Petang itu, sekolah ustazah ade buat picnic. Jam dah kul 4.50 petang, tapi ade beberapa orang yang masih belum memunculkan diri.
Nasri: Mana yang lain ni, ustazah? Da nak dekat pukul 5 da ni.
Ustazah: Sabar...jap lagi sampai lah tu. Ni susun jap pinggan dengan cawan plastik ni.
Atiq: Hish, diorang dua orang ni kan ustazah, bising je mulut kan. Bukan nak tolong ustazah. Hurm...
Ustazah: Takpelah, diorang risaukan kawan-kawan yang belum sampai. Bagi je diorang bising. Dalam kelas kan tak boleh bising.
Nasri: Yessssss! Ustazah sokong!
Ustazah: Takde maknenye
Nasri. Kamu amek satay ayam
Pak Cik Mat ni, bubuh dalam pinggan.
Myzatul: Tapi kan ustazah, da lambat gak ni. Kan da janji awal-awal hari tu kul 4.30 petang dah ade kat sini semua.
Ustazah:
Myzatul, kita merancang, Allah menentukan. Kita kena beriman dengan rukun iman yang ke-enam, kan?
Iffah: Hurm? Qada' dan qadar? Ape kaitan dia ustazah?
Ustazah: Qada' ni ketetapan dan penciptaan Allah sejak azali; qadar pulak sesuatu yang telah diketahui sebelumnya dan telah tertulis, dari apa-apa yang terjadi hingga akhir masa.
Ustazah: Berbeza, tapi beriringan kedua-duanya. Qada' ni ketentuan yang lebih bersifat umum, manakala qadar ni merujuk kepada perincian-perincian daripada ketentuan tersebut.
Atiq: Tadi ustazah sebut penciptaan? Maksudnya macam kita ni da diciptakan sebagai manusia, bukan binatang...jadi tu qada' untuk kita?
Ustazah: Yup. Qada' ni terbahagi kepada dua, qada' mubram dan qada' muallaq.
Iffah: O...macam yang
Atiq kata tadi, sebab kita ni da dicipta sebagai manusia sejak azali, tak boleh nak ubah dah kan? Itu qada' mubram ye ustazah?
Ustazah: Ye, dan selain tu jantina dan ajal juga termasuk dalam qada' mubram. Kalau dah ditetapkan kamu lelaki, lelakilah...tak boleh ubah jadi perempuan.
Nasri: Kalau muallaq ni pulak, ustazah?
Ustazah: Muallaq ni ketentuan Allah yang boleh diubah dengan usaha dan ikhtiar. Contohnya macam result exam. Kalau kita usaha sungguh-sungguh, Allah akan bagi yang setimpal dengan usaha tu.
Solihin: Ooo...kalau kita sambil lewa je, dapat markah yang sambil lewa jugak la kan, ustazah?
Ustazah: Ha'ah...jadi lepas ni takleh salahkan qada' dan qadar kalau gagal periksa. Mati pun, satu benda yang pasti terjadi, kalau kamu sakit, tapi kamu cari ubatnya, Allah takdirkan kamu jumpa penawar, maka Dia berikan kamu umur yang lebih panjang kerana ikhtiar kamu tadi.
Myzatul: Aha, lagipun Allah tuntut hamba-Nya berusaha mengelakkan kematian, kan? Tapi ustazah, selama ni selalu je dengar orang asyik salahkan takdir. Huhuhu...
Ustazah: Kat situlah silapnya. Nanti ustazah kupas part tu. Untuk qadar pulak, segala perkara yang Allah tentukan dari sebelum kita dilahirkan sampai akhir-akhir masa kita adalah qadar Allah. Macam sekarang, qada' Allah adalah kita akan buat picnic dan jumpa kawan-kawan hari ni, tapi pukul berapa baru picnic ni start dan macam mana kita datang ke sini, dalam qadar Allah pulak.
Atiq: Macam mana pulak kes yang ermmm...contohnye buat jahat, mencuri, merompak, berzina...tu...Allah da tetapkan jugak ke ustazah???
Ustazah: Haaa...kat sini, ramai yang salah faham tentang qada' dan qadar. Cuba tengok gambar ni...
Iffah: Ooo...sepatutnya kita memilih jalan yang terbaik dalam hidup kita kan? Tapi ustazah, kalau da terbuat semua tu dulu macam mana? Kadang-kadang benci bila ingat diri sendiri di zaman jahiliyyah. Huhuhu.
Ustazah:
Iffah sayang, segala ketentuan Illahi, kita kena redha. Redha Allah tentukan kita berada dalam kekufuran dan kemaksiatan, ada hikmah Dia jatuhkan semua tu atas bahu kita. TAPIIIII...jangan sesekali redha dengan perbuatan yang kita lakukan di masa silam tu.
Myzatul: Redha dengan ketentuan Allah, tapi tak boleh redha dengan perbuatan hamba, gitu ye ustazah?
Ustazah: Pandai pun...:)
Ustaz Fakhrul: Assalamualaikum semua! Maaf, terlambat. Ada kemalangan dalam perjalanan tadi.
Semua menjawab salam.
Ustazah: Haaa...da sampai pun Ustaz Amirul kamu, semua redha kan walaupun ustaz lambat?
Semua: Ye, ustazah...
Ustaz Fakhrul: Eh, ade benda ustaz terlepas ke tadi? Oh ya,
Asmidayu tak dapat datang, takde rezeki nak bersama-sama kita petang ni.
Ustazah: Yeke... Takpelah, lainkali kita buat picnic lagi.
Solihin tak kecik hati kan...redha...
Solihin: Insya'Allah ustazah, saya redha...hehehe.
Allah menjadikan sesuatu di muka bumi ini semuanya ada sebab yang tersendiri. Letaknya pada manusia untuk memikirkan di sebalik setiap kejadian yang berlaku kepada kita sebagai hamba. Jika kini kita dalam kesusahan, katakan pada diri sesungguhnya aku sedang diuji! Andai saat ini kita dalam kesenangan, pesan juga pada diri sesungguhnya aku sedang diuji!
Kerana setiap detik nadi kita berdenyut, semuanya dalam catatan Dia...
Terima kasih sebab Like~ ^_^
TERIMA KASIH KERANA SEBARKAN~