BLOG ENCIK SUAMI

Sunday, April 10, 2011

Dia Kata 1...2...3...4...


Alhamdulillah, cantik no~ 1234~

Terima kasih ye jiran buat entri NI. Tu la gunanya kita ada jiran ni. Kalau posmen datang rumah tinggal bungkusan, ade gak yang tolong simpan dulu bila kita takde kat umah. Kan, kan, kan?


Pemilik no bertuah tu adalah snasatieka...dia siap mention kat shoutmix lagi. Terima kasih ye snasatieka~ :)

Terima kasih juga kepada semua yang terus berkunjung ke blog ni...doakan moga terus kuat untuk memberi manfaat kepada semua...:)



BEN ASHAARI GEGAR LAGI






Saya Tak Reti Nak Letak Link Dalam Komen


Link ape ni? Link entri? Link blog? Yup! Semua yang berkaitan. Ape-ape link yang kamu-kamu nak letak dalam ruangan komen, supaya nanti orang baca dia klik, terus gi url yang kamu letak tu. Tak payahlah dia susah-susah nak copy dan paste semula. Ade dua cara.

Pertama, dengan menaip seperti di bawah dalam ruangan komen...


Tapi leceh la kan asyik nak kene taip aje... Jadi, meh try buat ni pulak. Ni untuk pengguna Mozilla Firefox ye...diulangi, Musang Berapi sahaja. Yang selain tu, tak termasuk.

Mula-mula, klik Tools dan klik Add-ons macam kat bawah ni.


Then pilih option Get Add-ons, taip 'CoLT' dalam ruang search tu macam kat bawah dan tekan enter.


Then keluarlah Add-ons tadi tuuu...boleh baca ape fungsi CoLT kat situ. Iaitu untuk copy link and text as html. Klik Add to Firefox ye...


Lepas tu keluar satu window ni... Klik Install Now.


Bila dia da install, da complete, Firefox kene restart. Jadi klik Restart.


Bila da restart, tadaaaa...da ade da pun Add-on tu...


Bila da siap ade dalam Mozilla Firefox tu, da boleh start guna lah...macam mana? Macam niii...right klik kat mana-mana link, contohnya macam kat bawah ye...


Nampak tuuu? Copy Link Text and Location As > HTML Link. Nanti bila kamu nak masukkan dalam komen, paste je macam kat bawah ni...


Ayat PUSINGAN 9 : PALING PANTAS !! tu boleh tukar ikut suka ye...nanti bila kamu-kamu da publish komen, ia akan jadi macam ni...


Haaa...nampak tu? Kaler biru tu link yang boleh ditekan, bukan link yang kamu-kamu selalu main copy paste je tu. Huhuhu...macam ni, lagi senang orang nak terjah entri atau blog kamu disamping meningkatkan trafik jugak...:)

Faham dah? Ce try...terima kasih kepada kak Anastasyea yang bubuh entri ni kat blog dia dulu. :)



BEN ASHAARI KASI GEGAR 1000 BLOG ( 9 ) !





Kenapa Orang Unfollow Kita?


Hoh?? Terkejut tengok bilangan followers menurun? Tertanya-tanya kenapa jadi macam tu??? Ade yang geram, ade yang panas, ade yang sedih, tak kurang yang frust. Adakah kita benar-benar tak kisah bila orang unfollow kita? Atau kita sebenarnya kisah?

Errr...kalau kamu-kamu jenis yang tak kisah - macam saya (habissssss, lepas ni semua unfollow...-_-") - pernah tak tertanya-tanya kenapa diorang unfollow? Saya tertanya-tanya jugak, kenapa ek?

  1. Blog saya tak cantik, lagi cantik website Utusan Malaysia.
  2. Blog saya ni menyemak kat dashboard dengan update memanjang...
  3. Blog saya ni asyik sebut orang yang sama tu jeee...meluatlah!
  4. Header blog saya tak canggih macam header blog Ustaz Fakhrul.
  5. Entri blog saya tak mantap macam entri Izamir Ridzwan.
  6. Blog orang tu da ditutup, automatik ilang satu follower.
  7. Mungkin orang tu tak reti nak follow guna button Follow kat kotak Followers, dia fikir da sampai maksimum 300 blog kat dashboard macam jiran ni.
  8. Nak tambah lagik?

Aiyokkk...banyaknya kemungkinan kan?

Pak Cik Mat kata, tu adat dalam berblog. Mungkin sampai satu masa, ada benda yang dia tak suka dengan blog kita, sebab tu dia unfollow. Mungkin rasa menyampah ke ape ke...hanya dia dan Allah saja yang tahu...

Erm...takpe kalau orang unfollow kita, yang unfollow tu 1 atau 2 je kan, ade lagi yang lain yang kita kena pegang supaya terus baca blog kita. Kalau tetiba orang unfollow, maksudnya ade la yang tak kena tu dengan entri kita. Kan, kan, kan...

P/S: Tetap musykil, kenapa 'dia' unfollow...hurmmmm...



Tahniah Jugakkkkk!!!!


Wahhhhhhhhhhhhhh!!! Saya terlambat sikit jeeeee...uhuhuhu...tapi nak ucap jugak!!!

Tahniah ye jiran~ Sebab da dapat 1000 followerssssss~~~ sekarang dah 1003!


Alhamdulillah...moga lebih sukses yeee~ dengan entri-entri yang lebih mantap dan menarik minat semua...:)



Puas...


Puas...
Bila menulis boleh menyampaikan...

Puas...
Bila menulis boleh berkongsi...

Puas...
Bila menulis boleh menegur...

Puas...
Bila menulis boleh meluahkan...

Puas...
Bila menulis boleh menggambarkan...

Puas...
Bila menulis boleh mengenali...

Puas...
Bila menulis boleh menarik hati...

Puas...
Bila menulis ada hati-hati yang terikat...

Puas...
Saya menulis dan berblog kerana kepuasan...
Alhamdulillah...

Tapi saya belum puas lagi...



Siapa Syafiq Salim?



Siapakah dia? Kamu-kamu kenal? Saya baru je kenal...
Kalau nak kenal jugak klik blog canggih dia kat SINI.



Saya Tak Reti Nak Redirect Blogspot ke Domain


Erk, da lama kan tak buat tutorial! Tiba-tiba di awal pagi yang sunyi dan hanya ada bunyi katek-katek-katek (bunyi tekan keyboard derr) ni, nak up entri tutorial pulak.

Ade ramai yang tanya, macam mana nak pastikan followers kita tak hilang bila da tukar ke domain dot com? Nanti followers tahu ke kita da tukar? Boleh dapat ke update dari kita?

Erm...untuk blogspot (BLOGSPOT JE YE...), memang ada option bagi readers terus ke blog kamu walaupun kamu da tukar kepada dot com. Caranya? Ni saya bagi terus dari awal kamu da siap beli domain ye...

Bila da siap beli domain, gi kat Settings.


Then dari settings tu klik pulak Publishing. Ha...akan nampak wajah macam kat bawah ni. Klik Custom Domain ye...


Dah tu, klik pulak option Switch to advanced settings macam kat bawah ni...


Lepas tu nampak tak yang ni...


Isi domain yang kamu-kamu da siap beli kat dalam kotak Your Domain tu. Jeling-jeling sikit bawah tu, ade kan dia mention......baca sendiri...! Tak nampak? Klik imej kat atas. Hehehe... Lepas tu yang lain tu biar je, isi word verfification, then Save Settings.

Keluar pulak yang ni...


Jangan lupa tick kotak tuuuu...takut nanti orang lupa taip 'www', tak jumpa lak blog kamu. Haa...untuk kat atas ni, kamu nampak kat ayat bawah kotak tu? 'The DNS record for your domain is not set up correctly yet. If you just bla bla bla...' Tu maksudnya, DNS setup untuk domain kamu belum siap sepenuhnya. Kalau menghadapi masalah camni, gi kontek kamu punya admin domain tu. Jangan segan-segan. Tapi kalau taknak hadapi masalah camni, gitau dia awal-awal masa beli domain tu, untuk setupkan sekali DNS. Lepas setel sume, isi lagi word verification sebelum Save Settings. Dah! Berdomain da kamu~

Jadi, lepas ni takyah risau kot-kot readers tak jumpa blog kamu yeeee...

Resakse berjanggut pun da tukar ke domain, youuuuuu~ klik www.kayif.com (nak kaif jugak!!!)




Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (47) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.