BLOG ENCIK SUAMI

Wednesday, March 30, 2011

Saya Berdotcom... Saya Tak Bersalah~


Adohhhhhh... Kalo tak baca betul-betul entri tadi sampai habis, memang kamu-kamu akan fikir seperti mereka juga. Maaf, saya tak dapat menghalang ke'emo'an mereka mengomen...:D

Meh kite tengok komen-komen menarik mereka tentang dot com dan blogspot dot com.


Budak kecik ni memang! Dia gelak sebab dia memang da tau dari awal dah entri ni nak kuar! Huh! Tapi ape yang Katek cakap dalam komen tu, itulah yang saya nak sampaikan...:)


Haishhhh! Pak Cik Mat ni dahsyat! Saya nak mintak pendapat dia sebelum publish entri, tapi dia sibuk nak buat roti. Then, bila saya da publish lepas bincang-bincang dengan Katek, gitau dia da up entri da. Lepas tu terkezutttttttt saya, dia gi ping dekat SB! Adesssssssss...-_-"


Hehehehehehehehehehe... awak, errr... Saya pun guna dot com... Perasan tak? -_-"


Yezza, saya sokong Solo Molo!!!


Psssst, dia ni datang bila Pak Cik Mat seru jekkkkk...kalo tak, dia tak datang. Biasalah, depa kan skandal. Ops! Terkantoi!!! :p Tapi kannnn dia punya komen lagi hebat mengamok tuuuu...nampak tak, nampak tak? Adessssss...awak, saya marah diri saya sendiri lah. Bukan ade sape-sape yang datang marah saya, ok? Tapi apa yang dia katakan tu betul. Dot com ni at least boleh bagi semangat untuk kita berkarya. Rasanya saya da pernah wat entri pasal ni dulu...jadi malas nak cakap panjang dah.


Tomok!!! Hahahahahaha~ dia nak mengata Katek sebab typo, tapi cuba tengok komen dia...lagi banyak typo! Dengan nama saya sekali typo! Adessssss...-_-"

Kamu-kamu semua, sebenarnya entri tu keluar sebab ada yang cetuskan tentang blog mereka tak ramai orang datang sebab tak berdotcom. Cuba renung balik, blog-blog yang da melangkah jauh dalam dunia blog ni, blog Pak Cik Mat, Hanis Zalikha, Yuyu Zulaikha, Ujang, Nazirulhazwan, Puteri Katek, Cik Epal, Lydia Miza, Habibi Hamid, Hasrul Hassan, dan banyak lagi... Diorang ni semua guna url blogspot sampai sekarang, ok? Masa depan? Itu cerita diorang lepas ni...

Jadi, jangan rasa rendah diri bila kamu belum boleh berdotcom. Bak kata mereka-mereka di atas, kita semua sama saje, kata blogger serumpun kan? Just teruskan usaha mantapkan entri. Kalau ade rezeki berdotcom, insya'Allah DIA akan bagi...:)

P/S: Saya blogger picisan, manusia biasa jugak macam kamu-kamu semua. Saya minta maaf andai ada tulisan saya menyinggung perasaan semua. Sekian.



Saya Tak Berdotcom, Orang Tak Tengok Saya!


Mentang-mentang blog dia da berdotcom, terus tak tengok dah blog-blog url blogspot dot com. Ingat da femes la berdotcom tu?

Ingat sikit, dulu blog tu asalnya blogspot... Bila da berdotcom terus lupa diri! Kamu ingat bagus sangat la berdotcom tu? Sume orang nak datang tengok blog kamu? Kalau entri best, takpe gak. Ni entri merapu, info kurang! Tips apatah lagik, kedekut nak share!

Sombong sangat nape? Kamu berdotcom kamu ingat sume orang tau ke blog kamu? Konon popular la? Konon da femes la? Tak payah nak promote da tempat lain? Hellooooo, bukak mata besar-besar sikit. Banyak lagi blog guna url blogspot lagi FEMESSSSSSSSSSSS dan terkenal dari blog kamu tu! Yang da otai bertahun-tahun still guna url blogspot pun ada! Tak payah nak berlagak!

Orang guna url blogspot pun boleh hidup lah! Berdotcom tu takat nak show-off wat pe? Hampeh jek!  Yang guna url blogspot pun ada entri lagi bagus dari berdotcom. Lainkali jangan rasa diri tu tinggi sangat. Tengok bawah sikit. Ingat kamu sorang ke nak naik? Yang lain pun nak naik jugak. Gi la jenguk blog diorang tu...

Huh! Panas!










P/S: Entri memarahi diri sendiri sambil suh kamu-kamu semua bukak mata. Sekian.



BENG BENG!!! Blog Mereka Ditembak!


Saya menjenguk-jenguk blog yang join segmen Abang Ben yang bermula sejak pagi tadi. Erm...dah pi tembak blog-blog diorang, mana yang saya larat sampai jap tadi. Lepas tu da tak larat dah. Dah habis peluru ngan semua bom tangan. Hahaha~

Apa yang saya nampak, kebanyakan blog dah ok...alhamdulillah, kemas je. Tak sakit mata memandang, layout, template semua ok. Tang muzik kat blog tu saya tak dapat nak komen sebab laptop saya da mute awal-awal tapi nampak jugak orang lain da komenkan. Hehehe... Ada jugak yang letak widget bergerak-gerak kat tepi-tepi taman tu, yang ni kannnn...memberatkan blog, tau! Tak best, ok? Nanti nak baca entri pun tersekat-sekat. Huhuhu...

Satu yang paling ketara jelas nyata...tang nak komen tu. Kalo boleh, buatlah popup window ye. Sebab itu lebih memudahkan readers yang datang kat blog tu nak komen. Memang tu blog kita, sukahati kita la nak wat ape, tapi jangan merajuk kalau orang taknak komen sebab kekurangan dari segi teknikal ni je. Buat popup window ni lebih mesra pembaca. Tang word verification untuk komen tu pun ade yang bagi cadangan agar dilupuskan terus. Yang ni, up to you la ek...mana lebih memudahkan pembaca, pilihlah yang tu, ok? Kalau ada spam pun, Blogger.com tau nak wat ape...jangan risau benda tu.

Untuk buat popup window bagi komen:
Dashboard > Settings > Comments > Comment Form Placement > Popup Window > Save

Untuk buang word verification:
Dashboard > Settings > Comments > Show word verification for comments? > No > Save

Yang lain? Tu je kot...yang datang serang blog saya tu, terima kasih ye...takde ke yang nak guna bom nuklear? Tawaran dibuka hingga kamu habis baca entri ni...hahahaha~


ENTRI CAMBEST DARI TEROMPAH CARING



DECO DECO BENG BENG BOONG !


Sila klik header Abang Bennnnten

ENTRI CAMBEST SAPE KALI NI? JOM TERJAH!



Saya Keguguran di Belakang Rumahnya...


Tajuk tu nak balas tajuk dia. Hahaha~

Tak sangka pulak leh jadi top referrals kepada blog dia. Sampai dia buat entri khas malam ni.

Salim, akak baru je add blog kamu dalam bloglist tu tau...beberapa hari lepas. Tapi akak perasan, kamu da letak blog akak dalam bloglist kamu dulu. Terharu sebenarnya, bila Salim letak blog akak sebaris dengan mereka...segan sangat sebab masih jauh lagi nak jadi macam mereka tu. Terima kasih ye, boleh bagi akak semangat untuk melangkah lagi jauh. :)


Blog Salim ni start dari Ogos 2009. Lama jugak tu...blog dia simple jek, entri pun ringkas-ringkas. Sesuai untuk bacaan semua di kala kesibukan. Hehehe... Hari tu saya ke blog Onie, nampak entri tentang Salim. Dia juga blogger istimewa. Tapi dia bangga dengan keistimewaan dia. Alhamdulillah, saya pun suka tengok, macam yang dalam X-Men tu kannn...hehehe.

Terima kasih ye Salim untuk entri tu, pi tanam dulu ye pokok sakura kat belakang rumah. Nanti da tumbuh, April tahun depan akak datang...hehehe.

Kamu-kamu semua, jemputlah ke blog Salim ye~ :)



Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (46) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.