BLOG ENCIK SUAMI

Monday, March 14, 2011

Kenapa Kita Kena Peduli???


Bila heboh tentang reaktor nuklear Jepun yang meletup tu, teringat pulak sesi berbalah pendapat masa kelas Isu Global tempoh hari. Camne leh teringat? Sebab kumpulan kami buat tajuk "Senjata Nuklear: Pro dan Kontra." Haa...de kaitan sikit kan?

Sesi hentam-menghentam tu bermula bila ada yang bertanya, "Kenapa kita, rakyat negara Malaysia ni, kena sibuk-sibuk fikirkan tentang senjata nuklear? Padahal kita takde buat senjata nuklear pun kat sini. Yang patut sibuk adalah Amerika tu. Bayangkan kalo Amerika takde, takkan jadi isu kan? Kita ni negara kecik je, ade ke kesannya kalo kita nak menyibuk dengan isu ni???"

Fuhhhhhh~ Halamak aiii...memang kita ni kecik, kalo kena bom pun terus hilang dari peta dunia kot, naudzubillah. Tapi suara kita ni tak kecik. Sebab tu Pak Cik Najib pergi Nuclear Security Summit tahun lepas, at least Obama nak dengar jugak pendapat negara kecik macam kita ni tentang senjata nuklear. Jangan ingat kita ni kecik, kita takyah sibuk-sibuk dengan negara yang memang keje dia main benda-benda nuklear ni.

Kita hidup dalam satu dunia yang sama, pentingnya kita amik tau dan sibuk-sibuk ni untuk keamanan sejagat jugak. Cuba kalo Malaysia dilanda tsunami (naudzubillah), takde sape peduli kang baru tau...hish! Jangan, jangan...

P/S: Nak tengok 'VLOG' senjata nuklear tuan direktor klik SINI.



BUN ADE BUAT CONTEST KAT SINI



Jangan! Nanti Kempunan...


"Kul berapa bertolak petang ni?" tanya saya sambil tangan ligat membasuh pinggan.

"Kul 6..." jawabnya.

"O...tak sempat nak makan la ni..." saya mengambil sayur dan ayam dari dalam peti ais.

"Ha'ah...alaaaaaa...tak dapat nak makan yang sunsun masak..." katanya, kecewa.

"Ehhhhh...mana boleh cakap macam tu, kan nak pergi jauh," Kak La menegur.

"Oh, yeke? Nape tak boleh??? Takut kempunan ke?" tanya dia.

"Keberangkalian untuk kempunan tu ade...orang tua-tua cakap..." jawab Kak La sambil makan roti.

"Ish, ye ke? Takde lah...tak kot...kepercayaan je tu..."

***

Kamu-kamu mesti biasa kan mengalami situasi macam ni? Bila nak keluar rumah, rasa macam nak makan sesuatu tapi bendanya belum siap atau tak ada. Bukan kata nak keluar rumah je, masa dalam rumah pun mengidam macam-macam benda yang tak ada. Dan orang di sekeliling akan menegah, katanya nanti kempunan...

Bila da kata gitu, mesti mau sentuh sikit makanan atau ape-ape yang berkaitan dengan makanan tu. Orang tua-tua kata macam tu lah...adat dan kepercayaan kan, kalau tak ikut nanti jadi lain pulak... Perang periuk belanga kang, hambikkkk! Cumanya, mungkin boleh saja kita ikut kepercayaan tu sekadar untuk ambil hati, tapi jangan lupa kita ada Allah yang menentukan setiap kejadian yang akan datang. Jangan sampai kita percaya benda lain lebih dari DIA, lagipun DIA kan Maha Tahu dan Maha Memelihara...:)


P/S: Ibu berpantang da balik kampung, doktor bagi cuti seminggu. Haa...sape suh tak cukup hari lagi nak gi kuliah jugak!

ENTRI CAMBEST YANG BUAT SAYA TERKEDU...



Pantang Betul Dia!


Ingat tak ibu mengandung kat entri NI? Sekarang kan dia da jadi ibu berpantang, jadi segala pemakanan dia kena jaga. Uhuk uhuk...memang berpantang betul! Tadi saya pi tanya Pak Cik Mat, ape makanan yang sesuai dimasak untuk ibu berpantang. Dia pun bagi la contoh makanan tu kat SINI (sebelum tu dia tersalah bagi link tu kat orang lain wehhhh....sape yang terasa tu, sila senyum sendiri ye~ hahahaha~) Lepas tu, saya pun cari la kat internet pulak...dan saya jumpa yang ni...

Jenis ikan

Ibu dalam pantang dilarang memakan ikan masin atau ikan kering kerana makanan tersebut hanya akan menyebabkan darah nifas berbau busuk, cepat kering serta melemahkan daya ketahanan fizikal dan mental.

Ilmu perbidanan Melayu menggalakkan memakan ikan yang segar, mengelakkan ikan yang berbisa seperti bawal hitam, terubuk, duri, pari, sembilang serta parang kerana takut menyebabkan bisa atau bentan pada pintu rahim.

Selain ikan berbisa, jenis ikan yang dilarang yang menyebabkan kegatalan kulit serta menimbulkan reaksi alahan ialah ikan kembung, tamban, cencaru, atau tongkol dan makanan laut seperti udang, sotong, kerang dan lain-lain.

Mengikut petua Melayu, ikan yang disyorkan dalam pantang bersalin ialah haruan dan yu. Ia dipercayai boleh memulihkan luka-luka dalaman dan luaran. Ikan haruan yang hidup di dalam lumpur mengandungi khasiat mineral yang tinggi bagi menyembuhkan luka. Secara tradisi, ikan yu dipercayai dapat membanyakkan susu ibu dan beberapa kajian saintifik turut mendapati perkara tersebut benar.

Ulam-ulaman

Terdapat pelbagai jenis ulam tempatan yang mudah diperoleh di mana-mana, antaranya serai, lengkuas, daun atau ubi cekur, bunga kantan, kunyit hidup, daun kesum serta halia. Ulam-ulaman ini mengandungi fiber, zat galian (mineral) dan pelbagai vitamin, termasuklah A, C dan E, bersifat anti oksidan.

Selain ulam di atas, terdapat ulam berkhasiat yang sesuai dimakan oleh ibu dalam pantang, antaranya:

Daun pegaga, pucuk mengkudu, ulam raja, daun lemuni hitam, daun kaduk, daun sekentut, daun cemumar, daun pudina, daun kari, daun bebuas dan daun ruku.

Jenis sayuran dan buahan

Ibu bersalin dilarang memakan sayur-sayuran menjalar, sejuk serta berangin. Antaranya ialah kangkung, timun, sayur keladi, pucuk ubi, pucuk paku, bayam, sayur atau daun keti (bunga putih), kacang panjang, petola, labu, rebung, kacang botor, jeruk maman, petai, jering serta terung.

Ibu bersalin juga harus mengelakkan minuman bergas, sejuk serta tajam seperti air tebu, cincau, kelapa muda serta buah-buahan seperti nenas, jambu, belimbing, durian belanda, mangga, betik, ciku, langsat, tembikai cina, nangka, cempedak, pisang masak hijau, pisang nangka, pisang embun, pisang udang, ubi kayu, ubi keladi, sengkuang, manggis, macang, kuinin, dan binjai. Makanan tersebut dilarang kerana dapat mengakibatkan sakit tulang dan sejuk otot serta lemah sendi. Penyakit-penyakit tersebut diketahui telah banyak berleluasa di barat dan dikenali sebagai artritis dan rheumatisme.

Jenis ayam dan burung

Ibu bersalin disyorkan memakan ayam hitam, ayam didik atau ayam selasih yang digaul dengan halia tua, garam kasar dan madu lebah. Ayam ini dikukus dan diambil patinya untuk mengembalikan ketahanan tubuh. Burung puyuh dan merpati juga baik untuk melancarkan aliran darah dan mengatasi masalah sukar tidur pada waktu malam.

Sumber kat SINI ye~


Susah wooo nak jaga makan ibu berpantang ni. Nak, nak kalo dia demam rindu kat anak yang jauh di mata...huhuhu. Semalam pun masakkan dia benda NI. Ikut suka hati saya je...T_T. Yang penting minyak sume takde...tapi kan, nape kene berpantang ni??? Saya tanya dia, dia pun tak tahu nape. Dengar cakap mak je katanya. Hahaha~ Adoiiii...tadi pi cari jugak nape kene berpantang lepas bersalin, jumpa maklumat tu kat SINI.

Ni baru jaga orang lain weh, nanti kalo diri sendiri berpantang cane la ek...ha, boleh la kamu-kamu amek tips kat atas ni ye...sekian.



SEGMEN: BEN ASHAARI SOAL CINTA



Ini segmen Enchek Ben, klik SINI.

LELAKI pilihan anda ?
Semua orang mahu pasangan yang beragama...secondnya, pandai ambil hati orang tua...third, terima diri saya seadanya, okie?

Perlukah lelaki SEKSI ? Definasi SEKSI seorang lelaki bagi anda ?
Err...ape benda ni? Tak pandai nak jawab...-_-"

LELAKI pastinya sanggup berkorban demi cinta .. Apakah anda rasa LELAKI hanya berkorban sebelum memiliki cinta anda ? Apa jadi selepas dah miliki cinta anda ?
Itu bergantung kepada hati LELAKI...Kalau LELAKI tu jujur dan ikhlas dalam perhubungan, pengorbanan cinta tu akan sampai bila-bila, insya'Allah.

Pastinya anda tidak sanggup BERMADU bukan ? Kenapa ?
Oh...saya sudah ada madu... Jadi, adakah itu bermakna saya sanggup? Jadi takleh jawab la soklan ni kan? Hehehe...


Jika anda mengetahui pasangan anda punya teman wanita lain , apakah yang akan anda lakukan ?
Oh, sampai hati...ish ish ish...hilang percaya...#okbai (datang balik....Nak saya tolong pinangkan?)

LELAKI atau PEREMPUANkah mudah berlaku curang ?
Ini pun...bergantung kepada hati LELAKI dan PEREMPUAN...tak buat survey dan research lagi untuk jawapan lebih tepat...

SETIA... pada pendapat anda , siapakah yang lebih setia pada cinta ? Apakah buktinya ??
Ini pun...bergantung kepada hati LELAKI dan PEREMPUAN...tak tau nak kata...yang pasti, selagi kepercayaan tu ada, selagi tu kesetiaan akan ada, err...betul tak ni Qaseh (Pakar Cinta)?

Apakah anda seorang yang mudah cemburu ?
Erm...agak lah...fiu fiu fiu~~~

Okie, da habis soklan...

Jom jenguk VLOG Enchek Ben dan Che Mat Gebu di Sedenak kat SINI.


ENTRI CAMBEST SAPE KALI NI? JOM TERJAH!



Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (47) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.