BLOG ENCIK SUAMI

Sunday, March 20, 2011

Biru Seribu Malam


Dari tadi kami berdebar menanti. KAMI?? Eik, nape Cik Puan Nabila pun ikut berdebar ni? Hahaha~ Adoiiii... Erm... kami tunggu sama-sama...sampai malam jadi biru...akhirnya biru seribu malam...erk! Ayat sastera mana la agaknya ni...

Ekceli, kami tunggu dia...yang ke seribu...


Hehehe...dia empunya blog Biru Malam~ Namanya Bro Azqar, berasal dari Ipoh, Perak. Maka dia adalah ahli komuniti KBU la kan? Blog dia berheaderkan awan biru di waktu malam...err...berapa kali nak sebut biru dengan malam ni? Kalo boleh 1000 kali, okie jugak~ Hahaha~ Tipu saje...tak mampu den...:p

Alhamdulillah... Terima kasih kepada semua yang follow blog ni...anda semua dalam yang 1000 tu...terima kasih...juga kepada silent readers...terima kasih...doakan agar saya terus berusaha dengan lebih baik kat sini...teruskan bagi teguran dan pandangan...sokongan semua amat saya perlukan...

TERIMA KASIH!


CIK PUAN NABILA PUN BUAT ENTRI CAMBEST KAT SINI



BEN ASHAARI : TERIMA KASIH IBU !


Nak join klik banner ni

Terlalu banyak kenangan bersama mak...sejak kecil sampai umur saya sekarang ni. Tapi ada satu yang saya takleh lupa sampai sekarang...masa tu saya baru nak masuk tingkatan 1. Saya anak sulong dalam keluarga, jadi tak pernah lagi antara kami yang sekolah jauh-jauh. Saya tau, berat hati mak nak lepaskan saya pergi masa tu. Tiap kali membicarakan tentang pendaftaran, persiapan dan apa-apa yang berkaitan tentang sekolah berasrama tu, saya nampak air jernih di tubir mata mak. Tapi mak tak luahkan pun...bila tengok mak macam tu, hati anak mana yang tak resah dan berat. Beberapa hari saja sebelum saya sepatutnya bertolak ke sekolah tu, akhirnya saya buat keputusan... "Mak, saya tak jadi pergi sekolah tu...saya sekolah kat sini je lah..." Mak terkejut, betul ke apa yang didengarnya.

Memang itu keputusan saya masa tu. Tak sanggup melihat mak macam tu. Dan sebab tu jugaklah saya tak pernah bersekolah asrama hinggalah akhirnya saya ke matrikulasi, baru masuk asrama... Bukan da berhenti setakat tu, tiap kali hantar saya kat lapangan terbang pun, sampai sekarang da besar panjang ni, mak akan sebak jugak...tapi tak macam mula-mula dulu. Sekarang mak da faham, da biasa...anak-anak lain pun da semua jauh-jauh kecuali yang bongsu. Bila da jauh ni, yang penting kita selalu berhubung dengan kedua-dua orang tua...:)

Terus-terang, saya lebihkan mak saya...tiap kali kol rumah pun, akan kol henset mak...kalo ayah angkat pun, cakap kejap je...lepas tu, "mana mak?" Ehehe...kalo henset mak habis bateri, pi kol henset ayah, cakap kejap...lepas tu, "mana mak?" Hehehe...rasa lebih selesa dengan mak kot~ Tapi dua-dua pun saya sayang~ :)

Selagi mampu kami menjaga mereka, tak kan sekali-kali kami tinggalkan mereka di rumah orang tua...insya'Allah.

Sebab tu Allah pesan agar tuliskan wasiat, dan anak-anak wajib patuh pada wasiat yang ditinggalkan.  Boleh baca kat SINI kenapa kita kena berwasiat. Memalukan je kalo nak gadoh tentang harta pusaka. Serius, saya tak suka sebab saya sendiri pernah nampak macam mana orang-orang cenggini dengki antara satu sama lain hanya kerana harta pusaka. Moga dijauhkan...ameennnn...

Okie~ mak, kalo baca ni...saya tau mak tak nangis punye...mesti gelak sambil kuar air mata...kan?


ENTRI CAMBEST SAPE KALI NI? JOM TERJAH!



Kalau Saya Berblog, Saya Akan...


Apa benda yang kamu-kamu bukak bila berblog? Err...faham ke soklan ni? Okie...untuk mereka yang suka update blog tu kan, apa benda yang kamu akan guna pada masa tu? Setiap orang entri dia kan berbeza-beza, ada yang suka letak gambo tak kira dari google ke dari pc sendiri, ade yang update guna desktop writer tapi lebih ramai yang guna direct on blogger.com kan?

Hurm...ni nak kongsi ape yang saya selalu akan prepare awal-awal kalo nak update blog. Err...nampak sangat dia ni skema kan? Hahaha~ Sukatilah!!!

First, mestilah bukak New Post kat Blogger.com~


Hah, nampak typo kat situ. Ade baiknya saya gi printscreen tadi. Hehehe...:p Nampak tak, saya gunakan Edit HTML untuk update entri? Jangan pelik, saya suka macam ni sebab senang nak cek script atau coding kat post tu. Bila da habis semua baru gi Compose dan cek semua kat situ pulak.

Second, saya mesti nak bukan Photoshop~

1. Untuk edit gambo yang ade tafsir, hadith dan mutiara kata tu...


Kira macam template dia dah ada lah...tak payah nak edit-edit benda lain da lepas tu, just tukar ayat dan gambo sakura tu je...:)

2. Untuk edit gambo Entri Cambest...


Segala Entri Cambest ni gambo dia saya printscreen dulu kat blog-blog lain. Segalanya untuk tujuan promosi, jadi sape-sape yang kedek tak bagi printscreen tu tak dapatlah...(aiman tak kesahhhh, aiman buat-buat tak nampak, aiman printscreen saje...)

3. Untuk paste dan edit gambo printscreen yang lain...


Lepas printscreen, bila bukak New kat photoshop, automatik akan kuar window size 1280x768...paste saje dan edit...:)

Third, mesti nak bukak Facebook~


Sebab nak ping entri yang da dipublish kat sini. Ade banyak group kat Facebook tu leh ping entri baru, Sahabat Blogger, Sembang Blog FF, Sembang Blog LM, Komuniti Gila Blog, Blogger Teman Sejati, Kami Blogger Utagha, banyak lagi lah...ada jugak pages untuk kita ping entri macam Santai Ben Ashaari, Malaysian Blogger United, Blogger's Malaysia, Blogger Sarawak, dan lain-lain. (Eh, nape ade muka pakcik tu kat gambo tu...interframe betul lah! Hahaha~)

Forth, ni kadang-kadang je bukak...


GengBlogger.com, untuk ping entri baru jugak. Tapi jarang jugak nak ping...hahaha~ Buktinya, tengok...tak ping lagi entri siang tadi. Hahaha~ Okie, dah ping dah baru jap tadi~ :p

Erm...tu je lah rasanya...yang wajib saya bukak. Hahaha~ Okie...kamu-kamu pulak macam mana?

P/S: Banyaknye gambar dalam entri ni...sila bersabar...hahaha~


ENTRI CAMBEST SAPE KALI NI? JOM TERJAH!



99 dan 990 - Kebetolan???


Subhanallah...terkejut!

Sorang reader datang blog ni tadi pagi, dia komen kat entri Erti Kawan tu~ Lepas tu saya pun jejak balik blog dia sebab jarang nampak, kan... then saya pun follow...tak perasan pulak nombor tu 99. Hehehe...dia buat entri tentang follower ke 99 sebab dia suka nombor 99~ Nama dia Lulu Rahman~ Meh tengok pic dari blog dia ni...


Thanks ye Lulu~ Dah tu...kebetolan, eh! Suratan...hehehe. Lulu pulak jadi follower ke 990 blog ni. Aiyokkkk...nombor cam nak dekat je. Hehehe...untunglah dia, dapat nombor yang memang dia suka. :)


Terima kasih sekali lagi ye Lulu sayang~ :) Blog Lulu ni hitam dan pink! Sama macam blog saya!!! Hahaha~ Simple je blognya~ Ada widget yang tak keterlaluan, start berblog sejak Julai 2010. Nak tengok lebih-lebih lagi jenguk la blog Lulu ye~ ;)


ENTRI CAMBEST ORANG MENGAMOK~ HAHAHA~ OPS!



Tak Semua Orang Suka Kita


Kenapa saya cakap macam tu? Sebab manusia ni hati dia kan lain-lain. Kita rasa kita da cukup senangkan hati orang lain, buat orang lain gembira...tapi dalam diam kita tak tahu rupa-rupanya ada yang tak menyenangi diri kita. Dalam banyak-banyak yang suka kat kita, rupa-rupanya ada yang menchiiiiiiik kat kita.

Ha... Bila da jadi macam ni, nak buat macam mana?
  1. Gi mengadu kat Wall Facebook: "Kenapa dia tak suka saya...?"
  2. Gi wat entri kat blog: "Dia tak suka saya..."
  3. Gi carik crowd (selalunya kat group-group Facebook), hebahkan: "Dia tak suka saya, sape nak join geng tak disukai ramai?"
  4. Gi buat page kat Facebook: "Kami benci orang yang tak suka (nama)."
Okie, jangan buat seperti di atas. Kamu-kamu pulak yang jadi geng tak suka. Buat geng donat, takpe~ Hahaha~ Kool beb...bak kata sorang pakcik ni, buat dek je...biarlah depa tu. Yang suka kamu lagi ramai dari yang tak suka.

Tapi, kena cek balik jugak, kenapa depa tak suka sebenarnya...mungkin ada sesuatu di sebalik semuanya (fuhh..ayat skema!). Mungkin ada cara dan gaya kamu yang kurang menyenangkan hatinya. Cewah, ayat romantik tahap berapakah ini???

Kalau boleh bertanya, tanyalah depa yang tak suka tu, kenapa? Kalau tak boleh nak tanya, takpe lah...rasa-rasa ok je, tak mengganggu kehidupan seharian dan tak kaco tido malam, stay cool je la~ Teruskan kehidupan macam biasa sambil perbaiki mana yang patut. Tanya kawan-kawan rapat ke, ape yang tak ok tentang kita. Biasanye diorang ni boleh bagi pandangan setulusnya tentang kita...tapi tak semuanya berani membuka mulut tanpa diminta. :)

Okie~ sekian~


P/S: Sape lagi nak makan DONAT? Klik SINI. Ade yang berminat nak jadi pelakon??? Klik SINI pulak.


ENTRI CAMBEST ABANG PENDEKAR~



Erti Kawan


Terdetik nak buat entri ni lepas baca entri Shahazrin.com kat Entri Cambest kat bawah nun...

Kamu-kamu semua mesti ada ramai kawan kan? Kalau tak ramai pun, mesti ade jugak seorang dua kawan yang selalu ade di sisi. Kawan tak kira dalam susah atau senang, ni kawan sejati yang susah nak dicari.

Ape yang kamu cari dalam berkawan? Adakah kerana dia seorang yang baik hati dan peramah, maka kamu nak berkawan dengan dia? Atau kerana dia seorang yang berilmu dan menyampaikan? Atau kerana dia kaya, kamu nak kawan dengan dia? Atau kerana dia anak Yang Berhormat? Atau adakah kerana dia popular, cantik, macho dan emsem??? Erk! Banyak benar sebab berkawan kan???

Kita berkawan biar jujur dan ikhlas. Tak perlu buat diri nampak lebih baik dari orang lain, jadikan diri nampak sangat hebat, bagi semua orang kagum dengan kita. Last-last apa yang kita buat-buat nampak hebat tu rupa-rupanya hanya palsu. Kepercayaan yang dibina sekian lama akan hancusss dengan sekelip mata. Siapa susah? Orang yang buat-buat nampak hebat tu la susah...terus orang da tak percaya kat dia. Ha...nak macam tu? Jangan kata benda ni kolot dan hanya ada di zaman P. Ramlee, ade je lagi yang macam ni tau!


Kita tak kisah orang tu macam mana...kawan je dengan semua orang... Tak perlu berlakon dan berpura-pura, nanti menyesal di kemudian hari. Dalam bersahabat, keikhlasan, kejujuran, dan kepercayaan...itu tunggak utama, okie?


ENTRI CAMBEST SHAHAZRIN.COM



DUN Sarawak Bubar Esok!!!


Tu diaaaa...tiba-tiba cakap hal politik, leh tak? Ke kamu-kamu semua tak suka? Hahaha~ Saya tak kira! Nak cakap jugak!!!

KM Taib kata esok DUN Sarawak akan dibubarkan, YDP Sarawak, Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng, pun da setuju. So sekarang ni terpulang kepada SPR nak tentukan bila tarikh penamaan calon dan pembuangan undi.

Kata KM Taib: Kemungkinan saya akan bersara adalah sudah dekat, saya akan mengetuai pilihan raya nanti tetapi hanya untuk memastikan semua perkara berjalan lancar dan pemimpin baru dapat dilahirkan.

Walopun gitu, KM Taib gitau Pak Najib yang dia perlukan masa nak buat peralihan kuasa, sape nak ganti dia nanti sebagai KM Sarawak yang baru. Pak Najib kata, ok je...asalkan peralihan kuasa tu tersusun dan tak jejas kestabilan kerajaan yang memerintah. Hurm, cane tu?

KM Taib kata lagi: Saya orang tua, bukan macam Datuk Najib, masih handsome masih muda, ataupun timbalannya yang manis dengan misainya.

Erk! Okie...no komen. Hahaha~

Cumanya timbalan yang manis dengan misai tu ade sebut-sebut tentang hantu jembalang yang bakal muncul. Err...pi lah carik sendiri kat mana-mana paper ye. Hurm...sampei hati kata depa jembalang. Ish ish ish...

Sekian~


P/S: Kena tengok-tengok tiket balik Sarawak ke ni???


JUADAH CAMBEST DI PAGI HARI



Dia Samurai Jalanan


Dia samurai jalanan
Masih mencari nilai iman
Ingin meraih setitis harapan
Menjiwai makna seorang insan

Dia samurai jalanan
Jangan biarkan dalam persoalan
Perlu nasihat seorang rakan
Perlu teguran seorang teman

Dia samurai jalanan
Masih bertatih mengenal Tuhan
Mencari cahaya untuk ke hadapan
Buat penyuluh sepanjang jalan

Dia samurai jalanan
Jauh sekali dari taman larangan
Mendamba sakura di hujung dahan
Buat penyeri hidup insan

Dia samurai jalanan...

-sekian-

P/S: Mungkin entri Sakura Dalam Taman Larangan berkaitan~ rasa nak sambung pulak kisah tu...ilham di malam hari...-_-"



Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (46) lirik (21) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.