosankan!


ENTRI CAMBEST WAN G LAK KALI NI...JOM TERJAH!




Gaddafi: Perlu Letak Jawatan?


TRIPOLI 2 Mac - Kapal perang Amerika Syarikat (AS) menyeberangi Terusan Suez untuk ke Libya hari ini ketika negara-negara Barat mengenakan tekanan ke atas pemimpin Libya, Muammar Gaddafi supaya beliau menghentikan kekejaman serta meletak jawatan.

AS berkata, Libya boleh berhadapan perang saudara melainkan Gaddafi menamatkan pemerintahan selama empat dekad di tengah-tengah kebimbangan pemberontakan yang berlaku itu boleh mengakibatkan krisis kemanusiaan.

Selain kedegilan pemimpin Libya itu, anak lelakinya, Saif al-Islam memberi amaran kepada Barat dengan berkata, bapanya tidak akan melepaskan kuasa atau lari ke luar negara walaupun jika sebarang tindakan ketenteraan dilancarkan.

Di seluruh Libya, pemimpin puak, para pegawai, pegawai tentera dan unit-unit tentera yang berpaling tadah menyokong pemberontak berkata, perjuangan mereka kini lebih tersusun.

"Kami akan terus meningkatkan tekanan ke atas Gaddafi sehingga beliau meletak jawatan, membenarkan rakyat Libya menyatakan kebebasan bersuara dan menentukan masa depan mereka sendiri," kata duta AS ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Susan Rice kepada rancangan ABC, Good Morning America. Selebihnya kat SINI.

Muammar Gaddafi

DULU Mesir, tak lama lagi Libya...? Negara-negara Islam ni akhir-akhir ni da semakin menajamkan taring. Lecturer Isu Global saya kata, kebangkitan negara-negara Islam ni tak mustahil akan menimbulkan rasa cemas pada negara-negara Barat terutama Amerika Syarikat. Hurm...depa cucuk lagi, cucuk lagi...:p Ops, jap-jap...baca yang ni pulak...

TRIPOLI - Pemimpin Libya, Muammar Gaddafi semalam memberi amaran keras kepada Barat agar tidak campur tangan dengan menyokong penentangan terhadapnya.

Pemimpin berkenaan menyatakan ribuan orang akan mati jika Barat mencampuri urusan negara tersebut dengan membantu gerakan penentang terhadap pemerintahannya.

Ucapannya itu dibuat pada satu majlis bagi memperingati gerakan rakyat di sini semalam.

Beliau membuat ucapan selepas askar-askar yang setia kepada Gaddafi bertempur dengan para penentang pemerintahannya di bandar Brega, timur Libya. Selebihnya kat SINI.

Erm...kita lihat ye apa yang akan berlaku lepas ni...




Jeda Hati...


Kadang-kadang jemari terhenti
Kerap kali isi hati berjeda
Hampir selalu minda fikir membisu
Entah kenapa lidah tidak bersuara...

Mungkinkah kerana tiada kemanisan
Atau kerana tiada keikhlasan
Mungkin juga kerana kurang memberi
Lantas sukar untuk menerima...

Kepada angin hati membisikkan
Sampaikan kepada Dia segala luahan
Biar tasik ilham terus berkocak
Agar segala isinya terus berpencak...




Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (46) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.