BLOG ENCIK SUAMI

Monday, April 11, 2011

DIA NAK KUTUK BLOG NI ???


Oooo...ada hati ye nak kutuk blog ni?

Kang ade jugak yang lari dari segmen kang. Tak nak join dah, baru tahu! Sukeeeeenye lah orang jeles dengan blog yang tak bape nak cantik ni. Hurmmm...tu dia review-review tu mesti nak saya review balik kan, kan, kan? Mengaku je lah...

Meh nak review...erm...blog ni...blog ni...blog ni...blog ni kan, simple sangat. Tapi simple dia ni saya ok je... Lagi simple lagi bagus, tak berat dengan widget-widget pelik. Lepas tu header tu leh tak tukar? Buat la lawa sikit. Header lama tu lagi mahsyuk la saya rasa. Errr...hehehe.

Masuk blog dia ni kan, laju jek...saya pun heran, kenapa ek laju sangat. Orang lain guna dot com jugak, tapi takde la laju cam dia. Laju loading sama cam lajunya paparan halaman tu bertukar tiap saat. Apa rahsia? Ce cite sikit.

Hurmmm...entri ok, walaupun orang kata entri ulang-ulang ek? Boleh diterima, saya tak kisah. Entri dia kalo saya tertinggal, saya akan gi older posts lagi, lagi, dan lagi, nak baca semua! Walaupun tak komen...tak pe kan? Saya tau, dia tak kisah punya...walaupun dia unfollow blog ni. Ops!

Tapi kannnn...part dia kata 'bf saya' punya blog ayahkuslow.com tu...saya tak berapa nak senang lah. Boleh tak jangan sebut gitu lagi? Tak baiklah, kang 40 kali, jadi doa pulak kang...tak nak, tak nak...lepas ni sebut ayahkubijak.com ok? Tak pun adybudika.com jee...boleh?

Eh, dia ni sape? Mesti da tau punye sape... Kalau tak tau lagik, ce klik SINI nak tau nape dia kutuk-kutuk.



Kenapa Saya Panggil Dia Ustaz Amirul?


Erk! Siang tadi IR de tanya, kenapa saya panggil dia Ustaz Amirul? Tu siang tadi, sebelum ni Pak Cik Mat pun terkejut saya panggil dia Ustaz Amirul. Sebelum-sebelum ni lagi pun semua orang pelik kenapa saya panggil dia Ustaz Amirul. Sebelum-sebelum-sebelum niiiii...sudah! Banyak pulak sebelum...

Sebenarnya...saya panggil dia gitu ade sebab tau!

Sebabnyeee...

Meh tengok gambo ni...


Eh, ni memang Ustaz Amirul yang betulll...salah gambar!!!

Korek, korek, korek...

Mana eks...

Hurmmmmmmm....

Okeh, okeh...

Da jumpa...

.

.

.

Tadaaaa...


Kan sama tu???

Dia sendiri yang buat, lepas tu nak salahkan orang pulak! Huissshhh!

Gi baca penjelasan Ustaz Amirul, eh! Ustaz Fakhrul kat SINI ye.



Doa Malam Pertama


"So, how was last night? Banyak gadis dekat dengan kau, takkan tiada yang cair?" Hamdan memulakan bicara. Akmal memandang senyum sambil menghirup kopinya. Suasana di Starbuck agak lenggang ketika ini, selalunya waktu malam barulah kelihatan ramai orang di situ.

"Speaking pula kau ni. Well, macam biasa geng, aku ayat saja, nak jadikan my girl? Please, not my taste ok." sinis bicara Akmal.

"Kau ni nak perempuan macam mana lagi? Pantang nampak perempuan cantik sikit, konfom tajam mata tu. Tapi tindakan tu tiada juga. Common lah geng, past is the past, enjoy your life more dude. Atau kau punya taste ni ustazah?"

"Aku dah lupakan Amy lah geng, janganlah kau risau. Tapi fikirlah sikit, nak cari bini, takkan nak macam chicks semalam tu? Mestilah aku nak yang baik punya, yang tahu jaga diri, bukan murahan." pedas kata-kata Akmal.

"Ceh, kalau kau nak baik punya, ada staff baru kat tempat kita tu. Aku nampak sopan jak, kau try lah ayat dia, manatahu dapat. Tapi satu aku pesan geng, ko tu pun, kalau berkira nak yang baik, perempuan baik-baik ni nak kat kau ka?" balas Hamdan, sambil tersenyum sinis.

"Nak ayat perempuan, macam minum sup je, lancar. Kau ingat aku siapa? Akmal Kasanova yang tak pernah ada skandal, mengayat jak lebih. Perempuan cair tau sampai merayu nak jadi girl aku. Siapa nama dia, biar aku ayat." panas telinga Akmal mendengar sindiran itu. Lelaki yang pantang dicabar bab perempuan.

Baca cerpen penuh kat SINI.

Sangat nice, okie! Saya wajibkan kamu semua terutamanya Miss Ran untuk habiskan membaca cerpen ni! Lepas tu undi yeee...:D



Dia Buat Saya Rasa Nak Nangisssssssss T______T


Tersentuhhhhhhh hati ni!

Subhanallah!!!!

Cantikkkkkkkkk sangattttt!!!!

Tolonglahhhhhhhhhh.....

Bila saya nak gi sana pulakkkkkkkkk???

Huhuhuhu....

Kamu-kamu semuaaaaa....gi la jenguk SINI.

Thanks sayang.... (kesat air mata...)



BPM: Header Blog Pilihan?


Erkkk! Asyik terkejut je 2-3 hari ni kan? Semalam dengan blog not pound nye, tengahari ni check nuffnang, ade referral dari Blog Pilihan Malaysia. Tetiba je...macam pelik pulak. Gi la jenguk.

Huhuhu...rupanya ada yang calonkan header Sunah Suka Sakura dot com kat SINI. Macam dalam gambar kat bawah ni...


Terima kasih kepada sesiapa yang mencalonkan...:) Saya yang no 8 tu. Err..macam nak mengaku kalah jek. Ahahaha~ Sebab nampak empunya header blog yang comel kat atas sekali. Hehehe...kamu-kamu, kalau rasa header saya ok, jemput-jemput la ya undi...tapi tak tahu start bila. Dalam entri tu kata 'esok'...bila tu ek? Kita tunggu je la ye...

P/S: Erm... Sape ek yang calonkan? [UPDATE!] Dah jumpa! Itik Kuning ni rupanya...:D Terima kasih!



BEN ASHAARI BAGI AKU GEGAR KEPALA





Sakura Shanghai



Dapat bunga sakura lagi, kali ni dengan pokok-pokok sekali! Ahahaha~ Hari tu sakura UK, kali ni sakura Shanghai pulak...;)

Terima kasih saudara Kamal yang bersusah-payah amek pic ni. Janji kena tunaikan kan, kan, kan? Hehehe... Pic yang high resolution tu saiz dia besar sangat, saya kena compress ni...huhuhu. Sedih lak tak dapat bagi real view...takpe, yang besar tu biar dalam lappy saya je, okie? :D



Komen Biar Ikhlas, Bukan Nak Kejar Nombor


Saya hairan benar dengan sesetengah pengomen. Ya, memang bagus kalau kita baca entry tersebut dan faham, kemudian tinggalkan komen. Berkongsi pandangan masing-masing bersama pembaca yang lain. Bertanya kalau ada yang tak faham dalam entri tu.

Tapi...sangat pelik dengan keletah pengomen yang mengejar nombor. Kerana melihat nombor kat cloud dah jauh benar dari yang paling banyak komen, maka mahu mengejar semula tempat tu supaya boleh duduk kat tempat pertama.

"Ehhhhhhhhhhhh, mana ada! Saya komen ikhlas ni..."

Oh, bukan camtu eh? Okie lah, mungkin bukan tu yang dikejar. Tapi suka saya nak ingatkan kat sini, blog saya bukan tempat nak spam komen banyak-banyak sekaligus. Susah saya nak carik komen kat entri-entri baru yang penting, kang terSPAM pulak semua komen sekali.

Bukan saya sorang je rasa pelik dengan komen-komen yang mengejar nombor ni, DIA ni pun rasa pelik jugak.



20 MINIT: MY BLOG IS NOT POUND JUGAKKK!


Erk! Betul, bukan tipu-tipu ni!

Sama macam abang Ben hari tuuuu...uhuhuhu. Siyes terkejut tadi. Baru je lepas usik-usik abang Ben secara berjemaah kat SB sebab lepas blog dia not found hari tu, terus ter ter ter UNFOLLOW semua orang. Erk! Tiba-tiba je blog saya pun mengalami masalah serupa...

Terus post kat SB!


Lepas tu abang Ben tak muncul-muncul, tanya PCM, mana abang Ben...huhuhu. Sambil tu leh gelak-gelak lagi baca komen si Resakse Berjanggut!


Gggrrrr! Topup-topup pulak! Lepas tu abang Ben online YM. Pi ucap salam. Dia gelak. Huwaaaaaaaa~~ Memang patut pun sebab da gelakkan dia tadi... -_-" Terus minta maaf kat dia. Huhuhu. Then abang Ben suh login kat blogspot, ikut step yang dia suh masukkan no telefon tu. Erk, cam abang Ben hari tu, ade unusual activity kunun kat blog saya niiii...hoh??? Sape lah yang report... Takpe lah...

Lepas masukkan no fon tu, blogger.com bagi kod untuk verify akaun. Alhamdulillah lepas tu jumpa balik blog ni. Huhuhu. Sepeninggalan selama 20 minit tu...


Alhamdulillah. Terima kasih abang Bennnnnn!!!! Cepat follow balik! Nanti saya follow abang Ben balik! Ahahaha~

Sape-sape yang ter ter ter UNFOLLOW jugak tu gitau ye...jangan wat entry cam Katek wat pulak. Ahahaha~ Kamu-kamu semua lepas ni jaga-jaga la ye...



Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (46) lirik (21) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.