BLOG ENCIK SUAMI

Thursday, March 17, 2011

[Blog Picisan] : Best Ke Jadi Budak Kampung?


Ina the Mucuk Girl Bini No 3 Niq Afnan tag saya untuk join segmen ni...

Klik imej ni untuk ke segmen Niq

Adakah anda budak kampung?
Saya memang budak kampung sebab...

Kampung anda dimana?
...sambung jawapan dari atas tadi, sebab nama tempat tinggal saya Kampung Baru...hahaha~ kat Sarawak lerr~

Apa yang best tentang kampung anda?
Ermmmmm...ape ek? Kampung tu kecik je, ade tiga lorong je...lagi kecik kot dari satu kolej kat UTM ni...jadi, jiran-jiran baik sangat~ (oh, macam ayat dibuat je...)

Tempat yang anda selalu lepak (atau tempat bermain) di kampung?
Belakang rumah! Hahaha~ dulu kecik-kecik belakang umah n tepi umah tu tak macam sekarang. Tepi umah dulu lapang, siap arwah atok buatkan rumah pondok-pondok lagi...situla kitorang lepak, skang da takde. Belakang umah ade hutan kecik dulu...ade sungai kecik...selalu main situ...

Permainan kampung yang pernah anda main?
Main guli? Hahaha~ main masak-masak, pondok-pondok, tarik-tarik guna mende tu yang pokok kelapa??? Main teng teng, baling-baling selipar, semunyik-semunyik dari nenek kebayan, adohhhhh... Banyaknye...gambo lak takde, sila google ye...hahaha~ Rindu pulak zaman kanak-kanak!

Saya nak tag semua yang baca ni!!! Hahaha~


LINE LEMBAP, TAKDE ENTRI CAMBEST



Header: Dulu dan Sekarang


Tetiba rasa nak kongsi benda ni bila bukak album Picasa dan godek-godek gambar yang ade dalam tu. Meh tengok meh...header blog ni dari awal kelahiran dia sampai la sekarang ni...hehehe.

Ni yang mula-mula sekali tahun 2008...suke hadith tu...:)

Ni dalam tahun yang sama jugak...tapi cam serabut je kan...hahaha~

Dalam tahun 2008 jugak, hamekkk...3 kali tukar header...-_-" tapi lebih kurang cam yang first tu kan? Hahaha~ Sebab suke template biru time tu... Kata-kata Imam Nawawi tu pun best~ :)

Hurm...ni yang fist dan last kot tepek diri sendiri...latar belakang tu kat Mersing, cantik kan~ pandai Cik Puan Nabila amek gambo ni...:)

Ahaa~ ni masa start bertanding dan sepanjang jadi orang yang bertanding...

Ni paling simple kot! Hahaha~ masa tu guna template magazine, jadi bagi nampak professional, guna la yang ni...:)

Ni ujung tahun lepas...:) sape insan-insan terawal tu, tahu la...

Ni pulak yang sekarang ni...pun simple jugak..:)

Kira, kira, kira...da 8 header rupanya ek. Sume ni buat sendiri, sebab tu tak cantik dan tak canggih, okie? Hurmmmm...yang sekarang ni akan kekal berapa lama agaknya? Hahaha~

P/S: Nak join ke ek segmen Enchek Ben? Hahaha~


KAT SINI ADE SEGMEN CAMBEST



Draftkan Entri? Errr...


Saya jarang buat draft entri. Kalau da terdesak sangat untuk save, barulah jadi draft. Contohnye bateri laptop nak habis ke (laptop ni takde bateri dah!), da nak balik umah sangat ke...atau rasa entri tu tak cukup masin lagi.

Saya lebih suka menaip sambil fikir ayat ape nak masukkan. Err...jadi semua yang kamu-kamu baca ni on the spot lerr...tu ade yang ayat tergantung, entri ketot sangat la, tak cukup ummphhh la, macam takde info la, ape lagi ek...hahaha~

Sebenarnya depends kat kamu-kamu semua nak wat macam mana. Ni ade kaitan jugak dengan yang bertanya semalam, macam mana buat banyak-banyak entri dalam sehari. Ada yang bagi cadangan buat dalam draft banyak-banyak, lepas tu publish banyak-banyak jugak. Erk...macam takde beza je, kena fikirkan jugak isi entri kalo nak buat macam tu...kan?

Yang bezanya, entri yang bukan draft ni fresh dari ladang gandum...hahaha~ Adoiiii...bak kata Enchek Ben kat SINI, kalo de idea tu terus taip je, publish...takyah simpan, kang basi...tapi nak cari idea tu pun satu keje lagi. Kadang-kadang takde idea kan? Da jalan-jalan blogwalking semua...pun tak jumpa idea nak buat entri. Hurm...macam mana nak cari idea? Klik SINI jugak. :D

Okie lah...nak menunggu donut seterusnya lepas Pak Cik Mat berjaya menyahut cabaran donut pelangi kat SINI. Hahaha~ Tahniah!!!

P/S: Donut coklat...hurmmmmmm..cepat lerr...hahaha~

Ops!!! Update!!! DONUT COKLAT DA SIAPPPPP!!! Hahahaha!


ENTRI CAMBEST BUDAK KECIK NI PULAK



Terlebih Speed, Minta Maaf


Aduh... Laju sangat ke semalam? Saya pun terkejut. Alhamdulillah, dengan izinNya dan atas perkongsian dengan semua, idea datang berduyun-duyun hingga terhasilnya begitu banyak entri siang semalam.

Kesian kat pembaca yang tertinggal sampai tak larat lagi nak khatamkan semua. Huhuhu...maaf ye, alhamdulillah ade bahagian Sakura Baru Berputik kat bahagian bawah post, bolehlah kamu-kamu semua rujuk bahagian tu untuk tengok entri-entri baru ye...syukur semuanya pendek, bak kata seorang reader ni, ketot aje entrinye.

Untuk entri-entri yang menarik pembaca selama setahun yang lalu, rujuk pula bahagian Sakura Mekar Sepanjang Zaman kat sebelah kanan blog ni. Saya masih berkira-kira jugak tu, nak letak sepanjang zaman ke, sebulan ke seminggu...huhuhu.

Apapun, terima kasih kepada semua yang setia bersama Sunah Suka Sakura dot com. Doakan moga blog ini boleh melangkah lebih jauh sambil memberi manfaat kepada semua, insya'Allah...

P/S: Hari ni, nak buat entri pasal ape pulak? Ade idea?


ENTRI CEMBEST MOTIVASI DI PAGI HARI



Senjata Nuklear: Part I


Seseorang meminta saya menulis tentang ini. Nuklear. Apa yang kamu tahu tentang nuklear? Nuklear ni hurm...hurm...hurm...jom tanya Jeneral SSS dot com ye~

Kak Shida: Jeneral, jeneral...mende nuklear, nuklear ni??? Heboh betul satu dunia pasal nuklear sekarang...

Jeneral: Hurmmmmm... Mula-mula jom kenal apa benda teknologi nuklear ni...malas nak cakap yang basic tu, terus gi teknologi ye...boleh kan??

Kak Shida: O...boleh-boleh, nanti saya google sendirik yang basic-basic tu.

Jeneral: Bagus, bagus...semenonye, kemajuan sains yang membolehkan manusia cam kite ni memanfaatkan kelebihan teknologi nuklear. Eh, jangan lupe pulak, yang bagi sains tu maju mesti la akal kurniaan Allah...alhamdulillah.

Kak Shida: Oh, ape je kelebihan teknologi ni?

Jeneral: Uish, banyak...nuklear ni kita boleh apply dalam bidang perubatan, pertanian, perindustrian, sumber tenaga...

Kak Shida: Cop, cop! Perubatan??? Cane leh? Nuklear tu...

Jeneral: Iye..alat pengimbas CAT dan laser digunakan untuk membuat diagnosis penyakit, kobalt-60 digunakan untuk membunuh kanser, radioisotop fosforus dapat merawat tumor otak, pensterilan alatan perubatan pun lebih sempurna dengan teknologi nuklear ni...

Kak Shida: Ooo...cane dengan pertanian pulak?

Jeneral: Dalam pertanian, teknologi nuklear digunakan untuk mengesan pengambilan baja oleh tumbuhan-tumbuhan... Sinaran gamma pulak dapat memandulkan serangga perosak... Mutasi aruhan menghasilkan baka tanaman yang lebih baik, manakala sinaran nuklear dapat mengubah gen tanaman...

Kak Shida: Perindus--

Jeneral: Untuk perindustrian, depa guna teknologi nuklear untuk kesan kebocoran paip bawah tanah... Pengawalan ketebalan dan sambungan paip serta pengukuran kehausan enjin pun leh dijalankan dengan lebih muda guna teknologi ni... Alat komunikasi canggih macam satelit dan Internet (yang slow sekarang ni) turut memerlukan teknologi nuklear, tau!

Kak Shida: (terlopong...)

Jeneral: Dari segi kos seunit, tenaga nuklear lebih murah daripada petroleum... Lojinya tak perlukan kawasan yang luas...jadi, tenaga nuklear ni leh jadi tenaga alternatif yang baik bagi menggantikan sumber sedia ada.

Kak Shida: Oooo...banyaknye kelebihan...keburukan pulak???

Jeneral: Keburukan??? Sambung next part ye...panjang-panjang kang ngantuk pulak...

Jumpa lagi lain kali. Jeneral ade kerja sikit. Kena buat appointment lain pulak ye...


ENTRI CAMBEST SAPE TENGAH-TENGAH MALAM BUTA NI?




Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (46) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.