BLOG ENCIK SUAMI

Monday, March 28, 2011

Mereka Berebut Pasal Tunang...


Ops, bukan berebut tunang betul-betul...tapi berebut nak berdebat pasal pertunangan. Malam ni takde entri, jadi meh kita tengok perdebatan diorang. Ni antara komen-komen menarik yang diberikan oleh pembaca untuk entri Kenapa Merahsiakan Pertunangan? Kalo tak jelas gambo tu, pandai-pandai klik la ye...


Erk... Pasang yang lain ye? Ish, ish, ish.. Tak baik tuuu... Da menyimpang niat merahsiakan pertunangan kerana mengikut syariatNya...huhuhu...


Saya salute dengan Myra Jay ni!!! Sangat sweet, ok?


Erk! Hahahahahahahaha~ adoiiii...kak Deqdeq sayang! Saya tak bertunang lagi lerrrr...adohhhhh...semangat betul akak komen! :D Insya'Allah nanti saya jemput...;)


Haaa...ni komen paling berupaya memahamkan semua. Ini yang sepatutnya, kalo orang da bertanya tu, kita kena jawab yang betul lah kan...takleh nak semunyik-semunyik dah...lagipun, tak semua mulut kita dapat pegang...amanah masing-masing. :)

Hehehe...yang lain pun, terima kasih sebab berkongsi pandangan ye. Alhamdulillah, kita bagi pemahaman kepada semua. Sebab tak ramai yang tahu benda ni. Bila da tahu, kita berusaha untuk amalkan, dan part ni lah nanti susah sebenarnya. Kita da faham, tapi orang lain di sekeliling kita belum tentu faham, kan? Jadi...berusahalah sekadar yang mampu.

Okie~ selamat bertunang kepada semua orang...:D



Kenapa Merahsiakan Pertunangan?


Kerana banyaknya permintaan, maka entri ini dikeluarkan.

Tiba-tiba masuk mode pertunangan pulak kan sekarang ni? Hurmmmm...ramai yang musykil, kenapa perlu dirahsikan pertunangan? Bukan ke kena bagitau orang ramai yang kita da bertunang supaya nanti takde lelaki lain masuk meminang?

Sebenarnya, Rasulullah s.a.w pernah bersabda bahawa pertunangan itu sebaik-baiknya dirahsiakan...


Kalo direnung betul-betul, kamu-kamu akan nampak hikmah di sebaliknya. Pertunangan adalah satu ikatan yang masih longgar dari segi komitmen kerana hubungan pasangan bertunang masih dalam batas dibenarkan syarak bukan seperti mana suami isteri yang sah.

Pertunangan masih berisiko kerana belum tentu akan berakhir dengan perkahwinan atau terputus di tengah jalan seperti laporan akhbar mengenai insiden bakal pengantin yang melarikan diri kerana enggan meneruskan perkahwinan.

Antara kelebihan merahsiakan pertunangan adalah untuk membendung hasad dengki manusia di luar dan kerahsiaan itu menjadikan kita menahan, mengawal perangai serta pergaulan kerana masih belum sah menjadi suami isteri (sumber: Ummi Mona)

Dalam kes kita takut ada lelaki lain datang meminang, jika dia merisik dahulu keluarga perempuan, automatik dia akan tahu perempuan itu sudah diikat dengan orang lain. Dan adalah haram bagi lelaki untuk meminang perempuan yang menjadi tunangan orang lain...

Sebenarnya da ramai di kalangan senior saya mengikut syariat pertunangan yang macam ni. Dah nak dekat dengan tarikh perkahwinan, barulah mereka mengkhabarkan kepada orang ramai. Bukanlah tidak boleh langsung orang lain tahu tentang majlis pertunangan, cukuplah saudara-mara dan sahabat-sahabat terdekat. Kadang-kadang, terbocor jugak rahsia tu...qada' dan qadar Allah...hanya Dia yang Maha Mengetahui dan Berkuasa atas sesuatu...

Manakala, perkahwinan (pernikahan) itu, Rasulullah kata, harus disebarkan kepada orang ramai.  Macam mana? Dengan mengadakan majlis walimah atau kenduri perkahwinan. Tujuannya adalah untuk mengumumkan pernikahan disamping menggembirakan pengantin yang baru menjejaki jinjang pelamin. Selain tu, ia juga sebagai tanda kegembiraan orang tua kerana mendapat menantu baru. Macam Ujang dan Kak Yana, da nak kawen da...:D

Lebih banyak lagi tentang pertunangan dan perkahwinan serta kefahaman mengenai baitul muslim boleh didapati di SINI.

P/S: Lepas ni, takde merajuk-merajuk lagi, ok? Doakan yang terbaik untuk semua...



Saya Ingin Berubah, TAPI...


Saya nak kongsikan ape yang Ustaz Pahrol M. Juoi sampaikan masa GESPER'11 beberapa hari lepas. Dalam banyak-banyak benda yang disampaikan, ada sesuatu yang menarik perhatian saya.

Teori Iceberg

Pernah dengar iceberg di mana-mana? Saya pasti, lepas tengok filem Titanic dulu, semua tahu tentang iceberg, bongkah ais di laut dalam yang nampak kecik je tapi mampu memecahkan sebuah kapal besar.

Kenapa bongkah ais yang walaupun kat permukaan laut nampak kecik je, tapi sangat ditakuti oleh nakhoda-nakhoda kapal? Sampaikan nampak dalam radar je terus gelabah tak tentu pasal? Sebabnye...saiz sebenar iceberg ni sangat besar!!!

Gambar cilok dari Snapes.com

Dari jauh, memang kita akan nampak bahagian iceberg yang kat atas permukaan air, bahagian dalam dia, takde sape leh duga besar mana. Yang pasti, memang besar! Iceberg ni bila kita kaitkan dengan manusia...amacam, boleh teka benda pe nak kaitkan?

Meh tengok gambo yang tak bape nak cantik ni...


Iceberg yang kat permukaan air tu, benda yang kita nampak...karekter manusia. Segala kelakuan kita, dan benda-benda yang bersifat luaran ni hanya 5% je dari seluruh siapa-kita-ni sebenarnya. Dan karekter serta kelakuan kita tentu saje dipengaruhi oleh dalaman kita, iaitu bahagian iceberg yang tak nampak dari permukaan air.

Ade orang karekter dia sangat baik, ade orang karekter dia sangat tak berapa nak baik. Kalau tengok iceberg, bahagian bawah sekali tu dipunyai oleh iman kita. Kalau iman seseorang tu cukup kuat, sangat mudah untuk dia kawal benda lain kat atas tu, merangkumi mind set, nilai, sikap, kelakuan dan akhirnya karekter dia.

Ramai yang kata nak berubah dari zaman jahiliyyah kepada yang lebih baik, tapi tak tahu nak mula kat mana... Pandangan Ustaz Pahrol, kalau nak berubah, tanamkan iman betul-betul dulu, baru boleh ubah yang lainnya. Nak berubah dari yang tak baik kepada yang baik? Tanam iman dalam diri kita, insya'Allah yang lainnya akan berubah menjadi lebih baik.

Jadi, sape nak jadi iceberg? Tak payah! Jadi manusia je, okie?


KATEK DE WAT SEGMEN KAT SINI



Ujang Pun Tertanya-tanya...


Hahaha! Dia memang da lama sangat hilang! Kalo saya muatkan nama dia dalam entri pun semua orang tertanya-tanya, mana dia? Semua orang rindu dia nampaknya.

Memang, da lama sangat dia tak update, pagi ni tadi dia menjenguk ke blog yang hina dina ni. Tinggalkan komen kat entri NI.


Poyo je ang Ir oi! Takde silent readers kunun...Ujang lak dengan penuh terkejut (hiperbola jugak ni...:p) tertanya-tanya...


Hahaha~ tengok, ramai orang carik ang lerr Ir! Dengan musuh-musuh ketat ang sekali! Takpe, kami faham...Ir kan buruh kasar yang selalu bizi bekerja...:p Sampai tak dan nak update blog dah..huhuhu.


Seriesly, blog Ir ni ade banyak info, dia suka mengulas benda-benda panas, isu-isu negara, gosip-gosip artis, dan kadang-kadang terselit sedikit kisah-kisah nyah sekampung. Design blog Ir antara yang paling saya suka! Ir baru berblog tak sampai setahun, tapi blog dia memang mantap, macam Ujang gak baru berblog tak sampai setahun, da kene puji dengan Pak Cik Mat. Ekeke...

Blog depa ni antara blog yang kena baca setiap hari...walopun depa ni musuh antara satu sama lain, tapi depa berkasih-kasihan tau! Erk! Jangan salah faham...berkasih-kasihan bukan yang tuuutttt ye...:D Saya percaya ramai suka baca blog mereka macam saya, kan?

Jadi bila Ir tak update blog, bukan saya je tertanya-tanya, orang lain pun tercari-cari jugak...entri ni pun, bila agaknya dia akan baca...:p


ENTRI CAMBEST SAPE KALI NI? JOM TERJAH!



Mereka Silent Readers...


Terharu. Tak sangka, ada juga yang gemar membacanya. Dia buat entri khas pulak, saya rasa macam tak layak untuk menerima kata-kata macam tu. Terima kasih Atul sayang, jom kita sama-sama belajar buat entri yang menarik dan berinfo ye... :)

Masa pergi jadi fasi untuk Kem Geng Anak Sarawak Super 2011 (GESPER'11) kat Janda Baik baru-baru ni, jumpa sahabat-sahabat Sarawak yang sama-sama jadi fasi dan AJK. Mereka juga buat saya terharu...betul-betul saya tak sangka.

"Kamek sentiasa baca blog kitak..."
(Saya sentiasa baca blog awak...)

"Entri blog kitak best, mantap isiknya..."
(Entri blog awak best, mantap isinya...)

"Tajuknya mesti mok kontroversi!"
(Tajuknya (merujuk tajuk entri) mesti nak kontroversi!) Erk! -_-" Kami gelak sama-sama.

Rupa-rupanya mereka ini silent readers saya. Terima kasih sahabat...Banyak yang perlu diperbaiki dan ditingkatkan dalam penulisan blog ni. Doakan agar saya boleh melangkah lebih jauh di sini.

Sesungguhnya kamu tidak sendirian, Sunah...alhamdulillah.



Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (46) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.