BLOG ENCIK SUAMI

Wednesday, March 9, 2011

Blog Review: [ kAtEk]


Dari dulu lagi sebenornye nak review blog budak ni. Tapi baru sekarang berkesempatan. Hari tu dia review gak blog picisan saya ni. Tapi saya nak review bukan sebab dia review saya, tapi sebab saya memang nak review! Hahaha~ Amek ang...sape budak yang nak direview ni sebenarnye? Tak lain tak bukan adalah...

dalam kolam ikan
ada puteri katek
dia suka makan
sambal daging itik~ ops!

Blog dak kecik bernama Katek ni dulu template dia lain, sekarang da lain. Da makin canggih lepas dia merayu-rayu dengan Cik Bulat untuk buatkan template tu sampai terpaksa belikan eskem popop untuk Cik Bulat. Okie, tipu sajer. Yang betulnya, Cik Bulat buatkan template tu. Saya jeles, sekian.


Satu sebab yang buat saya teramat sangat nak review blog Katek ni adalah...entah kenapa tiap kali saya masuk blog dia dan baca entri-entri dia, tiba-tiba suara hati saya bertukar menjadi suara comel. Erk! Faham tak? Hahaha~ Saya rasa Puteri Katek macam gambar dalam header dia tu, puteri yang comel kan tu~ Suara pun kena comel macam budak kecik bila baca entri dia, okie? Hahaha~

Adehhhh...serius, serius... Katek ni budak kecik yang berjiwa besar, lantang bersuara dalam entri-entri dia, selalu je dia tegur geng-geng kat SB, sebab dia sayang SB~ (tapi still saya baca dengan suara budak kecik dalam hati saya bila baca post-post dia kat SB...marah-marah pun suara budak kecik comel jek...-_-") Eh, ni review blogger, bukan review blog! Hahaha~

Katek mula berblog pada bulan Oktober 2010. Dia ada pakcik-pakcik dalam dunia blog ni. Hurm...kalau nak tau lebih, kena tanya dia sendiri la ek~ Saya suka video yang dia buat dalam entry dia baru-baru ni. :) Entri terbaru Katek adalah "Korang ingat aku tak reti bercinta??" Ha...budak kecik pun pandai bercinta ni...larikkkkkkkkkkkkkkkk!!!


ENTRI CAMBEST SAPE KALI NI? JOM TERJAH!



Maaf, Saya Tak Bersalah!


Bukan saya yang menjebakkan mereka ke dalam dunia ini! Betul...tolonglah, saya tak bersalah, okie? Hahaha~ (melarikan diri ke belakang pokok~ :p)

Mereka sudah mula aktif berblog semula, saya gembira...saya nampak juga mereka di blog dia. Ohooo~hoi~ saya sengih saje~

Mereka ini adalah blogger-blogger yang pernah bersua wajah dengan saya. Satu kampus dulu, akhirnya kami sama-sama di sini...

Jom terjah blog mereka, okie?


Terima kasih kamu!


ENTRI CAMBEST SAPE LAGI KALAU BUKAN DIA...



Lalat dan Donat Coklat


Gambar lalat berbackground pink amek kat Google

Berdengung-dengung bunyi lalat di telinganya. Dia nampak, seekor lalat terbang... tetapi bunyinya berdengung-dengung melebihi saiz dan bilangannya. Cuba ditepis-tepis dengan tangan, tapi lalat itu tetap degil.

***

Ia terus cuba hinggap pada makanan yang terhidang enak di atas meja. Namun tangan kasar yang menggawang asyik melibas-libas ke kiri dan ke kanan. Rasa tersekat pula untuk mencapai donat coklat yang jaraknya berapa sentimeter sahaja dari mata merahnya.

"Kurang asam la manusia ni, aku nak rasa donat tu pun tak bagi!"

***

"Awat la lalat ni tak paham-paham? Rimas lah, rimas, tau tak!? Hish!"

Tangan kasar itu terus melibas-libas. Entah kenapa lalat tersebut degil benar. Semakin diusir semakin dekat pula mahu hinggap ke atas donat coklat. Segera dicapai pinggan donat dan dialihkan agar lebih dekat dengannya.

"Oooo...tak takut jugak ye..." Lalat itu degil, masih juga mahu hinggap ke atas donat coklat. Dia nekad. Alat yang baru dibeli sebentar tadi diambil dari atas rak makanan.

***

"Ha...cukup beberapa saat untuk aku hinggap pun jadiklah..."

Ia tak sedar ada bahaya di hadapan tatkala ada ruang sedikit untuknya merasa donat coklat.

Papppp!!!

Tamatlah riwayat lalat bersama donat coklat sekali.

***

Lalat memang takkan faham bahasa manusia, jadi kalau kita usir macam mana pun, dia tetap kat situ jugak. Dia tak faham, ma~~ Kill kill die die je yang mampu menamatkan segalanya...

Entry merapu di petang hari. Sekian.


ENTRI CAMBEST SAPE KALI NI? JOM TERJAH!



Macam Mana Pilih Entri Cambest?


Macam mana? Saya pilih suke-suki je...main amek je yang mana! Tak kira lah!

Bukanlah...selalunya saya akan jenguk entri-entri terkini dari bloglist tu. Kadang-kadang dari entri-entri yang di'ping' di Sahabat Blogger, Diari Sahabat Blogger, Komuniti Gila Blog, dan group-group blogger lain kat Facebook tu. Kadang-kadang dengan berblogwalking ke blog mereka yang tinggalkan jejak kat shoutbox. Kalo tak jumpa, takde la...eh, bukan maknanya entri-entri kamu semua tak cukup best untuk jadi entri cambest kat bawah tu...tapi...internet ni selalu cemburu! Uwaaaaaa~~~~~~~~ Kadang-kadang terpaksa hold...-_-"

Actually saya mula buat entry cambest ni masa Maulidur Rasul dulu...time tu YB Qasehraihan mintak tolong promote entry dia. Start dari situ saya fikir, better jugak saya teruskan...boleh kongsi sekali apa yang saya jumpa di blog lain, sambil bantu trafik jugak kan? Tapi...jangan harap tinggi sangatlah, blog saya ni blog picisan je...bantu sikit-sikit bolehlah...

Entri yang macam mana saya pilih? Okie...entri yang ada info, maklumat, kreatif, menarik, tertarik, memang debom! Fuhh...perkataan-perkataan terakhir tu abaikan...jadi, lepas ni kalau kamu-kamu rasa entri kamu cambest, boleh la "pssst pssst" kat saya, okie?

P/S: Orang tu dah nak bersanding...jom-jom doakan dia!


ENTRI CAMBEST SAPE KALI NI? JOM TERJAH!



Iklan: Very the Very!!! <--- Tiru Abang Eq



Untuk maklumat lanjut klik SINI sekarang!



psstt..psstt...eyka domo buat bloglist la!! :)


Maaf eyka sayang, lambat sikit buat benda ni...:(


Dah tepek si domo kat atas tu yang kalau kamu-kamu klik akan keluar domo...:D

Saya join bloglist ni sebab eyka jemput...(psstt, kalo tak wat nanti dia bako! Hahaha~)

Blog eyka comel sebab ade domo~~~ simple dan ringan~ ;)


ENTRI CAMBEST BERBUNGA SAKURA



Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (46) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.