Perit bukan? Bila kita mahu melakukan sesuatu, tetapi kita tidak pasti apa yang perlu kita mulakan? Kat mana nak mula? Macam mana nak mula?
Sama macam kita berblog, baru je buat blog jap tadi. Tapi tak tahu nak start kat mana. Nak update blog pun tak tahu, apatah lagi kalau nak tambah widget-widget yang cambest tu.
Bila jadi macam ni, apa yang perlu kamu-kamu buat? Pertama, ini kena ambil perhatian...pertama sekali, tanya Mr. Google. Mr. Google pasti dan pasti akan menjawab soalan kamu kalau dia ada pengalaman tu (dan Mr. Google selalunya memang berpengalaman luas dalam segala bidang). Kedua, baru kita tanya orang lain yang lebih tahu, dan kalau kamu beruntung, mereka akan membantu kamu dengan gembiranya~~~ weehuuu~
Banyak blog yang buat tutorial tentang berblog ni, antaranya Teknik Buat Blog dan Tutorial Untuk Blog. Memang khas untuk blog je ni, takde entry-entry yang tak berkaitan dengan tutorial blog. Jadi, boleh singgah ke situ untuk belajar, okie? Lepas tu da tak perit dah, sebab da nampak sikit-sikit mana nak start.
Tapi kalau dalam kehidupan lak, cane? Bila kita nak buat sesuatu, tapi tak tahu macam mana nak mula. Dalam dilema? Nak pilih jalan yang mana? Okie, bagi yang Muslim tu, jangan lupa berbicara dengan Allah. Kuasa istikharah tu hebat, tau! Macam mana nak buat istikharah, sila rujuk SINI.
Doa kat atas ni pun boleh diamalkan selepas solat fardhu. :)
P/S: Sebenarnya, entry ni dibuat sebab tak tahu nak mulakan entry malam ni. Maaflah ye, kemerapuanku janganlah kau ambil kisah...
ENTRI CAMBEST SAPE KALI NI? JOM TERJAH!
Terima kasih sebab Like~ ^_^
TERIMA KASIH KERANA SEBARKAN~









