BLOG ENCIK SUAMI

Saturday, March 12, 2011

Pssttt...Che Mat ____ dan ____!


Segalanya begitu cepat! Ad hoc pun ad hoc! Plan sume last minute! Alhamdulillah adik-adik blogger UTM sudi datang amek dari rumah untuk ke terminal bas. Boleh pulak Shaz tanya kat terminal bas, "kita nak gi mana sebenarnya ni?" 

Hahahahahahahahaha! Adoiiiiii...ingatkan da tau bila da bincang-bincang kat inbox FB sume. Lepas tu kan Che Mat, boleh pulak dia tanya, "Che Mat Gebu tu sape?" Uiks, ang ni main ikot je eh. Kalo kami bawak pi Thailand pun ang ikot je.....ops, guro saje, okie? :p

Sampai kat Tesco Kulai, Kak Ayu amek. Kami gerak 4 kereta tambah 1 ke Sedenak. Gi umah Che Mat le...berdebar-debar betul rasanya nak jumpa semua. Dengar pulak Kak Ayu borak-borak kat tepon dengan blogger lain, fuhhhh...siyes ramai blogger chef akan datang. Sampai depan umah Che Mat, kamera da ready, orang 1Tube.my pun da sampai. Tangan kami? Sejukkkkkkk...fiu fiu~

Masuk-masuk umah Che Mat, salam-salam dengan kaum-kaum wanita. Kami antara yang terawal sampai lerr... Enchek Ben and the geng tak sampai lagi. Then...ouh! Itu dia chef kite...hehehe. Memang ____ dan ____. Che Mat kalo nak tau, tanya saya sendirik, okie? Hahaha~ Tapi paling takleh lupa...ayat yang diutarakan kepada semua yang baru masuk tu..."mana Sunah?" Erk! -_-" Terpaksa saya mengangkat tangan, "saya, saya!"

"Oooo...ko rupanya Sunah ye???" Ayat macam nak balas dendam je bunyinye Che Mat...hahaha~

Makanan sudah terhidang, kami pun ape lagi... Che Mat masak macam-macam. Huwaaaaaaa~~~~ napekah makan aiskrim goreng kat Tesco tadi? -_-" Che Mat buat nasi ayam, truffles, cheesecake, bla, bla, bla...sume dia buat sendirik!!! Jangan jelessssss~~~ :p

Lepas tu rombongan VIP pun datang... sambung lagi makan-makan. Che Mat kuaq bawak kamera. Lagi sekali dia tanya..."mana Sunah tadi?" Hambekkk ang! 1 gambo dia snap! Lepas tu..."ha, amek gambo dak ni pulak..." sambil amek gambo jiran saya kat atas tu...apekah Che Mat oi???

Lepas makan-makan tu, borak-borak dengan geng blogger yang datang. Best-best sume...dapat jumpa wife Enchek Ben, Kak Yatie, Sis Lin, Bro Junko, Abang Ady, Cikali, Bro Kasawari dan lain-lain kat SINI. Lepas tu wat rakaman vlog sikit, then Enchek Ben pun bervlog sakan lah dengan Che Mat yang ____ dan ____. :D

Habis bervlog, kami amek-amek gambo. Nak tengok gambo? Pi carik la kat mana-mana blog yang join ye. Enchek Ben pun da update sikit tadi...:) Sian Enchek Ben demam-demam pun datang jugak...kita nantikan vlog tu ye.

Thanks tau sume-sume...sayang kamu-kamu sume~~~ Thanks Sara, Shaz, Nadh sebab sudi gi sekali.  Thanks sume yang memikirkan macam mana kami nak balik. Hahahahahaha! Thanks Bro Junko sebab antar balik umah (walaupun tersesat sekejap dalam UTM sampai ke dalam hutan dan tempat paling tinggi kat UTM...-_-") Banyak wooo ilmu blog kami dapat dari Bro Junko sepanjang perjalanan...hehehe. Kak Ayu kata, "jangan pernah serik tau!" :)


P/S: Saya kechiwa sebab froggy tak datang... T_T


ENTRI CAMBEST HASIL SEDENAK!



Mati Kita Bukan Hanya Kerana Tsunami


TOKYO 11 Mac - Beberapa loji tenaga nuklear dan penapis minyak di Jepun ditutup hari ini dan sebuah kilang utama keluli terbakar selepas gempa bumi berukuran 8.9 pada skala Richter menggegarkan negara ini sehingga mencetuskan tsunami, merosakkan jalan dan memutuskan bekalan elektrik ke kediaman dan bangunan perniagaan.

Gergasi elektronik, Sony Corp, antara pengeksport terbesar di Jepun, menutup enam buah kilang, lapor agensi berita Kyodo, sementara jet tentera udara diterbangkan ke kawasan pantai di timur laut untuk meninjau tahap kerosakan akibat gempa bumi itu.

Bank of Japan yang telah bergelut untuk merangsang ekonomi yang lesu berjanji untuk berusaha sedaya upaya bagi memastikan kestabilan pasaran kewangan berikutan kejatuhan mata wang yen dan pasaran saham Jepun. Sambung SINI.

Gambar dari SINI

GENEVA 11 Mac - Tsunami besar yang dicetuskan oleh gempa bumi kuat di Jepun hari ini mencecah paras yang boleh menenggelamkan sesetengah pulau di kawasan Pasifik.

Negara membangun menghadapi risiko lebih besar daripada tsunami itu berbanding Jepun, meskipun kebanyakannya telah memantapkan sistem amaran awal dan pelan pemindahan sejak tsunami 2004, menurut Persekutuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Antarabangsa (IFRC) hari ini.

"Paling membimbangkan kami ialah rantau Asia Pasifik, di mana negara membangun jauh lebih terdedah kepada bencana seumpama ini dan tsunami itu menimbulkan ancaman besar.

"Buat masa ini parasnya lebih tinggi daripada sesetengah pulau dan pulau itu boleh tenggelam, satu senario yang tidak mahu dilihat oleh sesiapa pun," kata jurucakap IFRC, Paul Conneally di Geneva hari ini.

IFRC menggunakan sistem amaran awalnya di negara-negara Asia Pasifik hari ini dalam usaha untuk memindahkan penduduk ke kawasan selamat selepas amaran tsunami dikeluarkan. Sambung SINI pulak.

Jeneral SSS dot com kata:

Takutnya dengan bencana Allah. Teringat filem Tsunami in Japan, sama macam berita kedua tu, Jepun ditenggelamkan...naudzubillah. Ini bencana, ini malapetaka, ini ujian, ini petunjuk, gabungkan semuanya menjadi satu... Persiapkan diri kita dengan segala bekalan, kita tak tahu bila kita akan pergi, Allah tak bagi hint bila kita akan mati. Mati kita juga dengan pelbagai cara, hanya DIA yang tahu...

Biarpun ada macam-macam kata tentang tanda-tanda 100 hari sebelum kematian, takkan kita nak tunggu 100 hari sebelum mati untuk bersedia, bukan? 100 hari penuh dengan amalan kebaikan tak menjanjikan syafaat kat sana kelak...

-yang menaip ini pun akan diuji dengan kata-katanya...Allah...mungkin saja ini entri terakhir, hanya DIA yang tahu-


ENTRI CAMBEST TAKDE, INTERNET SLOW THE MLOW



Segmen HAKIM: Apa Kata Kamu Tentang Cinta


Miss Ran tag saya di SINI. Mula-mula cam tak larat nak join, tapi bila godek-godek entri lama dan jumpa sesuatu, saya rasa nak kongsi jugak...:) Lagipun, dah tak leh jadi juri dah, Hakim tak bagi! Huhuhu... Jom baca apa kata saya tentang cinta...:)


Ya ALLAH...
Hamba Mu lemah
Hamba Mu tidak kuat
Hamba Mu tidak berdaya

Hamba Mu tahu perasaan ini hanya sementara cuma
Secebis nikmat hanya untuk seketika
Hati ini diuji dengan indahnya dunia
Sekelumit ujian dari Mu buat seorang hamba

Ya ALLAH...

Hamba Mu tidak mahu terus gelisah
Sakinah didamba menghilangkan resah
Biar indah sekali godaan dunia
Hanya Cinta Mu yang dipinta...

Bimbinglah hamba Mu agar rasa ini berlalu
Terangilah hati ini dengan Cahaya Mu
Pimpinlah hati ini ke arah Cinta Mu
Cinta abadi hingga hujung waktu...

Imej ihsan Google

Nak tag... Mutiara Bernilai dan Farhan Muhammad... nak tag jiran kat atas tu, tapi dia da kene tag, pandai-pandai cari sendiri kat mana ek...:D


ENTRI CAMBEST SAPE KALI NI? JOM TERJAH!




Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (46) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.