BLOG ENCIK SUAMI

Thursday, March 24, 2011

Mana Lagi Berat, Kepala ke Kepala...


Kepala berat pulak. Mungkin takleh nak berjuang sangat malam ni. Kene tido awal. Macam-macam yang didengar dan dibaca dari pelbagai pihak. Ade yang berpelangi indah, ade yang bersweet wee weeeettttt, ade yang berduit-duit dan macam-macam lagi.

Tak sangka kan, dunia blog ni macam membina satu ikatan yang...ntah. Tak terucap...bayangkan blogger blog peribadi boleh bercampur dengan blogger blog ilmiah, blogger blog tutorial, dan bercampur pulak dengan blogger blog masak-masak... Best? Alhamdulillah...jatuh cinta dengan dunia ni.

Kayanya dunia blog ni dengan pelbagai karenah manusia dengan keinginan yang macam-macam. Tapi semuanya di bawah satu rumpun yang dinamakan Blogger. Saling tolong-menolong antara satu sama lain, tegur-menegur mana yang luar dari kebiasaan, tak kurang ade yang jatuh-menjatuhkan.

Biasalah...kalau bukan dunia blog pun, macam tu jugak kan. Kat luar nun, bukan senang kita nak nilai hati manusia dengan hanya melihat luaran semata-mata. Dah kenal lama pun, kadang-kadang cam tak dikenali pulak. Baru tau mana padi mana lalang.

Okie, kepala da berat, takleh tulis panjang-panjang. Entah ape yang saya merapu kat atas ni pun, saya tak tahu.

Sekian~

ENTRI SWEET WEE WEEEEETTTTT



Macam Mana Mengatasi Masalah Typo dalam Entri?


Typosssss...! Asyik salah eja je. Taip panjang-panjang, da publish, tiba-tiba Salma jadi Salam. Kunyit hidup nasib bek tak jadi kunyit hidung. Kalo tak...bertungkus-lumus lah nak carik hidung yang ada kunyit sebab nak buat Lemak Pedas Kulit Lembu...

Macam mana nak mengatasi masalah typo ni? Kan tak best  isi entri da mantop, tiba-tiba spoil dengan typo yang sangat banyak. Sungguh menjengkelkan dan membuatkan kepala pening, tekak loya bagai nak muntah, okie? Hiperbola je ni........

Ade beberapa cara yang boleh kita buat untuk elakkan typo ni...

Bila buat entry, jangan publish terus, preview dulu untuk baca dari awal sampai habis. Lepas yakin takde typo, baru publish dengan penuh bersemangat~! Yoshhhh!

Cari sorang kawan blogger atau pembaca yang bila kita publish entri, dia akan jenguk untuk cek typo. Haaa...ni saya selalu buat dengan Mak Cik Mat...ops! Mak Cik??? Err...tu belakang cite... Bila kita ade kawan yang leh cek kita punya entri dengan penuh sukarela, senang lerr keja. Ye la...mata ni makin tua makin tak nampak. Tambah-tambah da membaca banyak sangat entri hari tu kan...ye jek...:p

Yang ketiga, tenang-tenangkan diri masa nak update entri baru tu. Tau la idea fresh dari ladang gandum, gelabah bebenor sampai semua ejaan salah...adoiiii...kalut macam geng kalut pulak kang~ :p Cooooooollll je~~

Yang keempat, errr...takde lagi...hehehe. Kalo nak share, sila-silakan ye...;)

Sekian~

P/S: Ade typo tak entri ni? Errr....


GAME: GEGAR YM VS GEGAR SB


Ops!!! Ini bukan segmen baru abang Ben, tapi saja nak kongsikan kaedah untuk berhubung dalam game terbaru abang Ben yang dilancarkan semalam dan hari ini. Hehehe...

Semalam punye, GAME ANTARA BLOGGER : GEGAR !!!!!! abang Ben suh kumpul seramai mungkin ahli geng dari senarai blogger yang dikumpul sejak jam 10 hingga 11 malam. Tu diaaaaa...kami nampak je nama yang dikenal, zasssss! Katek la ni, siap buzz kat YM masa orang tengah buat kad KBU. Ha...kami guna YM. Yezzaaaa...masa ni da cukup 4 orang, lagi sorang tak tahu nak amek sape. Lepas tu saya tengok ade sorang komen kat entri NI, dan saya ada no fon dia. Jadi, saya cadangkan amek dia je. Senang, terus mintak add kat YM. Bayangkan, sebelum ni tak pernah add pun YM dia, hasil game ni, alhamdulillah dah add... Bincang-bincang kat YM macam Katek cerita kat SINI, akhirnya hasilnya adalah seperti di SINI. :D

Hari ni punye, GAME ANTARA BLOGGER 2 : GEGAR !!! lain sikit dari semalam. Lebih mencabar sebab abang Ben tukar cara permainan. Abang Ben pecahkan dulu blogger yang join tu kepada tiga kumpulan. Hambekkk! Berterabur kamu-kamu nak cari sapa ahli kumpulan. Nah...masa ni nak add FB, add YM, add ape lagi...hahaha~ Tapi kami guna group FB je... Bila guna FB, agak sukar sikit sebab tak semua ada dalam tu, jadi kena add dan invite. Masa berbincang, boleh terlepas komen-komen sebelumnya sebab notifications mencanak-canak naik. Bila da seratus lebih komen, haaa...pening wehhh... Abang Ben apetah lagi, mulalah menguap dan bagi tekanan kat blogger yang join. Hahahaha~ Kang ade gak yang tak dapat eskem stroberi kang...:p Hasilnya, kamu-kamu tengok kat SINI pulak~ Banyak gak kenalan baru pelbagai fe'el yang ditemui...hehehe.

So, kesimpulannya, 2-2 ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Kalo yang first tu, ok lagik sebab 5 je...kalo dia bagi 10, hadoiiii..mana nak cari ID YM? Hahaha~ Yang second pulak, kene selalu refresh page...tapi tak perlu add, just bincang je dalam group FB. :)

Lepas ni...ade sape-sape nak add YM? Hahahaha~

P/S: Ade lagi nak join group SERUMPUN SATU MALAYSIA?



GAME ANTARA BLOGGER 2 : GEGAR !!!


NAMA KUMPULAN : SERUMPUN SATU MALAYSIA

KENAPA KAMI PILIH NAMA INI :

kerana kami mahu berjuang habis - habisan untuk mengeratkan lagi hubungan sesama blogger dan berkumpul dalam satu tempat yang sama, menjadi satu rumpun yang bersatu !

KETUA KUMPULAN : MOHD FADZLI ( http://fadzli-rt.blogspot.com/ )

KENAPA SAYA PILIH BLOGGER INI SEBAGAI KETUA KUMPULAN :

kerana mana-mana pun lelaki lah yg memimpin ..lelaki yg menggerakkan bangsa ..dan perempuan menyokong .. biar mati anak jangan mati adat !

SENARAI AHLI :

http://simplecutebeautiful.blogspot.com
http://www.cikscc.com

PENDAPAT SAYA MENGENAI 1TUBE.MY IALAH :

Positif: Satu usaha yang baik dari pihak Malaysia sendiri untuk mewujudkan web tempatan seumpama Youtube...
Negatif: Err...1Tube kena block kat dalam kampus...takleh nak tengok...tak best betul! -_-"



GAME ANTARA BLOGGER : 2



Nak join klik header Abang Ben ye~~~



Cenggini Boleh Tak Geng KBU???


Mula-mula tadi kata 371 layers, tapi bila da siap tepek semua, tak sampai pun. Hurmmm...takpelah, mungkin ada yang amek langkah berjaga-jaga join group secara private. Err..ade ke? Entah lerr...

Saya buat macam ni je Papa Khai...

Klik untuk tumbesaran gedabak

Harap disukai ramai...kalo de gambar yang tak bape nak best tu, saya tak bersalah ye~ Hahaha~ sape suh letak gambo profile camtu~~ Lalala~

Nanti kat area kosong tu leh tandatangan ye... Sape bertuah dapat la dalam area L.O.V.E tu~ Erm...nak jadikan wallpaper pun leh ni...:)

Maaf lambat~

Moga dipermudahkan urusan kamu semua...ameen...

P/S: Papa Khai, jangan risau, takde watermark saya tu...:D



Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (46) lirik (21) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.