Hari ni
Kak Shida pi jumpa Jeneral SSS dot com lagi, next appointment nak borak-borak tentang teknologi nuklear ni. Sape belum baca Part I, klik
SINI, ok?
Kak Shida: Ha...hari tu Jeneral kata ada keburukan teknologi nuklear ni...tang mana tu?
Jeneral: Hurm...untuk keburukan ni, kita akan fokuskan lebih kepada senjata nuklear, ye...
Kak Shida: O...ok, ok...macam mana yang boleh dikatakan sebagai senjata nuklear?
Jeneral: Senjata nuklear ni dapat tenaga dari tindak balas nuklear dan mempunyai kuasa pemusnah yang besar. Kalo nak tau, senjata nuklear baru dua kali saje digunakan kat dunia ni.
Kak Shida: Hah??? Baru dua kali je??? Ingatkan da banyak kali!
Jeneral: Yup, dua kali je. Masa Perang Dunia Kedua dulu, Amerika jatuhkan bom atom kat Hiroshima sekali, kat Nagasaki sekali. Dua-dua ni kat Jepun.
Kak Shida: O...dan sekarang, kisah reaktor nuklear Jepun meletup dek tsunami dan gempa bumi pulak. Hurm...
Jeneral: Ha'ah...tapi sebelum depa jatuhkan bom tu, depa ade buat satu projek ni. Nama dia
Projek Manhattan, dari tahun 1942 hingga 1946. Bom dijatuhkan tahun 1945.
Kak Shida: Erhhh, Manhattan? Macam mana projek tu???
Jeneral: Ada kisah di sebaliknya. Einsten, kenal tak? Mesti kenal...ahli fizik mahsyur pada zamannya...dia yang bagi surat kat presiden Amerika masa tu, bagi amaran yang Nazi Jerman mungkin akan buat senjata nuklear.
Kak Shida: Ha??? Albert Einsten rupanya yang cetuskan ye...
Jeneral: Yup, dengan tu, tiga negara terlibat dalam projek ni...Amerika, UK, dan Kanada...depa buat research kat lebih 30 tempat, ade yang dirahsiakan, malah kat universiti-universiti sekitar tiga negara ni pun depa buat keje-keje selidik ni.
Kak Shida: O...nape leh jatuhkan bom atom kat Hiroshima ngan Nagasaki tu?
Jeneral: Jap, jap...sebelum tu kita tengok dulu mana negara-negara nuklear...meh tengok gambo ni...
 |
| Klik gambo nak bagi meletup |
Jeneral: Yup, ni top 10...tapi still Israel tak ngaku jugak depa ade senjata nuklear ni...hurmmm....
Kak Shida: O...jadi leh sambung balik pasal Hiroshima ngan Nagasaki tadi?
Jeneral: Ish, baru nak geram-geram dengan Israel ni... Okie, depa jatuhkan bom atom tu sebab Jepun serang
Pearl Harbor pada 7 Disember 1941. Bom yang pertama namanya Little Boy, yang kedua Fat Man...cuba klik
SINI untuk tengok beza impak kedua-dua bom nuklear ni.
Kak Shida: Ouhhhhh... impak-impak ni...takde impak positif ke???
Jeneral: Senjata nuklear ni ade baiknya...tapi baik tu lebih kepada negara yang terlibat je lah. Boleh menguatkan pertahanan negara, di samping menjana ekonomi sesama negara nuklear jek...
Kak Shida: Negara nuklear macam kat atas tadi ke???
Jeneral: Eh, bukan...negara nuklear yang betul-betul diiktiraf, hanya ada lima je tau!
Jeneral: Ha...tu sambung lain kali. Ade appointment lain pulak ni. Okie?
Kak Shida: Ooooo...ok, ok...terima kasih jeneral.
Lepas buat appointment akan datang,
Kak Shida pun pergi carik kat google dulu lima negara nuklear tuuu...kot ade yang boleh dia tanya kat Jeneral SSS dot com untuk appointment seterusnya nanti, takde la kosong jek...haish...google kan lagi tau banyak benda....
ENTRI CAMBEST CIKALI~
Terima kasih sebab Like~ ^_^
TERIMA KASIH KERANA SEBARKAN~