BLOG ENCIK SUAMI

Wednesday, March 23, 2011

GENG KALUT NAK JOIN GAME !


NAMA KUMPULAN: GENG KALUT NAK JOIN GAME

KETUA: NIQ AFNAN (www.darxniq.com)

1. www.darxniq.com
2. http://puteri-katek.blogspot.com
3. http://aremelyna.blogspot.com
4. http://cintakuntumansyurga.blogspot.com
5. www.sunahsukasakura.com

p/s: kelebihan geng nih...kena kapit ngn domain [dot] com..cam buger la plak..muhahahahhahaha..




BEN ASHAARI : GAME ANTARA BLOGGER BERMULA !



Okie, sambung menepek gambo!




Apabila Kamu...


apabila kamu teringat akan seseorang, banyakkanlah olehmu ISTIGHFAR..

apabila kamu lupa tentang apa yang kamu pelajari, banyakkanlah SELAWAT..

apabila kamu mahukan wajah berseri dan sejuk mata memandang, banyakkanlah SOLAT DHUHA..

apabila kamu mahukan perlindungan dan kekuatan hati, banyakkanlah TAHAJJUD..

dan apabila kamu mahukan malaikat mendampingimu dan mengelak dari pandangan nafsu dan syaitan, hendaklah kamu sentiasa berada dalam keadaan berwudhu'..

~mutiara kata petang hari~
...lebih banyak di SINI...


P/S: Mula bekerja dengan lebih 371 layers...
Sape kaco kene geget! (terutama budak mucuk)


ENTRI CAMBEST SAPE KALI NI? JOM TERJAH!



Tujuh Biji Batu...


Abang tu menunjukkan bungkusan kain putih sebesar genggaman tapak tangan. Kami semua yang berada di sekeliling tasik memerhati sambil menanti kata-kata yang akan keluar dari bibir abang tu.

"Dalam ni, ada tujuh biji batu. Aku nak korang carik tujuh biji batu ni sampai dapat," kata abang tu lalu mencampakkan bungkusan kain putih dalam tangannya ke arah tasik. Plouppp! Bungkusan kain putih tu hilang, tenggelam ke dasar tasik.

Kami terpinga-pinga. Tapi tak lama. Beberapa orang di kalangan kami terutamanya yang gagah-gagah perkasa masuk ke dalam air. Kami semua nampak bungkusan kain putih tu jatuh kat mana, tak jauh sangat dari tempat kami. Beberapa orang yang pertama tu berjaya menemui bungkusan kain tersebut. Terus saja mereka menghampiri abang tu dan menunjukkan bungkusan kain yang dah dijumpai.

"Nah..." salah seorang yang gagah perkasa menyerahkan bungkusan kain putih kepada abang tu. Abang tu menyambut bungkusan tersebut, diam seketika.

Tidak semena-mena, dia membaling semula bungkusan kain putih ke dalam tasik. Kali ini lebih jauh dari tadi. Kemudian, abang tu merenung yang gagah perkasa dan rakan-rakannya yang berjaya menemui bungkusan kain putih. Mereka faham, lalu terjun semula ke dalam tasik. Mencari, mencari, dan mencari. Nah! Jumpa lagi~ Senang kalau perhatikan betul-betul kat mana bungkusan kain putih jatuh. Perhati kena teliti!

Dibawa semula kepada abang tu. Tapi...seperti tadi, abang tu mencampakkan bungkusan kain putih tu ke dalam tasik semula. Erk! Kami semua yang memerhati semakin kebingungan. Ape yang abang tu nak sebenarnya? Yang lain seakan-akan berputus asa sudah...semua terduduk di gigi air. Penat tadi belum hilang, nak kena masuk lagi kali ketiga???

Saya...termasuk dalam mereka yang terpinga-pinga. Pelik, kenapa abang tu tak menerima bungkusan kain putih tersebut walaupun nyata mereka yang lain telah berjaya menjumpainya? Lama saya berfikir...mata saya masih memerhati tempat bungkusan kain putih tenggelam tadi...'mungkin dah beralih tempatnya sikit sebab kami tak segera terjun macam tadi...' terfikir juga benda ni. Kemudian...saya terfikir sesuatu...patutlah dia tak menerimanya.

Saya terjun ke dalam tasik. Kali ni saya seorang. Yang lain tak ikut sama. Saya cari bungkusan kain putih. Saya jumpa. Kemudian, saya buka ikatan bungkusan kain putih. Saya nampak tujuh biji batu yang dimaksudkan. Saya keluar dari tasik.

"Abang..." saya panggil abang tu dan menunjukkan bungkusan kain putih yang telah terbuka, terdedah tujuh biji batu.

"Ya, ini yang aku nak..." dia senyum.

***

Ini mimpi malam tadi, walaupun saya tak faham sangat apa tafsir tersirat di sebalik mimpi ni, tapi memang sangat bermakna apa yang tersurat. Kamu-kamu faham?

P/S: Abang tu...



Kenapa Nuffnang Jadi Macam Ni???


Pagi-pagi da rasa nak mengamuk...hahaha~

Rileks, rileks...mana de mengamuk, nak bertanya je...huhuhu.

Bukak-bukak blog pagi ni, tengok nuffnang semakin panjang......................-_-" dengan benda cam gambo di bawah~


Tapi kejap je benda tu, lepas tu da tak nampak dah bila refresh balik...hurm...ade sape-sape try? Ape guna benda tu sebenornye? Macam churp-churp ke? Saya nampak, gitu lerr...

P/S: Hari ni result SPM kuar ek? Tengok sume post pun pasal result SPM nak kuar...all the best untuk semua yang umur nak masuk 18 pada tahun ni ye~


ENTRI CAMBEST SAPE KALI NI? JOM TERJAH!



Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (47) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.