BLOG ENCIK SUAMI

Friday, March 25, 2011

Hampir Nak Merajuk dengan Abang Bennnnten


Huwaaaaaaaaaaaa!!! Abang Ben tak nampak!!!

T________________T

Lepas tu dia da nampak dah...

Kena teka berapa post Abang Ben sebenornye...

Saya teka 6013. Huhuhu...

Err...saya tak teka, saya kira la Abang Ben...:D

Pssst, rahsianya kat Cane Nak Tambah Entry Sebulan?

Tapi tu sampai Februari je...cara seterusnya, RAHSIA...muahahahaha~

Terima kasih Abang Bennnnn!!! Miss Ran jugak!!!

Err...yang cerita selebihnya kat entri Abang Bennnnn tu saya no komen, ok?

#okbai!



Eh, Ustazah! : Sedekah


Ustazah baru je balik dari Restoran DTS, parking kereta sebelum masuk ke pejabat. Bungkusan plastik dalam tangan diletak di atas meja. Seseorang menyapa...cuba teka sape...jeng jeng jeng~~~

Nasri: Eh, ustazah! Assalamu'alaikum.......

Ustazah: Wa'alaikumussalam Nasri. Ha, buat ape dalam pejabat ni? Tak pergi makan ke? (sambil tengok jam tangan)

Nasri: Nak pergi la ni ustazah. Dah janji dengan Shahjiehan nak tunggu depan pejabat sebelum gi kantin.

Ustazah: Oooo...eh, ni dalam pejabat, bukan depan pejabat.

Nasri: Err...saje sebab nampak ustazah tadi. Hehehe...dari mana, ustazah?

Ustazah: Dari restoran Pak Cik Mat tadi...kenal tak? Yang jual satay ayam kat pasar malam tu.

Nasri: Oooo...dia ada restoran jugak ke??? Mantop, mantop! Dah la ade blog! Ade gerai satay, ade restoran pulak!

Ustazah: Rezeki Allah bagi...alhamdulillah.

Nasri: Alhamdulillah...ustazah da makan ke kat restoran tadi?

Ustazah: Ha'ah...eh, kamu nak gi makan ye? Ni ada makanan Pak Cik Mat bagi tadi...banyak jugak ni. Amek makan kat sini je la eh?

Nasri: Ehhhhh...errr...

Tiba-tiba, "Nasri!!!" Mereka menoleh serentak ke arah pintu pejabat. Shahjiehan sedang menunggu.

Ustazah: Ha, Shahjiehan...dah sampai pun. Mari makan kat sini. Ada makanan ni...tak payah gi kantin.

Shahjiehan: Hah? Ada makanan, ustazah? Yessss!!! Tak payah beratur panjang.

Nasri: Uit, say alhamdulillah la~~~

Shahjiehan: Ops, alhamdulillah... (sambil menghampiri meja ustazah)

Ustazah: Pak Cik Mat sedekah ni tadi. Mee goreng.

Nasri: Mee gorengggggggggggg???? Waaaaaaaaaaaaaaa...saya tak pernah jemu makan!

Ustazah: Haaa...ape lagi, sila-sila.

Shahjiehan: Bagus kan Pak Cik Mat ni, sedekah-sedekah kat orang. Patutlah ramai orang datang restoran dia.

Ustazah: Ha...itulah rahsia sedekah kalau kamu nak tahu.

Nasri: Hoh??? Apa rahsia sedekah? Ade kaitan ke???

Ustazah: Tentulah ade...kan Allah dah berfirman dalam al-Quran...


Shahjiehan: Oooo...Allah Maha Pemurah ye, ustazah...

Ustazah: Yup, sebab tu kita dianjurkan bersedekah, jangan risau habisnya harta bertimbun-timbun. Allah akan kembalikan apa yang kita bagi kat orang dengan lebih banyak, insya'Allah.

Nasri: Tapi ustazah...kalo takde harta, macam mana? Huhuhu...

Ustazah: Kalo takde banyak duit, takde harta nak bagi kat orang, tak semestinya tak boleh sedekah. Dengan berbuat baik pun, kamu bersedekah juga.

Shahjiehan: Err...macam mana tu ustazah?

Ustazah: Macam ni...


Nasri: Subhanallah! Senangnye nak bersedekah!

Ustazah: Ha'ah...jadi lepas ni, takde alasan dah takleh bersedekah, kan?

Nasri dan Shahjiehan mengangguk-angguk sambil makan mee goreng.

Ustazah: Senyum dengan kawan-kawan pun sedekah jugak.


Shahjiehan dan Nasri memandang satu sama lain sambil tersenyum.

Ustazah: Sudah...senyum sampai habis waktu rehat ye.

Nasri: Erk! Hehehe...okie, okie. Terima kasih ye ustazah.

Shahjiehan: Hehe...terima kasih jugak ustazah. Dapat makanan free, dapat santapan rohani jugak waktu rehat ni. Alhamdulillah.

Ustazah: Lepas ni, jangan lupa bersedekah, kamu tu dua-dua ada blog, sedekahlah trafik kat kawan-kawan lain jugak, ye~

Nasri: Ops, ustazah niiii...yo lah...

Shahjiehan: Insya'Allah...okie lah, ustazah. Kami balik kelas dulu ye.

Ustazah: Ok, assalamu'alaikum.

Mereka berdua menjawab salam dan kembali ke kelas.

***

Sedekah amalan mulia, harta yang disimpan sorang-sorang takkan mampu bawak kita ke syurga.

P/S: Tertekan publish lak tadi. Maaf ye atas kesilapan teknikal...-_-" Menaip dengan penuh kekalutan sebab dah nak gerak jauh. Blog bakal bercuti beberapa hari. Jangan lupa sedekah trafik ye~ :p



Sunah Senget????


Erhhhhhhh...tahan, tahan...takleh kuarkan kata-kata kesat. Tak baik...kan, kan, kan?

Berjanggut sungguh budak ni! Saya punyalah menyokong entri Ujang tu bila baca entri resakse berjanggut kat SINI. Tengok punya tengok, sampai kat bawah...erk!


Hampesssss the hampas padi!! Kang ceq panggil Katek ngan Ina kang. Boleh join masukkan dalam kuali. Pakcik Mat ade kuali besar kan, kan, kan...? Muat kot...kalo tak muat kita patah-patahkan lagi...hurmmmmmmmmm...nak masak pe ek? Buat umai ok jugak kan Pakcik Mat kan? Hiris nipis-nipis...takyah patah-patahkan...dah puas patah dah tu...

Hoh??? Tak paham??? Takpe...saya, Katek, resakse berjanggut yang TUTTT dan mereka-mereka je yang faham...

Yang penting, saya tak senget okie? Jalan pun elok je ni...tak serupa resakse...

P/S: Maaf, merapu sungguh entri ini.



Ramainyeeeee Kembar!!!


Kembar? Sape kembar?? Kembar sape??? Saya lah!

Bukanlah kembar yang betul-betul keluar dari perut mak yang sama, tapi kembar tarikh lahir saje. Diorang da buat entri, saya pun teringin gak nak buat. Hehehe... Jom kenal kembar saya satu persatu ye...


Yang pertama saya jumpa, Cik Pulau. Mula-mula kenal kat dunia blog je. Kenal kat blog, lepas tu kat SB. Kat SB nama dia Azlini. Masa tu tak kenal lagi dia adalah Cik Pulau. Dia add, saya approve. Saya tengok tarikh lahir. Erk! Tapi lambat setahun...nak tengok blog Cik Pulau, klik SINI.


Yang kedua saya jumpa, Cikali. Mula-mula kenal kat Sedenak. Tak tau blog dan tak pernah singgah, tapi Kak Ayu de tanya dalam kete sebelum sampai Sedenak, kenal tak Cikali? Err...tak kenal la kak...huhuhu. Kat Sedenak baru kenal dia. Tapi masa tu tak tau pun dia lahir bila. Then, kat SB nampak dia. Terus pi add. Dia approve. Then tengok tarikh lahir. Erk! Sama lagi...tapi lambat dua tahun. Ngeehehe...nak tengok blog Cikali, klik SINI.


Yang ketiga saya jumpa, Atia. Baru je beberapa hari lepas. Dia mai blogwalking. Tinggal jejak kat shoutbox. Saya jejak balik. Jeling-jeling kat badge FB, erk! SAMA LAGIIIII!!! Terus pi add kat FB. Dia approve! Lepas tu post kat wall dia, "Terima kasih kembar keempat...Azlini Mustofa, Cikali Xerzes, ni kembar kita yang paling bongsu setakat ni..da cukup 4 sederet...beza setahun ja semua...:D" Terkejut diaaaa!!! Hahaha~ Lepas tu saya pun explain la...nak tengok blog Atia, klik SINI.

Hehehe...best jumpa kembar sama tarikh lahir ni. Walopun tahun lain-lain... Kalo nak buat GA gabungan pun best gak ni~ Lalala~


ENTRI CAMBEST SAPE KALI NI? JOM TERJAH!



Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (47) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.