BLOG ENCIK SUAMI

Friday, March 18, 2011

Eh, Ustazah! : Tudung


Selepas maghrib, ustazah bersama adiknya ke pasar malam. Malam ini cadangnya mahu membeli lauk sahaja, sekali-sekala sambil mengeratkan silaturrahim.

Amalina: Akak, jom ke gerai tu~ Satay dia macam enak jeeeee~

Ustazah: Mana, mana?

Amalina: Tu, yang ada pakcik gebu-gebu sikit.

Ustazah: O...gerai Pak Cik Mat ke? Jom lerr...

Mereka melangkah ke gerai tersebut yang letaknya selang tiga gerai dari tempat mereka berdiri. Dalam nak sampai-sampai gerai tu, tiba-tiba...

"Opocot!" seseorang terlanggar bahu Amalina. Amalina mengaduh kecil, seraya memegang bahu yang dilanggar. Kemudian menoleh melihat yang melanggar. Dia istighfar di dalam hati. Gadis itu meminta maaf.

Amalina: Takpe... (senyum sampai nampak lesung pipit...)

Gadis: Maaf tau... (kemudian berlalu pergi...)

Amalina memandang ustazah. Ustazah buat dek...

Ustazah: Assalamualaikum Pak Cik Mat! Satay ayam 20 cucuk~

Pak Cik Mat: Wa'alaikumussalam ustazah...lama tak nampak.

Ustazah: Bizi sikit la Pak Cik Mat...lagipun memasak je kat rumah, hari ni je keluar beli lauk.

Pak Cik Mat: O...takpelah, at least ade jugak datang jenguk Pak Cik Mat ni... Jap yeaa...

***

Di rumah...lepas makan satay ayam Pak Cik Mat...

Amalina: Akak, boleh ke pakai sanggul tinggi-tinggi???

Ustazah sudah menjangka adiknya akan bertanya soalan tersebut selepas peristiwa di pasar malam tadi. Adiknya memang begitu, ade je kemusykilan, terus tanya direct-direct! Tak bertapis betul!

Ustazah: Hurm...cuba adik fikir, nape ek diorang pakai sanggul tinggi-tinggi?

Amalina: Erm...sebab cantik, kot~

Ustazah: Cantik satu, lagi...bila da cantik, mesti menarik perhatian kan?

Amalina mengangguk cepat-cepat.

Ustazah: Ape hukumnya bila kita berpakaian untuk menarik perhatian orang lain? Terutamanya bila perempuan berpakaian untuk menarik perhatian lelaki...

Amalina: Erm...tu da tabarruj, akak...berhias atau berpakaian secara berlebih-lebihan bagi seseorang wanita sehingga menarik perhatian ramai, tetapi tanpa membuka bahagian–bahagian sulit...hukumnya haram.

Ustazah: Pandai pun...moh tengok gambo kat tv tu...kebetulan pulak iklan ni sekarang.


Amalina: O...jadi kita hanya boleh bagi nampak yang biasa-biasa je la kan...takleh hias lebih-lebih kecuali untuk yang mahram. Huhuhu...

Ustazah: Yup, betul tu~ Lagi satu...biarlah tudung tu menutup bahagian dada, kerana dikhuatiri menimbulkan fitnah, menaikkan syahwat lelaki, menambah dosa pulak...kesian diorang semua masuk neraka sebab kita tak pakai elok-elok, tau!

Amalina: Sebut pasal masuk neraka, ustaz kat sekolah macam pernah cakap je...wanita bersanggul tinggi ni golongan neraka...huhuhu. Takutnye...


Ustazah: Ha...tu hadith Rasulullah s.aw. Perasan tak, sabda baginda, baginda "tak pernah melihatnya"..sebab ape?

Amalina: Sebab benda ni berlaku pada akhir zaman...

Ustazah: Pandainye adik akak ni...:)

Amalina: Jadi akak, macam mana...adik tengok ramai je yang dah pakai sanggul tinggi-tinggi. Dah nak kiamat dah...

Ustazah: Bukan sanggul je sayang, selain tu, tudung tu pun sekarang da macam-macam jenis kan? Da macam-macam fesyen kan?

Amalina: Ha'ah...sekarang popular sangattttttttt~~~ shawl, shawl tu~~~ Nak gak pakai camtu!!!

Ustazah: Boleh saje la adik...asalkan adik tutup mana yang perlu ditutup. Ikut syariat. Ingat tak iklan kat tv tadi?

Amalina: Ha...ingat-ingat. Kena tutup sampai melepasi dada, o...pakai macam *** tu ye??? Cantik~~~

Ustazah: Adik akak kalau pakai macam tu pun cantik jugak, tapi betulkan niat asal kita, bertudung untuk menutup aurat, bukan untuk nampak cantik...nanti kurang pahala pulak...haaa...

Amalina: Erk! Betul gak tu akak...huhuhu. Terima kasih sebab ingatkan...T_T

Ustazah: Ha...lepas ni, adik pun kena la kongsi ngan kawan-kawan pulak~

Amalina: Okie, akak sayang~~~

Ustazah: Dah, esok nak sekolah...jom tido!

***

Bertudung untuk menutup aurat...berbeza sekali dengan bertudung untuk cantik. Tanya diri sendiri, yang mana satu kita? Renung-renungkan dan selamat beramal~ :)

P/S: *** tak tau sape...


ENTRI CAMBEST BERKAITAN



Segmen : Ady Budika cakap saya takde entri?!


Hoh!!! Sape kate???? Berani dia cakap macam tu ye???? Mentang-mentang hari ni ade satu entri je yang terdaya untuk update!! Huh! Meh nak update ni~!

Header segmen merangkap pic yang terpilih

Kamu-kamu tengok gambo atas ni~ Huh! Tak puas hati betul!!! Kalah header sakura tak bape nak cantik kat atas tu! Tapi cam sama je...ade pecah-pecah, crop-crop sikit, tiru ke ape??? Da la kaler putih, cam suci n sejuk je mata konon bila tengok. Hish!!! Nasib bek cantikkkkk...kalo tak, lagi banyak nak kutuk ni...huh!

Ok, sekian...mengamuk lebih-lebih kang, ade yang bagi puisi pulak...:p

Nak tau lebih, klik SINI.



Alhamdulillah...Takde Yang Rindu Saya?


Alhamdulillah...setel semua!!!

Menahan diri dari update sejak entri terakhir lewat malam tadi... T_T

Tak sangka ada yang buat entri balas kat SINI dan kat SINI. Terima kasih... Saya sangat-sangat menghargainya... :)

Alkisahnye pagi tadi gi lab macam biasa, merancang nak jumpa supervisor sebelum jam 11. Sampai kat lab, astahgfirullahal'azim...macam mana lah boleh tertinggal charger laptop! -_-" Maka, kol la housemates berkali-kali sampai salah seorang darinya menjawab. Huhuhu...terpaksa mintak tolong antarkan ke lab. Tapi...sebelum dia boleh antarkan charger, dia sendiri kena gi kedai cetak dulu. Tak kisahlah...tunggu saje~

Supervisor? Baiknya dia...........dia cakap dia akan ada kat lab sebelah sampai kul 1. Huhuhu...kesian pulak, nak jumpa petang memang takleh dah, dia keje half day je hari ni. Tu pun tadi housemate da takut-takut tak sempat nak antarkan charger sebelum kul 1... Hampir je buat entri "Penantian" (yang tak jadi sebab tak lama lepas tu dia mesej kata da on the way)... Terus tak jadi taip, pangkah terus! Hahaha~ Adoiiiiii...

Alhamdulillah, sempat... Borak-borak dan bincang-bincang dengan supervisor rancangan masa depan...edit sikit lagi proposal, then antar proposal ke ofis baru jap tadi... Lagi sebulan, semakin banyak perkara yang perlu dilaksanakan, semakin bizi dan bizi. Huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaa~~~~~~~ Sabor je lah...lepas bulan 4 kang, baru leh lega sekejap kot. Insya'Allah... Huhuhu... Doakan ye semua-semua~

P/S: Rasanya...takde yang rindu saya kan? #okbai (ouh...Eh, Ustazah! nanti sikit ye...)


MUSIBAH MENIMPA, DOAKAN MEREKA



Langit Itu...


Kala ini...
Sakura merenung langit kelam...
Menghitung bintang malap...
Mengira jauhnya langit dan masa...
Menukil kisah di hujung dahan...

Kala ini...
Sakura rasa langit itu jauh...
Biar sakura paling tinggi dalam taman...
Masih tidak mampu mencapai tingginya langit...
Malah terasa semakin jauh...

Kala ini...
Sakura menilai diri...
Apa selama ini mekarnya menyejukkan mata...
Apa semerbak baunya menenangkan jiwa...
Atau sekadar penghias taman-taman larangan...

Kala ini...dan detik-detik masa yang akan datang...
Sakura akan terus bertanya...
Bagaimana menggapai langit tinggi...
Yang sampai bilapun tidak akan menyatu dengan bumi...
Kecuali hanya dalam ilusi...


-Sekian-



Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (46) lirik (21) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.