BLOG ENCIK SUAMI

Friday, April 15, 2011

Eh, Ustazah! : Hidayah


Penat, penat! Penat benar ustazah dan kawan baiknya keluar membeli-belah kejap tadi. Sampai rumah, adiknya Amalina dah ready dengan jus oren. Bagus betul adik sorang ni.

Amalina: Waaahhhhh, banyaknye beli barang?

Esmeda: Ye lah, nak kawen ni. Banyak nak prepare. Huhuhu.

Ustazah: Hamboiii...bila pulak nak kawen? Tak sebut ape pun...diam-diam ye.

Esmeda: Gurau je lah, mana de nak kawen. Tapi kannn...tadi kat kedai tu, ada sorang aweksss tu kannn...

Ustazah: Banyaknye "kannn", macam Pak Cik Mat yang jual satay ayam tu pulak dah...

Esmeda: Eh, ko ni...janganlah potong cerita.

Ustazah: Okeh, okeh...sambung, sambung.

Amalina: Ha, kak Es, cepat la sambung!

Esmeda: Erm...takde...suke tengok dia. Sejuk je mata tengok.

Ustazah: Cashier tu ke? Alhamdulillah. Solehah...insya'Allah yang soleh untuk dia.

Esmida: Haishhh, ko tak kenal dia ustazah. Aku ni da lama kenal. Dulu dia tak macam tu tau...dulu--

Ustazah: Siapa kita nak judge masa silam dia, Es...tak layak pun kita. Alhamdulillah, kalau dia lebih baik dari dulu.

Amalina: Ha'ah...hidayah kan milik Allah.

Esmeda: Hidayah...?

Ustazah: Yup, hidayah, dear...petunjuk yang akan Allah berikan kepada sesiapa sahaja yang Dia kehendaki.


Ustazah: Orang yang mendapat hidayah Allah akan berubah tingkah lakunya, daripada kufur kepada beriman. Contoh di zaman sahabat, cuba teka...sape yang masa jahiliyyah sangat-sangat digeruni semua kerana kebengisan dia dan bila dapat hidayah Allah dia tetap dihormati.

Esmeda: Alamak, sirah-sirah ni...errr...

Amalina: Akak! Umar kan??? Umar al-Khattab!

Ustazah: Yezza...betul tu. Umar al-Khattab antara contoh yang dapat hidayah Allah. Alhamdulillah, biarpun sebelum memeluk Islam dia pernah menanam anak perempuannya hidup-hidup, tetapi sesudah menerima Islam orang tetap pandang tinggi pada kewibawaan Umar.

Esmeda: Subhanallah...tapi ustazah, cane nak dapat hidayah? Kalau Allah hanya bagi pada orang-orang yang Dia inginkan je?

Ustazah: Hidayah memang milik Allah yang mutlak. Tapi jangan salah anggap, hidayah bukan ditunggu untuk terpilih, tapi hidayah itu perlu dicari.

Amalina: Macam mana nak cari, akak?

Ustazah: Berusaha dapatkan hidayah tu...dengan memperbaiki amal kita. Hayati al-Quran, basahkan lidah dan suburkan hati dengan zikrullah, banyakkan ibadah sunat yang lain, insya'Allah Dia akan bagi hidayah kepada hambaNya yang layak.


Esmeda: Erm...selalunya bila nampak orang yang dulunya tak bertudung tu da bertudung mesti cakap, "dia da dapat hidayah..." Tapi, tengok-tengok lepas tu tak kekal jugak tudungnya. Solat pun entah ke mana.

Ustazah: Es, hidayah tu Dia bagi kat sape-sape yang Dia kehendaki kan, tapi kita tak tahu siapa, dan bila orang tu dapat hidayah dari Dia. Kalau orang tu da terbuka hati untuk menerima Islam secara keseluruhan, alhamdulillah... Insya'Allah Dia akan tetapkan hatinya...tapiiiii, dengan usaha orang tu jugak.

Amalina: Macam mana nak tetapkan hati pulak?

Ustazah: Lepas solat, kita selalu amalkan doa ni, perasan tak?


Esmeda: Ha'ah lahhh...

Ustazah: Pintalah kepada Allah agar ditetapkan hati kita, moga kita istiqamah mengerjakan kebaikan, dijauhkan dari kemungkaran, sampai tertutup hati kita nak buat dosa.

Amalina: Jangan sampai Allah tarik balik hidayah, kan akak?

Ustazah: Alhamdulillah, pandai adik akak...

Esmeda: Alhamdulillah, terima kasih tau. Tak sia-sia aku datang minum jus oren ni. Hehehe...

Ustazah: Ha...lepas ni datang la lagi minum jus oren.

Esmeda: Insya'Allah...nak cari hidayah jugak untuk diri.

Ustazah: Insya'Allah untuk semua...


Hidayah itu milik Allah, tapi kita sebagai hamba tidak sepatutnya hanya menunggu untuk hidayah itu jatuh bergolek, berusahalah untuk mendapatkannya. Insya'Allah manis dan indah hidayah itu akan kita rasa bila tiba masanya...


JOM UNDI HEADER SUNAH SUKA SAKURA DOT COM KAT SINI



Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (47) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.