BLOG ENCIK SUAMI

Tuesday, March 22, 2011

Bila Tengah Nazak Pun Sibuk Nak Berkenalan...


Atas saranan doktor, Naz dihantar untuk berubat di USA kerana penyakitnya yang agak kritikal. Sampainya di Hospital New York, Naz dibawa ke bilik pembedahan dan dipasangkan tiub getah kanan dan kiri.

Beberapa jam kemudian, seorang pesakit dari UK yang kelihatan lebih parah dibawa masuk dan diletakkan bersebelahan dengan katil Naz. Walaupun Mat Saleh ini kelihatan lemah, tetapi dia masih mencuba untuk berkomunikasi dengan Naz. Dengan susah payahnya, beliau mengangkat tangan dan berkata, "United Kingdom..."

Naz yang juga masih lemah menjawab, "Malaysian..."

Setelah itu kedua-duanya pengsan kerana keletihan. Beberapa jam kemudian, mereka kembali sedar dan cuba berkomunikasi lagi.

Mat Saleh berkata dengan lemah, "John..." dijawab dengan susah payah oleh Naz, "Naz..."

Selepas itu mereka pengsan lagi. Beberapa jam setelah sedar, mereka berdua masih mencuba melanjutkan percakapan, "Birmingham..." kata John.

Naz menjawab, "Kelantan..." pengsan lagi.

Tidak lama kemudian, mereka sedar dan cuba berbual lagi. John yang sudah kehabisan nafas berkata, "Cancer..."

Dengan sisa-sisa nafas yang ada Naz menyahut, "Capricorn...!"










P/S: Artikel ini ditaip semula dari RAPI dan diubah suai~
Nama-nama di atas hanya pelakon semata-mata.
Sekian~


ENTRI CAMBEST DA LAMA MENYEPI, MEH JENGUK NI!



SAYA BENCI ROKOK


Nak join? Klik banner ABANG Ben~~~

Saya tak suka rokok!!! Saya tak suka bau asap rokok, saya tak suka, tak suka, tak suka!!! Sebab paru-paru saya sangat sensitif dengan asap rokok, sangat mudah batuk kalo hidu asap rokok. Dah la saya ni memang tengah batuk-batuk nehhhhh...makin teruk kalo asap yang bertoksin tu masuk rongga hidung, kemudian menyerap ke bronkiol-bronkiol kat peparu ni...ish ish ish... Ayah saya merokok, ok? Mak mesti tak bagi ayah merokok depan kami adik-beradik, terutamanya saya...hahaha~ dia kena merokok luar rumah! Kalo dalam rumah, kami semua pakat sound dia. Hahaha~ Adoiii...saya tak suka rokok  jugak sebab ayah pernah sakit sebab rokok...masa dia demam teruk tu, dia langsung tak sentuh rokok!!! Syabas!!! Lama jugak dia tak merokok lepas tu... Tapi sekarang dia da merokok balik, dengan kadar yang lebih kurang dari dulu...huhuhu. Err...kalo nak jadi menantu mak saya, takleh merokok tau, kalo tak, kene reject terus...hahahaha~

Pesanan untuk mereka yang merokok dan yang ada hati nak merokok, janganlah merokok weh, tak baik untuk kesihatan...nak jadi macam ni paru-paru kamu tu???


Ingatlah orang yang tersayang di sekeliling kamu jugak, diorang semua dapat efek dari ketaksuban kamu terhadap rokok tu...nanti jadi cam gambo kat bawah ni pulak...


Bagi saya, mereka yang merokok ni...hurmmm...tak sedar lagi tentang bahaya rokok. Yeke? Tipu lah...mereka sedar, tapi tak ambil peduli. Merokok ni memang susah nak henti kalau tak bersungguh-sungguh...dan mereka ni jugak tak sedar yang bila mereka merokok, mereka sedang membakar duit...mahal wooooo rokok sekarang, kamu ingat kerajaan saja wat mahal-mahal gitu? Huhuhu...

Fikir-fikirkan lah ye~ maaf kalo terkasar bahasa...

Erm, kalo terbuka hati nak berhenti merokok, try klik SINI. Pssst, kalo kamu merokok dan kurang berat badan, tapi bercadang nak berisi sikit, cuba benti merokok...ni tips classmate isu global bagi...hehehe.



Engineering Susah?


Ada yang tanya saya lepas saya publish Entri Pilihan 1.50 Pagi... semalam. Engineering susah kan? Gulp!

Soalan cepu emas ni. Ada yang menjawab, susah kalau malas. Erk! Ada betulnya tu... Ekceli, tak ada benda yang senang dalam hidup ni. Kalau senang sangat, mungkin manusia tak berusaha bersungguh-sungguh untuk dapatkan apa yang diorang impikan dalam hidup. Mungkin itu yang dimaksudkan susah kalau malas. Jadi kena rajin ye~

Kita selalu mencita-citakan macam-macam profession, merancang macam-macam untuk masa depan. Semua tu nampak mudah, tapi perjalanan ke arah profession yang dicita-citakan tu tak semudah yang kita rancang. Setiap yang dirancang tak semuanya menjadi, kan? Orang kata, kita merancang, Allah yang menentukan... Sebenarnya, kita merancang, DIA juga merancang, namun sesungguhnya rancangan DIA lah yang terbaik...

Tak kira engineering ke, medic ke, mathematics ke, broadcasting ke (nak jugak masukkan), akauntan ke, semua tu susah... Jadi rancanglah betul-betul perjalanan hidup kamu-kamu semua ya... Jangan nanti terjatuh di tengah jalan, tak jumpa jalan pulang... Tapi kalau tersadung sikit, kaki berdarah, jangan menangis... Tu ujian nak test kamu-kamu ni betul-betul ke nak sampai hentian terakhir...:)

P/S: Jom tengok VLOG ABANG Ben dengan Cikgu Siti Hajar kat SINI.



Entri Pilihan 1.50 Pagi...


“Mungkin engineering lagi senang dari medik.” Congak saya kepada isteri di suatu petang.

“Ye abang?”

“Aah.. Engineering banyak deal dengan mesin. Mesin ni senang je nak faham fi’il dia. Manusia? Hu..” Saya menghela nafas panjang.

Teringat beberapa peristiwa ‘ke tidak perimanusiaan’ yang berlaku.

“Manusia senang je nak faham abang…” Isteri saya cuba ‘membantah’ sambil tersenyum.

“Ye ke? Cuba sayang buktikan…” Saya menguji.

Dia mengeluarkan stetoskop dari beg kuliah.

Seperti seorang doktor, degupan jantung saya diperiksa.

“Ok. Dah faham..”

“Apa yang sayang faham..?”

Sambung SINI.



Jom Melebam Sampai Pagi!


Saya nak melebam sampai pagi!

Pagi sok genti lebam biji mata...

Bertambah-tambahlah kegemukan eyebag

Gambar dari google

Ade sape-sape nak join???

Mesti takde...>_<

Adesssssssssssssssssssssss

Banyak lagi ni...............

Huhuhuhuhuhuhuhu...

#okbai

P/S: Best kan merapu??? Masa terbaik untuk merapu adalah lepas 12 malam kerana idea dah pergi entah ke mana... (info niiii :p)



Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (47) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.