BLOG ENCIK SUAMI

Sunday, March 27, 2011

Sekarang Ni... Ramai Lagi Tak Yang Macam Ni...


Tadi petang masa tunggu bas kat TBS, sempat ronda-ronda jap dalam TBS tu. Saya dan seorang kawan duduk kat satu kedai makan ni...(lepas duduk kat kedai-kedai makan yang lain jugak lah...:D)

Sambil menunggu kawan saya ke restroom, belek-belek henset. Telinga tertangkap sesuatu, "Nak balik dah? Meh cium kat sini."

Mata melihat seorang wanita dengan seorang budak lelaki dalam belasan tahun, saya kira itu anaknya. Wanita itu pemilik kedai ini rupanya. Tersentuh hati bila melihat si ibu tanpa segan silu meminta anaknya mencium pipinya kiri dan kanan, kemudian di dahi.

Lepas tu si ibu pulak buat benda yang sama pada si anak, berpesan kepada anaknya agar berhati-hati, sebelum mereka berpisah.

Berapa ramai agaknya anak lelaki yang macam dia? Tak malu dan segan cium pipi ibu di depan orang ramai tatkala mahu bertolak untuk pergi jauh, atau mahu berlepas di lapangan terbang.

Berapa ramai lak anak perempuan yang macam dia...kepada si ayah pulak?

Cuba fikirkan, nikmat Allah ni, DIA nak bagi kita sampai bila ek...


ENTRI DIA SAYA BUKAK DULU BILA NAMPAK KAT BLOGLIST



Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (46) lirik (21) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.