BLOG ENCIK SUAMI

Thursday, March 31, 2011

Was-was Dengan Lembu Hemsemmmm



Nadirah: Pssst, meh sini jap!

Kyerull: Ape...?

Nadirah: Aku rasa kan, tadi macam pijak tahi lembu hemsemmmm kat kampung sebelah.

Kyerull: Jadi...?

Nadirah: Aku rasa kan, kain baju kurung aku ni pun kena jugak.

Kyerull: Hoh??? Betul ke kena?

Nadirah: Aku rasa la...ish, cane ek? Nak sembahyang ni karang...kotor ke tak ek?

Kyerull: Errr...aku tak pasti lah...

***

Sampai situ je lakonan diorang...pernah tak alami situasi macam ni? Kita rasa was-was jek dengan semua benda. Dah amek wudhuk, lepas tu rasa macam terkentut, tapi tak pasti. Betul ke terbuang angin? Nak amek air semayang semula tak ni...huhuhu.

Situasi macam ni selalunya berlaku dalam ibadah. Ade gak dalam situasi lain tapi lebih banyak gangguan was-was adalah dalam ibadah. Tau tak, was-was ni sebenarnya gangguan daripada syaitan yang direjam? Bila kita layan kehendak syaitan ni, hilanglah fokus kita dalam ibadah, sampai kita rasa jemu dah nak beribadah, asyik kena amek wudhuk balik.


Cane nak buang rasa was-was ni? Mesti tak suka kan asyik was-was je. Firstly, kena faham betul-betul sifat Islam. Islam ni agama yang mudah dan tidak menyusahkan umatnye. Tapi tak juga terlalu meremehkan. Jadi bersederhanalah. Rasanya semua dah tahu kan, Rasulullah syorkan amek yang tengah-tengah dalam beramal. Kedua, tanya diri sendiri kita ni beribadah untuk sape? Kehendak sape yang harus kita layan? Ibadah kita untuk Allah, jadi jangan biarkan diri kita terlalu melayan bisikan syaitan. Allah tak redha...

Kalau nak tahu lebih lanjut tentang was-was dan cara-cara mengatasi was-was dalam ibadah, klik SINI dan SINI.

P/S: Jauhi was-was, prasangka pun termasuk dalam was-was jugak...


ENTRI ORANG BARU START BALIK BERBLOG



Saya Terkedu Dia Datang Ke Blog


Hari ni kita dah lali melihat kejayaan orang lain. Kadang kala kita cemburu melihat banglo orang lain tersergam indah. Kita dah jemu tengok kereta mewah orang lain menjalar di jalan raya. Ramai yang salah faham bila seseorang itu pakai kereta mewah dituduh pula hendak menunjuk-nunjuk kemewahan. Sedangkan sebenarnya kereta-kereta mewah seperti Alphard, Estima, BMW dan Mercedes sebenarnya mempunyai tahap keselamatan yang sangat tinggi disamping itu juga kereta-kereta mewah ini juga sangat selesa. Kadang kadang kesian melihat anak-anak kita, bila balik raya terpaksa sumbat macam ikan sardin. Lebih panas lagi bila kita melihat sepupu sepapat mereka naik Estima atau Alphard. Sebab kononnya kita tak mampu, anak anak pula yang jadi mangsa.

Siyes! Terkejut saya melihat jejak yang dia tinggalkan.


Abang Ben selalu sebut tentang dia dalam blog satu masa dulu. Dia pun pernah jadi penaja segmen-segmen Abang Ben, dia seorang blogger hebat bagi saya. Merantau jauh ke seluruh pelusuk dunia hingga ke Makkah dan Madinah tentunya meluaskan lagi pengalaman dan menjadikan dia insan yang lebih mengerti tentang kehidupan.

Dia seorang doktor, isterinya? Blog isterinya dalam bahasa Inggeris! Erk...! Ok, ok. Mereka memang buat saya kagum. Sama macam Abang Ben yang terharu, saya pun terharu dan terkedu bila dia datang ke blog dan follow. Rasa macam kena mantapkan lagi entri pada masa akan datang...huhuhu.


Header blog Dr. Hafiz pun sangat menarik, Towards Infinnity...macam ada aura-aura semangat yang disalurkan kat situ. Hehehe... Entri-entri Dr. Hafiz lebih ilmiah, boleh baca kalau kamu-kamu dahagakan ilmu. Okie, kamu-kamu semua jangan lupa jenguk blog Dr. Hafiz ye~ SINI, SINI.


ENTRI SANTAI DARI RESAKSE BERJANGGUT



Tiket Free Takde Ke?


Kalau kita ada masalah di masa silam, perlu ke meletakkan masalah tu pada orang lain? Meletakkan pada orang lain kat sini bermaksud melepaskan rasa marah dan geram dengan peristiwa silam tu kat orang lain yang takde kaitan dengan masalah dia. Ouhhh? Faham ke?

Takpelah, tu selingan di pagi hari. Stop sampai situ je.

Iklan: Lempeng Telur Cicah Asam Pedas

Pagi ni kan, nak cek tiket flite... Nak balik Sarawak lerr...kan tak lama lagi pilihanraya negeri Sarawak. Kena balik mengundi sebab tu tanggungjawab kita sebagai rakyat (patut cakap Sarawak ni, tapi kang tak faham pulak...:p) Ingatkan dah takde tiket...da nak nangis da ni...(pssst, sebab nak balik sangat walaupun kejap...:D)

Alhamdulillah ade gak tiket, kira murah gak lah pergi balik. Alhamdulillah gak ade junior yang ingatkan pagi-pagi ni. Bangun tido awal pagi da dapat mesej dari dia "masih nak balik ke sarawak?" Mesej bunyi macam ada offer je. Kot ada tiket free ke kan. Aishhh...mimpi je lah nak ade tiket free. Huhuhu...

Pssst, yang nak bertanding ni nanti takde ke nak bagi tiket free untuk kami student Sarawak kat Semenanjung ni balik mengundi? T_T

P/S: Err...sape tau cara undi pos? Ramai gak yang tak dapat nak balik ni nanti...


ENTRI CAMBEST TENTANG MEMAAFKAN ORANG LAIN



Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (47) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.