BLOG ENCIK SUAMI

Friday, April 8, 2011

Eh, Ustazah! : Membuka Aib


Jam menunjukkan pukul 9.00 malam. Ustazah membuka laptop. Niatnya nak masuk forum Halaqah.net. Membaca isu-isu terbaru yang dibincangkan bersama admin kat dalam tu. Tengah syok-syok baca isu Baitul Muslim, tiba-tiba...pop! Bunyi apekah??? Bunyi popup chat okeyyy...ade anak murid menghubungi di YM rupanya...

Nadirah: Assalamualaikum ustazah...

Ustazah: Wa'alaikumussalam Nadirah...apa khabar?

Nadirah: Alhamdulillah ustazah, sihat...ustazah sihat?

Ustazah: Alhamdulillah, sihat saje...ni tengah buat ape sambil kaco ustazah ni?

Nadirah: Errr...hehehe. Nak ajak ustazah conference lah~ Ustazah free tak ni? Ade tiga sahabat lagi tengah tunggu.

Ustazah: Erm, conference? Okie, okie...ustazah pun baru je online ni. Invite lah ye...

Beberapa saat lepas tu keluar message window "Join My Conference" kat skrin laptop ustazah. Ustazah pun klik je "Join"...

Nadirah: Haa...ustazah, kat sini ade Ahsan, Mira dengan Izamir.

Ustazah: Assalamualaikum semua.

Semua menjawab salam.

Ahsan: Ustazah! Nak tanya sesuatu ni...

Mira: Haa...ustazah. Dari tadi Ahsan ni tunggu ustazah online. Tak sabar-sabar dia.

Ustazah: Ade ape Ahsan?

Ahsan: Erm...erm...erm...ustazah da makan?

Ustazah: Alhamdulillah...kenyang sudah...eik, tu ke soalannye?

Ahsan: Ehehehe...ye lah, tu je. Ops! Ade soalan dari orang lain sebenarnye...

Izamir: Ustazah, tadi kannn..kat sekolah kannn...

Ustazah: Haa..ade ape kat sekolah, Izamir?

Izamir: Telinga ni kan, ustazah. Panas je dengar budak-budak dalam kelas tu. Asyik pot-pet-pot-pet je...

Ustazah: Pot-pet-pot-pet pasal ape ni?

Nadirah: Pot-pet-pot-pet pasal orang lain...bergossip...cakap pasal si polan lah...

Ustazah: Cakap benda baik ke buruk?

Mira: Errr...benda buruk, ustazah.

Ustazah: Nape tak nasihatkan kawan-kawan tu?

Ahsan: Ala...tak berani la ustazah. Huhuhu...sebab diorang tu powerpuff girlsss sangat...

Izamir: Uiks, tak lelaki betul Ahsan ni.

Ustazah: Patutnya kita tegur, memburukkan orang lain tu tak elok. Menyebarkan keburukan orang lain, apatah lagi... Cuba semua bukak blog www.sunahsukasakura.com. Ade satu gambar tu tentang mengumpat ni.


Nadirah: Erk! Aib ye, ustazah?

Ustazah: Ye, Nadirah. Bila kita menyebarkan keburukan orang lain, itu kan aib orang tu, dan kita pulak berdosa sebab mengumpat. Dapat dosa free la pulak. Kalau renungkan dalam al-Quran, Allah mengibaratkan orang yang mengumpat ni macam makan daging saudaranya yang dah mati.


Mira: Ooo...walaupun benda yang kita cakap tu betul, pun tak boleh ye, ustazah?

Ustazah: Kalau benda yang kita cakap tu tak betul, ia fitnah untuk saudara tu...kalau benda tu betul, da jatuh kepada mengumpat, atau istilahnya 'ghibah'.


Izamir: Erm...kalau macam tu langsung tak boleh la kan membuka aib orang lain. Kalau aib sendiri pulak?

Ustazah: Aib orang lain pun Rasulullah tak bagi kita buka, apatah lagi aib sendiri kan?


Ahsan: Jadi kalau kita pernah buat salah masa zaman jahiliyyah kita dulu, tak perlu untuk kita bukak lagi ye?

Ustazah: Dosa zaman silam kita, biarlah jadi urusan antara kita dengan Allah. Tak perlu untuk kita buka kepada orang lain...


Nadirah: Kalau tak boleh bukak aib sendiri, macam mana kita nak tanya tentang hukum perbuatan masa lalu kita, ustazah? Kot-kot kita nak pastikan ke dengan ustaz-ustaz atau mufti. Kan kene ceritakan?

Ustazah: Alhamdulillah. Ade jugak yang bertanya. Imam Nawawi dalam Syarah Sohih Muslim ada memuatkan keadaan kat mana kita boleh bukak aib ni. Antaranya...

Pertama, orang yang dizalimi dibenarkan untuk mengadu kepada pihak penguasa terhadap kezaliman yang berlaku.

Kedua, untuk meminta fatwa mengenai hukum-hakam, dibolehkan untuk menceritakan keburukan seseorang tetapi ada baiknya sekadar untuk mengetahui hukum sahaja dan tidak berlebih-lebihan.

Ketiga, untuk memperingatkan orang lain akibat melakukan kejahatan, bolehlah dijadikan iktibar kepada seluruh umat Islam.

Keempat, menceritakan kepada khalayak ramai tentang seseorang yang fasik dan melakukan kemungkaran seperti meminum minuman keras, memeras ugut dan perkara-perkara batil yang lain.

Mira: Jadi kalau kita nak share jugak dengan orang lain, untuk tujuan iktibar, kenalah berpada-pada dan tak melebih-lebih hingga menjatuhkan maruah orang tu, kan?

Ustazah: Yup. Macam tu jugak untuk diri sendiri. Kan kita kena kreatif, olahlah cerita dari pengalaman agar orang lain boleh ambil lebih banyak iktibar daripada membuka pekung yang tertutup. Jangan sesekali menokok tambah cerita dan niatkan hanya untuk kebaikan sahaja.


Nadirah: Jadi lepas ni, kalau nak berkongsi ape-ape dalam blog, nak tegur orang lain yang buat salah, sambil berdakwah, kena jaga-jaga la ye, ustazah. Tak boleh sebut nama orang tu, tak boleh tunjuk gambar, tak boleh tunjuk video. Kan, kan, kan~

Izamir: Eh, ini macam...

Ustazah: Haaa...biar pembaca saje yang mentafsir. Yang penting, sampaikan info, bukan sebarkan aib.

Ahsan: Fuhhh...banyaknya benda baru tau ni. Alhamdulillah...

Ustazah: Alhamdulillah. Lepas ni, share lah dengan kawan-kawan lain ye. Ok, dah lewat ni. Ustazah pun nak logout dah.

Nadirah: Ok, ustazah. Terima kasih ye sudi join conference. Kalau tak, panas sampai bila-bila lah telinga Izamir ni.

Ustazah: Sama-sama. Nanti ade ape-ape, jangan segan bertanya ye. Ok, assalamualaikum semua.

Semua menjawab salam. Ustazah pun meninggalkan conference room kat YM tu.

Kadang-kadang kita rasa seperti mahu berkongsi kisah silam kita kepada orang lain. Tapi kisah silam kita terlalu hitam untuk kita khabarkan, sampai boleh saja apa yang kita ceritakan itu kelak menjatuhkan maruah kita sendiri, menghilangkan rasa hormat orang lain kepada kita, menyebabkan mereka pandang serong pada kita. Masih mahu berkongsi, olahlah sebaik mungkin. Allah bagi kita akal dan hati, kita juga mampu memilih dengan jiwa, mana yang sepatutnya kita sampaikan kepada khalayak, supaya kelak kita sama-sama boleh mengambil iktibar daripadanya.



Erk! 3 Tahun Sudah!!!!


Erk! Terkejut!

Leh lupe pulakkkk...maafkan saya ye awak...mesti awak dah nak merajuk kan...huhuhu...kesian awak...rasa bersalah pulak...awak jangan kecik hati okeyyyy...ni saya buat entri khas untuk awak niiii...T_T

Cane lah saya leh terlupa...tadi edit-edit template blog, nak ubah yang Sakura Mekar Seminggu tu ke bawah footer, supaya leh tambah yang Sakura Mekar Sepanjang Zaman jugak kat sebelah kanan..

Tiba-tiba terjeling widget Daisypath tu...hari ni 8 April rupanya...hee...^_^

Entri pertama saya bertarikh 7 April 2008

Kamu, kamu...dia da umur 3 tahun 1 hari dah...alhamdulillah... :) Terlepas satu hari semalam... Patutlah mood sedih je pagi ni tadi ye...

Ape-apepun, keep on blogging okehhh!

Err...takde GA, maaf...hahaha~


ENTRI CAMBEST YANG NI PULOK~ SANGAT SUWWWIIIT~~~



Dia Menulis Tentang Ruang dan Waktu...


ruang dan waktu
kita berada antara ruang dan waktu
masa yang ada padamu
dan masa yang ada padaku
ruang yang ada padamu
dan ruang yang ada padaku
masa kita bertemu berbeza pengalaman
masa dan ruang
bagaimana detik yang menemukan dan menyatukan
dan kita memulakan ruang dan waktu bersama
dan kemudian .. sambung SINI


RINDU TAK DENGAN ENTRI CAMBEST? MEH LA JENGUK!



Menjawab Soalan Nasri Zakwan...


Seorang budak bertanya kepada saya di SINI. Adakah selepas master nanti hidup saya akan sama macam orang dalam cerita di SINI?

Wallahu'alam. Saya pun tak pasti lepas ni macam mana hala tuju hidup ni. Wah, macam takde matlamat hidup pulak ye...cuma nak tulis tentang hidup blog ni lah. Tak tahu ke mana Sunah Suka Sakura dot com ni akan bergerak.

Dengan masa yang semakin mencemburui dan tanggungjawab yang semakin banyak, tak tahulah akan datang macam mana agaknya. Minggu depan pastinya minggu yang paling sibuk bagi saya, mungkinkah entri akan diupdate macam selalu? Atau sehari sekali saja? Atau mungkin tak update langsung? Errr...

Ni masih dalam pengajian lagi. Kalau da berkerjaya? Adakah blog Sunah Suka Sakura dot com akan jadi macam blog ni? Atau akan jadi macam blog Ir yang ni? Atau akan jadi macam blog ni?

Wallahu'alam...



Malam Jumaat Malam Menggila!


Saya tak tahu ape yang menyebabkan mereka menggila malam ni...ahahaha~ Selepas insiden nama di SINI, mula menular pulak kat Sahabat Blogger...erk!

Ce tengok ni...


Abang Ben tanya sape SITI...yang dulunya dipanggil ape ntah tuuu...ahahaha~


Pak Cik Mat pun carikkk...nape ekksss? :p


Tibe-tibe lak keluar sal Adi Budianto...ahahahaha! =))

Dan seterusnya...

Biar gambar bercerita...




Erk! Macam de senaman mata sikit kan? Hahaha! Okie~ saya pun tak tahu sape SITI yang dicari... Siti Kateqah kot~ lalala~ Nasib bek takde yang bagi kepala lutut macam kat SINI kan?



Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (46) lirik (21) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.