Kelas petang hari tu ustazah masuk macam biasa. Tapi tak terserempak pun dengan
Nasri. Sebab dah masuk kelas
Nasri tengahari tadi. Maka, mari perkenalkan lagi anak murid ustazah di kelas lain pulak...:D
Ustazah: Assalamualaikum semua.
Semua menjawab salam.
Ustazah: Minggu lepas kita dah borak santai tentang
solat dan warna, ingat lagi tak?
Alia: Ingat, ustazah! (bakpe la nama anak murid ustazah ni banyaknye start dari huruf A?)
Yusof: Pasal solat Subuh kaler biru, Zohor kaler kuning!
Ustazah: Ye...betul, betul, betul. Pandai-pandai semua...hari ni kita nak sambung lagi. Sudi tak dengar ni? Kamu yang tengah baca tu, sudi tak baca sampai habis? :D
Semua jawab sudi...ye ke? Takpe, sambung jek ustazah oi!
Ustazah: Untuk solat Asar pulak, warna alam bertukar menjadi warna oren. Masa ni, spektrum warna alam sama dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif.
Taufiq: Haaaaa???? Reproduktif? Mende tu ustazah?
Ustazah: Sistem pembiakan manusia, sayang...
Taufiq: Erh, ustazah panggil sayang...malu malu... (muka da merah)
Ustazah: Semua ustazah sayang, okie? Rahsia warna oren ni kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya. Lebih malang lagi kalau waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (maksudnya, tido!). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.
Atie: O...kalau waktu maghrib pulak, ustazah?
Ustazah: Untuk waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah. Pada waktu ni kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tak duduk luar rumah. Sebabnye, spektrum warna pada waktu ni menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red). Ini bermakna jin dan iblis pada waktu ni amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam.
Atie: Huu...takutnye~~~ Lepas ni taknak main sampai senja dah!
Ustazah: Ha, tau pun. Lagi satu...lebih elok kalau sape-sape yang drive waktu senja ni, berhenti sekejap. Sebabnye, kite tengok gambor di bawah ye...
Yusof: Oh! Indah sungguh bunga sakura, dihembus bayu di kala senja, dengar-dengar kawan semua, tak elok driving waktu senja~ lalala~
Plap! Plap! Plap! Itu bukan bunyi tepuk tangan, tapi bunyi rotan ustazah ke atas meja
Yusof.
Yusof: Err...maaf, maaf. =.=
Ustazah: Itu tepukan untuk kamu
Yusof. Okie, macam mana pulak waktu Isyak?
Alia: Ha...Isyak gelap! Hitam jek alam...
Ustazah: Gelap Isyak warna alamnya indigo. Waktu Isyak ni menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya sama dengan sistem kawalan otak. Orang yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan.
Alia: Hoh! Patutlah....-_-" saya selalu lewat-lewatkan Isyak sebab masa Isyak kan panjang sampai Subuh. Huhuhu...tapi tak tenteram pun nak tido, asyik fikir tak Isyak lagi ni...
Ustazah: Ha...lepas ni kalau boleh solat lah Isyak awal waktu...selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya sama dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.
Taufiq: Ooooo...sama konsep macam meditasi je ni ustazah.
Ustazah: Memang sama! Sebab manusia sedar tentang hakikat tenaga alam ni, itu yang wujudnya meditasi, taichi, qi gong dan sebagainya. Semuanya atas tujuan nak serap tenaga alam ke dalam tubuh kita.
Atie: Dan kita yang Muslim ni, Allah da syariatkan solat tanpa perlu fikir lagi camne nak serap tenaga ni kan ustazah, kan~~~?
Ustazah: Yezza~~~ betul tu! Amat malang kalau kita lalai dalam solat...jadi lepas ni semua pakat solat awal waktu no....
Semua jawab: Baik ustazah! Insya'Allah...
Maka, lebih baik kiranya kita solat di awal waktu, cuba kalau da masuk waktu tu kita tengah buat kerja, try mintak izin dengan Allah, "Allah, jap eh...bagi aku setelkan keje ni dulu..." ni senior saya pernah buat, dia kata memang takkan tersetel. Sebab malu dengan Allah...
ENTRI CAMBEST SAPE KALI NI? JOM TERJAH!
Terima kasih sebab Like~ ^_^
TERIMA KASIH KERANA SEBARKAN~