BLOG ENCIK SUAMI

Wednesday, March 16, 2011

Malam Ni...


Sepi...
Tiada kata...
Hati berbisik...
Ke mana...

Sunyi...
Tiada nukilan...
Jiwa merintih...
Mengapa...

Hening...
Tiada coretan...
Minda bercelaru...
Bagaimana...

.

.

.

.

.


Oh! Ke mana line internet menghilang? Mengapa FB begitu lembap? Bagaimana harus saya mengeping entry lagi???

Sekian merapu malam ini~ Selamat malam~


P/S: Bila depa dua orang borak, ceq ditinggalkan kat tepi...huh!


ENTRI CAMBEST PAKCIK MAT!!!



Kawan dan Musuh dalam Berblog...


Sape kata dalam dunia blog ni hanya sampah? Takde pape yang boleh dimanfaatkan? Membuang masa? Merapu dan meriban, baik buat benda lain...?

Alhamdulillah...dunia blog memperkenalkan kita dengan ramai sahabat dari latar yang berbeza. Mungkin sebelum ni kita tak pernah jumpa sahabat yang betul-betul boleh dianggap sahabat, yang akan tegur kita bila kita buat salah, yang sama-sama dengan kita dalam susah dan senang, dan takkan biarkan kita bila kita terleka.

Dalam dunia blog memang ada macam-macam ragam manusia. Masing-masing ada matlamat yang berbeza...dan semua pun suka mencari kawan baru dalam berblog. Jangan kata tak pernah dapat kawan langsung sejak berblog, ramai kan ade kawan baru? Kan? Kan? Tipu la kalo cakap takde...


Kawan-kawan ni jagalah sebaiknya, kalo dia buat salah, kita tegur, kalo kita buat salah, dia tegur pulak...masing-masing nak dapat ganjaran pada Hari Akhirat kelak kan? Insya'Allah...:)


ENTRI CAMBEST TAK SEMPAT, NAK BALIK



L dan P: Saling Melengkapi


Sungguh tak percaya, isu tu begitu HOT! Hahaha~

Masing-masing nak pertahankan sape lebih ego. Ohoo~hoi~ Siap ade teater Bercerai Kasih Bertalak Tidak pulak lakonan Yad'z, Fahmi, Munira dan Aslann. Terima kasih la ye sebab bagi depa semua nampak macam mana hubungan suami isteri tu sepatutnya. Ekeke~

Nampak kan betapa pentingnya saling memahami sesama pasangan? Lelaki dijadikan dengan sifat cool dan bajet macho (ops!) macam tu ada sebabnya, dan sama jugak bila wanita dianugerahkan Allah dengan sifat penuh emosi dan nak bermanja saja bak kata KSP, ada sebabnya. Allah tak menjadikan sesuatu tu dengan sia-sia, kan? :)

Kerana anda berbeza, maka adanya perbezaan tu adalah untuk saling melengkapi antara satu sama lain. Macam firman Allah ni...


Maka, dah faham kan kenapa kamu-kamu semua berbeza? Jadi...hargailah dan raikan perbezaan tu...:)

P/S: Ada yang tanya, satu hari berapa entri saya publish? Jawapannya kat SINI.


ENTRI CAMBEST SAPE KALI NI? JOM TERJAH!



Lelaki vs Perempuan


Ini bukan segmen Enchek Ben ye...hehehe. (Sila baca dengan penuh skema~) Tahukah anda lelaki dan perempuan dianugerahkan Allah dengan hati yang berbeza? Bila hati berbeza, maka tentulah emosi dan cara menghadapi tekanan tu berbeza. Berbeza kerana mereka lahir dari planet yang lain-lain...John Gray yang kata.

Iklan ini akan diterangkan di bawah :D

Perempuan, bila menghadapi masalah, mereka lebih suka meluahkannya dan mahu ada insan yang mendengar. Dan bila mereka merungut, mesti nak dibalas woo...lelaki, balas je dengan kata "ermmm..." pun boleh. Hahaha~ Tapi tu kalo da malas sangat dan nak perempuan tu lagi monyok lerr... Perempuan ni dia suka kalo orang yang dengar tu menyokong ape yang dia kata...ha...jangan bagi dia naik angin pulak bila kamu-kamu bako lagik... (tengok jugak isu ye...kang benda tak betul kamu-kamu sokong lagi...hish!)

Lelaki, lain...kalau diorang ade masalah, diorang lebih suke memendam dan menghadapinya sorang-sorang. Dan...perempuan, jangan ler nak tanya macam-macam masa diorang tengah takde mood, okie? Kang perang periuk pulak aihhh... Lelaki takkan bercerita dengan pasangannye tentang masalah dia, sebab diorang lebih suka masuk gua...hahaha~ Biar mereka bertapa dalam gua tu, bagi diorang masa...nanti bila da keluar, diorang da ok, bolehlah kamu-kamu tanya ye...

Hurmmm...ni lepas saya buat survey atas beberapa kes ni...hahaha~ Ops, sape-sape yang terasa tu senyum sendirik, okie..actually saya nak kongsi satu buku ni. Sape pernah dengar dan dah baca Men Are From Mars, Women Are From Venus? Baca la...memang banyak benda yang boleh belajar dari buku tu tentang bezanya lelaki dan perempuan. Ustaz Hasrizal pun syorkan tau baca buku ni. :)


P/S: Pssst, dak mucuk! Sila baca ye! :D


ENTRI CAMBEST UNTUK DAK UTM (JE~)



Dengki Alam Realiti


Tersentuh, tertarik, dan terharu membaca komen seorang pembaca kat entri Dengki Mendengki Amalan Tak Mulia.

Blog Deeya kat SINI

Ada betulnye apa yang dikata. Blog ni sekadar alam maya, tak perlu dirisaukan sangat dengan lalat-lalat yang cuba hinggap dan melepaskan najis. Lepas buang najis kat blog kita, lalat-lalat ni terbang carik port lain pulak... Mungkin gak tak datang balik dah lepas tu, sebab da jumpa port lagi enak nak buang najis (namun ada je yang kembali selagi najis tu tak berkesan tinggalkan bau - tapi najis lalat memang takde bau, ade rupa dan warna je~). Dari jadi lalat, elok jadi lebah...tinggalkan madu manis kat bunga sakura. Yang realitinya kehidupan kita kat luar nun...lebih elok untuk kita utamakan, dan beware dengan hasad dengki di alam realiti.

Tapi kadang-kadang yang maya ini pun ada kaitannya dengan realiti. Kat situ, kita tak boleh nak pandang remeh dah. Bila hasad dengki di alam maya mula menular hingga ke realiti, boleh rosak semuanya. Suka melihat orang lain jatuh, syaitan pulak bertepuk tangan tengok ampa suma dok gadoh. Fiu fiu fiu~~~

Berbalik kepada diri dan hati sendiri, nak dengki dengan kejayaan orang lain sampai berniat nak jatuhkan, atau nak cemburu dan mahukan kejayaan seperti orang lain? Rasanya...cemburukan kejayaan orang lain dan nak jadi seperti orang tu adalah lebih baik...sekian.

P/S: Terima kasih kepada semua yang mendoakan kesihatan saya. Moga Allah membalasnya dengan kebaikan...ameen.


ENTRI CAMBEST YANG BUAT SAYA LAPAR



Dengki Mendengki Amalan Tak Mulia



Mesti kamu-kamu semua familiar dengan surah ni kan? Tapi familiar tak dengan tafsir dan maknanya? Mungkin tak ramai yang tahu, jadi jom ler nak kongsi apa tafsirnya yang saya dapat kat SINI.

Katakanlah: "Aku berlindung kepada Tuhan Yang Menguasai subuh:

Termasuk makna Tuhan yang menguasai Subuh adalah Tuhan yang membelah butir tumbuh-tumbuhan dan biji buah. Setiap muslim dianjurkan berusaha agar hari-harinya dimulai semenjak waktu subuh dan bahkan sebelum subuh dia dah buat solat malam (qiamullail) untuk membuka hari tu supaya dapat berkat dan pertolongan Allah.

dari kejahatan makhluk-Nya:

Berlindung dari kejahatan dan gangguan semua makhluk, meliputi manusia, jin, binatang-binatang, api neraka dan lain-lain, bahkan termasuk di dalamnya adalah berlindung dari kejahatan diri kita sendiri.

dan dari kejahatan malam apabila telah gelap gulita:

Berlindung dari kejahatan malam apabila telah gelap gulita yang di dalamnya terdapat keburukan-keburukan dan gangguan-gangguan. Banyak sangat keburukan dan bahaya yang keluar pada malam hari, contohnya binatang-binatang yang mengganggu, orang-orang jahat, pencuri, kemaksiatan dan lain-lain.

dan dari kejahatan wanita-wanita tukang sihir yang menghembus pada buhul-buhul:

Berlindung dari kejahatan wanita-wanita tukang sihir yang menghembus pada buhul-buhul sambil membaca mantera-mantera dengan tujuan untuk sihir. Allah menyebut wanita-wanita tukang sihir sebab kebanyakan yang buat sihir ni para wanita, namun hukumnya turut dimaksudkan kepada lelaki. Sihir memang wujud, tapi janganlah kita takut. Kat sinilah perlunya selalu berlindung dan memohon pertolongan Allah, sebab semuanya tidak mungkin terjadi kecuali dengan izin Allah.

dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia dengki:

Iaitu orang yang membenci manusia atas nikmat yang diberikan Allah kepada mereka dan berharap agar nikmat tersebut hilang dari mereka bila dia dah mendengki. Hasad atau dengki ni sifat yang sangat tercela dan perangai yang sangat buruk serta akhlak yang sangat tidak terpuji. Pendengki pasti rugi dan menyesal serta amalannya terhapus. Termasuk hasad pula adalah 'Ain, iaitu pandangan mata yang timbul dari sifat hasad yang dapat merosakkan apa yang dipandangnya dengan izin Allah.

Yang last tu la paling penting, dengki-mendengki dalam dunia blog, mesti da tak asing da kan? Jadi...elok sangat diamalkan surah ni...

Semoga Allah melindungi kita dari sifat hasad, bahaya hasad dan 'Ain. Ameen...


LAMBAT PUBLISH SEBAB TERPIKAT DENGAN ENTRI CAMBEST



Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (46) lirik (21) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.