BLOG ENCIK SUAMI

Thursday, March 10, 2011

Teruskan Bicara...


Nuansa rasa berbisik
Biarkan DIA, biarkan DIA...

Suara hati bergema
Semua dalam tanganNYA...

Rasa dan hati
Biar bersatu
Bicara...teruskan bicara
Kerana DIA Maha Tahu...


ENTRI CAMBEST TAK SEMPAT



Saya 'Available'...


Ha, sape nak masuk jumpa mak bapak! Ops, ops...ini bukan entri promote diri saya available, okie?

Terkezut tadi. Alhamdulillah takde sakit jantung. Sebab pe, da lama tak appear online kat YM. Selalu invi jek... Okie, sila jangan marah. Hahaha~ Tadi try la meng'available'kan diri, sebab along nak tanya sesuatu. Ter'available' pulak, padahal dia suh buzz jek. Hehehe...

Bila da available tu... Amek ang!

Takdelah banyak pon...

Pop pop pop~ (okie, takde bunyi sebenarnye...sebab saya mutekan volume~ :D) Huhuhu...maaf ye semua, saya jarang available sebab...takpelah, tak nak gitau. Hahaha~ Sape nak tau, try la YM...:p

Dulu pun pernah ade sorang member ni, dia persoalkan nape online YM kalau nak invisible? Lagi soalan lain, nape online YM kalau status Busy? Lagi soalan saya tambah sendiri, nape buat YM dengan function macam tu? Hoho~ 

Actually, semua pun ada sebab sendiri kan...saya pun selalunya online kan YM hanya untuk dapat email alert jek...senang nak cek kalau kamu-kamu tinggalkan komen kat blog. Cuma guna YM untuk berhubung dengan kengkawan bila diorang mintak je. Hahaha~ adesssss...kejam betul...-_-"

Mungkin ada yang suka invisible sebab tak nak diganggu bekerja, ada yang tak suka availablekan diri sebab tak mahu dikacau stalker, mungkin jugak sebab takut takleh nak fokus. Atau mungkin sebab takut tak terlayan mesej-mesej kat YM. Atau sebab takut terleka dengan chat memanjang... Atau mungkin....

Kamu-kamu pulak? Suka eh online YM? Saya tau madu saya pun suka invi. :D


P/S: 'Kalaulah' boleh buat master macam ni...setiap masa menaip. Fiu fiu~~~


ENTRI CAMBEST NI CUBE TEKA SAPE PUNYA



Takde Tajuk


Gelora lautan minda berhenti

Jemari halus terhenti

Suara hati mati

Berlalu pergi

Menyepi


-p/s: mengantuk-


Nah, kalau cenggini memang takde tajuk! Sebab tak tau nak letak tajuk ape... Takkan nak letak tajuk mengantuk...? Ekekeke...pernah tak kamu-kamu menghadapi masalah macam ni? Buat entri berjela-jela dah, last-last...eik, nak letak tajuk ape ni?

Eh, pelik benar kalau tak tau nak letak tajuk ape. Macam takde matlamat pulak entri tu. Huhuhu...tapi dulu pernah sekali saya buat entri yang tak bertajuk. Pembaca komen, katanya tajuk entri ni adalah "Entri Ini Tidak Bertajuk". Hoh~ betul jugak tu!

Tak kisah sebenarnya nak letak tajuk apa untuk entri kita, tapi lebih baik kalau tajuk tu buat pembaca nak datang baca dengan sekali tengok je. Cumanya, bijak-bijak la ye guna tajuk, nanti ade jugak yang mengamuk sebab tertipu dengan tajuk. Haish...

P/S: Actually nak post sampai "p/s: mengantuk" kat atas tu je...terjadik panjang pulak. Hahaha~ #okbai


ENTRI CAMBEST ADE, LINE TAK MENGANTUK




Lelaki GAY Malaysia Masih Berkeliaran!


KOSMO kata:
KUALA LUMPUR – Seorang lelaki gay menunjukkan kehebatannya apabila dia yang mempunyai rupa paras kacak dan pandai berkata-kata mampu memikat 100 lelaki untuk dijadikan teman seks sebelum mencuri barang-barang berharga mangsanya.

Sasaran suspek yang masih bebas itu melibatkan remaja lelaki berusia 17 tahun hingga 20-an. Mangsa-mangsa dipikat melalui rangkaian laman sosial Facebook dan sebahagiannya menerusi panggilan telefon.

Semalam, tembelang lelaki berusia 20-an yang menggunakan pelbagai nama samaran seperti Kevin, Alvin, Alex dan Elvis itu terbongkar apabila empat mangsa tampil membuat aduan di Jabatan Perkhidmatan dan Pengaduan MCA, Wisma MCA sini semalam.

Mengikut maklumat dari Facebook, suspek sehingga kini dipercayai telah berjaya memperdaya seramai 193 mangsa dengan mencuri barang berharga mereka manakala 100 daripada mangsa itu pula mengaku mengadakan hubungan seks dengan suspek itu.

Mangsa-mangsa yang melakukan hubungan seks dengan suspek dikhuatiri dijangkiti HIV (Immunodeficiency virus) ekoran pengakuan suspek dia mempunyai HIV.

Seorang mangsa dari Cheras yang mahu dikenali sebagai Tai, 17, mendakwa, dia mengenali suspek yang menggunakan nama Kevin pada bulan Oktober 2010 melalui sebuah majalah mencari kenalan.

Ulasan Jeneral SSS dot com:
  1. Lepas ni jangan mudah percaya dengan lelaki kacak dan hemsem terutamanya RESAKSE BERJANGGUT.
  2. Lepas ni hati-hati dengan lelaki yang pandai berkata-kata...better cari yang tak pandai bercakap atau tergagap-gagap.
  3. Lepas ni semua diminta tutup Facebook, tukar kepada Blogger.com je...telefon? Buang.
  4. Okie...semua di atas tipu saje~

Dahsyatnye sekarang ni, ingatkan "mereka" tu saje yang nyah dan gay...dan hanya dalam blog...ops! Ni siap masuk paper lagi ni. Sebelum ni dah pernah buat entry tentang pengkid kat sini. Ni nak tepek benda sama...


Nak penjelasan lanjut tentang ayat, sila ke SINI.

Kamu-kamu wahai lelaki di luar sana, err...tahu-tahulah kan apa yang perlu kamu buat. Hati-hati ek, kang terjebak sekali baru tau! HIV tu~~~ Nak sengsara seumur hidup? Silakan... Yang gadis-gadis pun sama...pssst, tengok-tengokkan bf kamu tu...hahaha~ guro saje!

P/S: Sekarang da tak main kenal-kenal melalui majalah...


ENTRI CAMBEST SAPE KALI NI? JOM TERJAH!



Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (46) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.