BLOG ENCIK SUAMI

Monday, April 4, 2011

SURVIVOR SAKURA BUDIKA: OUTLAST! OUR SURVIVOR!



Akhirnya....

Pemenang untuk game Survivor Sakura Budika...

.

.

Survivor kita ialah

.

.

.

.

.



Baca entri Survivor kita di SINI. Dia paling cepat, tepat dan pantas. Eh, cepat dengan pantas tu lain eh? Takpe lah...abaikan. Dia pun siap printscreen lagi jawapan untuk sejarah nama game Survivor Sakura Budika. Itu yang paling betul. Hehehe...

Mereka yang lain yang menghantar jawapan di entri INI:

http://nisa-pasirgudang.blogspot.com/2011/04/survivor-sakura-budika-final_04.html

Tahniah! Yang lain, jangan kecewa. Terima kasih atas penyertaan dan kerjasama sepanjang game ni. :)



Kalut, kalut, kalut!!! Sape Survivor???


Mereka sedang bertungkus lumus. Ade yang kalut letak jawapan kat komen entri tadi. Tapi sebenarnya patut kat entri mana? Cuba cek betul-betul...url entri bersama jawapan no (ii) ye...

Setakat ni...masih belum ada pemenang. Hehehehe...Sakura Budika? Hurmmm...belum ade yang jumpa...jangan reka-reka, cuba belek entry-entry sepanjang game ni...ade satu alkisah sebenarnya...tu cite kan dalam entry ye. Bukan paste kat komen...

Teruskan perjuangan! Cepat, TEPAT, dan pantas ye...

Hadiah diorang nanti...rujuk SINI.




Survivor Sakura Budika: FINAL!!!


Finalis Survivor Sakura Budika! Kali ni kamu-kamu semua akan bertarung secara individu, takde dah group-group. Takde dah conference, cuma internet yang...tak pasti kelajuannya macam mana - tu lerrr musuh ketat kamu sekarang ye...?

Okeh, jom ke task!


1. Buat entri, tajuk Survivor Sakura Budika: FINAL!, letak banner Game Survivor Sakura Budika kat dalam entri tu, linkkan ke entri ni.

2. Jawab soklan kat bawah...

i) Siapkan puzzle kat bawah ni, printscreen, kemudian tepek kat dalam entri.





Kalau tak nampak, sila ke SINI.

ii) Milik blogger manakah gambar-gambar di bawah? Mereka adalah ahli kumpulan yang tersingkir dari Survivor Sakura Budika: Cabaran Imuniti 3. Rujuk link mereka di SINI.

1

2

3

4

5

6

7

Paste url blog mereka ikut susunan di atas, kat ruangan komen, bukan dalam entri! Ingat, BUKAN DALAM ENTRI ye!

iii) Cane leh terbentuknya nama Sakura Budika untuk game ni? Jeng jeng jeng...ni pun kena pandai-pandai carik ye...Hehehehe...

3. Cari entri yang mengandungi ayat di bawah di blog Ady Budika.

"Ady tak berani lak nak kata apa2 isu nie..sebab takde sape pun kasi green light untuk komen..So ady diamkan diri kejap pasal isu ni eh..."

4. Dah siap, paste kan url entri kamu-kamu semua kat entri dalam no (3) kat atas BERSAMA JAWAPAN NO (ii).

Jadi...dalam entri kamu tu nanti ade banner Game Survivor Sakura Budika, gambar puzzle yang dah siap  dan jawapan no (iii) je ye...jawapan no (ii) paste kat ruangan komen entri yang dimaksudkan di no (3). Err...nak ulang berapa kali ni?

Permainan ini memerlukan kepantasan minda dan penelitian kamu-kamu semua, bertindak pantas...kamu mungkin survivor yang kami cari!!!!




Rasanya.......Hati Ini...


Kamu-kamu semua, perasan tak suasana dan budaya sekarang dah lain...lain macam mana tu? Macam ni... Kalau dulu-dulu orang kita sound anak-anak solat lambat, nak rotan dan halau dari rumah je sebab tak jaga tiang agama tu...tapi sekarang benda tu da jadi biasa, kan? Semua da jadi lali, solat lambat-lambat pun takpe, asalkan solat...tak kisah la kalau kat kubur nanti soklan pertama Dia memang tentang solat punnnn...

Kalau dulu-dulu orang kita segan sangat-sangat nak keluar dengan pakwe dan makwe berdua, tapi sekarang benda tu da jadi biasa, kan? Semua da jadi lali, kalau keluar sorang-sorang pulak jadi satu benda yang pelik, keluar dengan pakwe kena bawak kawan sesama mahram pun jadi kekok...

Kalau dulu-dulu orang kita segan sangat-sangat tengok orang tak tutup aurat betul-betul, tengok perempuan seksi pun rasa malu, tengok lelaki tak pakai baju pun tutup mata terus...tapi sekarang benda tu da jadi biasa, kan? Semua da jadi lali, macam takde pape dah rasa, dah takde manisnya menutup aurat secara sempurna tu...

Kalau dulu-dulu orang kita segan sangat-sangat tengok maksiat depan mata, rasa berbara je dalam hati, menyumpah seranah bagai, dan kalau boleh nak je gi sergah orang tu...tapi sekarang benda tu da jadi biasa, kan? Semua da jadi lali, macam dah takde rasa bertanggungjawab dengan sedara seagama dan tak rasa bersalah bila hanya boleh tengok je...kekadang tengok cite ade maksiat ringan-ringan pun da takde rasa apa...

Kamu-kamu, kalau perkara-perkara macam ni pun dah tak buat kita rasa ape-ape, tu tandanya hati kita mati...sedihnya kan bila hati yang Allah bagi kat kita dulu dah mati. Sedangkan hati tu lah tunjang segala perkara dalam kehidupan kita.


Kamu-kamu...kalau rasa hati kita dah mati, janganlah bersedih. Allah Maha Pengampun dan Maha  Pengasih. Berbicaralah dengan-Nya dari hati ke hati...kerana Dia juga Maha Pemurah dan Maha Pemberi... Mati hati, boleh hidupkan semula...bak kata Imam Ghazali...


Maka, apa yang perlu kita buat sekarang? Biarkan hati itu terus mati?

Tepuk dada, tanya iman dalam hati...



Mereka Suka, Saya Gembira...


Bagi yang mengikuti perkembangan Game Survivor Sakura Budika sepanjang 12 jam semalam selepas nama peserta mengikut kumpulan diumumkan, tentu sama-sama rasa bahang game tu kan? Tapi...rasanya peserta lah yang paling membahang dan berkeringat. Hehehe...

seyes memang survivor betol la.. mana taknya.. nak tunggu penganjur Sunah Sakura dan Ady Budika nak release task yang pertama.. asyik duk klik refresh je kat blog dia.. punye la lambat.. huhhh!!! okey.. untuk Cabaran Imuniti 1.. kami kena berkenalan dengan ahli-ahli kumpulan.. cik pulau dalam kumpulan 2.. ni ahli kumpulan cik pulau..sambung kat SINI.

Penat...Terbengkalai sekejap kerja depan mata..hilang terus fokus dekat ABPBH..hahaha..tapi yang penting saya tahu Shaheizy Sam dapat bawa balik kereta dari Arena Of Star Genting Highland.. Tahniah Der..sambung SINI.

fuhh!!!
giler dahsyat segmen kak sunah dan abg ady soleh buat..
tapi memang best dan menarik!!
walaupon survivor dalam alam maya..
tapi peluhnya still sama macam berlari2 dalam alam realiti...sambung SINI.

Selepas penat lelah bertungkus lumus,
akhirnya.. huhuhuhu
Nanti kan kami malam esok,
untuk merebut juara SURVIVOR SAKURA BUDIKA!!!…
Syabas kepada mereka dan saya.....sambung SINI.

TAHNIAH kepada SAKURA BUDIKA menganjurkan game seumpama ini. Di sini sebenarnya kita nak lihat kesatuan hati para bloggers. Bagaimana cara nak komunikasi di maya... ? Nak siapkan tugasan. Bukan senang! Bikin PANAS betul. Tapi ada yang boleh COOL kan semula keadaan agar semua OK. sambung SINI.

Ni pulak komen yang tak menahan dari peserta kat entri Finalis Survivor Sakura Budika.


Malam ni, finalis akan bertarung sesama sendiri...kita nantikan ye...:)



GEGAR 1 RIBU BLOG APRIL BERMULA





Finalis Survivor Sakura Budika!


Tahniah!!!

Kumpulan no 2 telah berjaya ke peringkat akhir! Mereka paling cepat, pantas dan lengkap!

Meh tengok entri diorang kat SINI.

Syabas kepada mereka...


Final Survivor Sakura Budika akan berlangsung esok. Dan...game akan dijalankan secara individu. Alert la ye, moga semua dapat join...:)

Yang disingkirkan? Jangan bersedih, bestkan dapat join game ni? Lain kali, nak lagi tak? Ehehehe...mereka yang tersingkir klik SINI.



Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (46) lirik (21) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.