BLOG ENCIK SUAMI

Tuesday, April 19, 2011

Blogger Sekarang Kuat Tacing?


Blogger sekarang kuat tacing??? Sensitip lebih-lebih??? Yeke?

Entah...sebab tengok blogger sekarang ni kannnn, ade je isu tertentu, mesti nak naikkan kat FB, kat group-group blogger, lepas tu paling havoc sekali buat entri. Semua sebab tacing dengan blogger ni dan blogger tu (tak terkecuali isu blogger sombong itu ini, aku newbie takde sape layan aku, bla bla bla...)

Tak cukup dengan tu, ade yang terus delete blog, terus nak private blog selama-lamanya, cukuplah sampai di sini riwayat hidup blog ituuu...sudah tidak mampu lagi diri menahan tohmahan dan caci-maki. Erk...lebih-lebih sudahhh.

Kadang-kadang, seseorang blogger ni cepat sangat tersentap dengan blogger lain, walopun blogger tu guro-guro je. Terus dia buat entri maklum balas! Eiks, bagusss kan? Bila orang buat kita sentap, sekaligus dia bagi kita idea nak buat entri baru hari tu. Hehehe...jangan lupa ucap terima kasih kat blogger yang bikin tacing, ok?

Tapi ade gak yang bukan guro-guro, memang sengaja nak cari pasal sebab dia tau, nanti bila blogger ni sentap, terus buat entri dan bagi backlink, wahhhhhhhhh!!! Dapat trafik free!!! Huh! Ingat suke-suki ke nak bagi free, blogger sentap yang bijak pandai takkan bagi percuma punya...ye dak?

Kalo rasa cam ni, kene buat ape eksss? Ekceli kan, yang bikin tacing ni antara cabaran dalam berblog, bagi kita pengalaman dalam dunia ni. Kan orang kata, tak mudah nak berblog sambil jaga hati semua orang...jadi bila tertacing tu pikir-pikirkan jauh-jauh eks, jangan pikir pendek-pendek je...:)

Ok lahhh...itu saje pemerhatian dari saya semenjak dua menjak ni. Kamu-kamu rasa macam ni jugak tak?

P/S: Maaf lah kalo terasa yee...tapi betul kan, kan, kan...tak rasa gitu? Kadang-kadang Jeneral SSS.com pun tacing jugakkk...



Bagai Menukul Paku Ke Kepala


Gambar mantop ini dicopet dari SINI

Gambar tu je menukul paku ke kepala, yang sebenarnya nak kongsi tentang migrain ni haaa...jom kita skemakan diri sat!

Migrain adalah gegaran dan selalunya terjadi sakit kepala hanya pada sebelah kepala sahaja. Ia boleh terjadi kepada semua orang tidak kira umur. Saluran darah di dalam otak akan membesar dan bersama dengan ransangan saraf berhampiran dengan saluran darah. Apabila ia terjadi bermakna perubahan pada saluran darah itu kemungkinan disebabkan kesakitan tersebut. Sumber: SINI.

Diagnosis tentang Migrain

Penghidap migrain dan sakit kepala seharusnya mengelak penggunaan seperti alkohol, makanan yang menyebabkan serangan seperti kaffein, makanan sejuk dan pastikan anda mempunyai tidur yang cukup.

Untuk memudahkan diagnosis tentang migrain dan sakit kepala dibuat, anda haruslah mengambil tahu keadaan penyakit ini seperti di bawah:

1. Migrain akan menyerang sekitar 4 hingga 72 jam.

2. Sekurang-kurangnya mesti ada 2 ciri tersebut:

*sakit hanya pada sebelah kepala sahaja.
*Satu gegaran di dalam kepala
*Sakit kepala daripada sederhana menjadi lebih teruk.
*Mual dan/atau muntah
*Amat sensitif kepada cahaya dan suara, kes yang serius, seseorang itu mungkin akan pengsan.

Dari SINI pulak, dia bagi tips untuk meredakan migrain macam kat bawah:

Tips Meredakan Sakit Kepala/Migrain
  1. Berehat seketika dengan berbaring dan pejamkan mata untuk tempoh kira-kira setengah jam.
  2. Elakkan terkena cahaya terang atau pancaran matahari. (silau, silau!!!)
  3. Berehat di dalam sebuah bilik yang gelap atau samar-samar kerana keadaan yang terang benderang boleh menambahkan sakit kepala.
  4. Ketulan ais atau air sejuk boleh meredakan sakit kepala. Ambil sehelai tuala dan masukkan ketulan ais di dalam tuala kemudian lekapkan tuala pada mata untuk beberapa ketika.
  5. Jika keadaan sejuk tidak meredakan, cuba gunakan air suam. Ambil sehelai tuala bersih dan basahkan dengan air suam kemudian lekapkan tuala pada mata dalam masa setengah jam.
  6. Kurangkan makan daging kambing! (errr...hari tu baru je makan...)
  7. Amalkan tidur yang mencukupi. Jangan tidur lewat! (errr...yang ni...hurmmm...)
  8. Kurangkan minuman yang mengandungi kafein contontohnya Nescafe, Ali Cafe, etc. (memang kurang minum pun...)
  9. Kawal stress dan fikirkan perkara yang positif kerana sebahagian besar sakit kepala disebabkan oleh tekanan perasaan dan gangguan. Contohnya tekanan bekerja, belajar, etc. (errr...huhuhu... >_<)
  10. Have a healthy lifestyle! Banyakkan senaman dan melakukan aktiviti riadah. (hurmmm....senaman mata dan blogwalking selalu diamalkan...)
  11. Banyakkan solat tahajud dan berzikir.

So, kamu-kamu ade simptom migrain? Atau kamu memang penghidap migrain macam dak NI? Jadi...lepas ni, jaga kesihatan yeee...(untuk Jeneral SSS.com jugak...)


ENTRI CAMBEST SAPE KALI NI? JOM TERJAH!



BLOGGER Kaki Pukul!


Dulu, ada sorang blogger kata mamat ni kaki pukul. Sebab ape, header dia da tunjuk dia pukul orang. Dahsyat mamat blogger sorang ni. Siap bertali-tali lagi dia pukul orang.

Tapi tu dulu...sekarang header dia da lain, da macam mamat konfius pulak. Adakah konfius sebab tak tau nak pukul orang lagi ke tak? Ehhhhhh, dia masih pukul orang lagi! Tak caya tengok je nanti kat tepi-tepi blog dia, ada lagi gambar sepak terajang orang. Cuma mangsa-mangsa pukul ni tak bawak ke polis je. Diorang setel terus! Tak payah panjang-panjangkan kes nak buat entri kat blog pulakkkk...

Blogger kaki pukul ni lagi otai dari saya, umur blog dia lagi lama dari saya, dan tentulah umur blog tu lagi lama dari blog benalien.com. Pengisian dia ok, mungkin sebab dia suka pukul orang, orang takut nak datang. Erk..jadi pe kata kita serang blog dia sekarang? Kamu-kamu pi la tanya dia, nape suka pukul orang? Takde keje lain ke???

Ehhh, soklan carik sendirik ok, tu soklan saya...kamu carik soklan lain pulak...dah jumpa soklan? Haaa...get ready eks, takut kang kene bantai lak sampai sana. Dah ready sume??? Jom serang blog kaki pukul ni kat SINIIII!



Epilog Silam...Milik Aku, Kau dan Mereka...




Dalam mengenang kisah hidup silam
Ku sedar dari kesilapan lalu
Tuhan beratnya dosa-dosaku
Masihkah ada ampunan buatku

Tuhan...Dalam menempuh hidup ini
Banyaknya dugaan datang menguji
Tuhan...Ada yang dapatku gagahi
Dan ada yang gagal kuhindari

Tuhan...Dosaku menggunung tinggi
Tapi taubatku tak kutepati
Tuhan...Rahmat-Mu melangit luas
Terlalu sedikit kubersyukur

Kini kukembali pada-Mu
Mengharap maghfirah dari-Mu
Mogakan terampunlah dosa-dosaku
Biarpun ujian melanda
Ku tetap berkasih pada-Mu
Kerna kuyakin kasih-Mu
Kekal tiada sudahnya...

-Epilog Silam (HAIKAL)-

Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang semurni-murninya, mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapus kesalahan-kesalahanmu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, pada hari ketika Allah tidak menghinakan Nabi dan orang-orang yang beriman bersama dengan dia; sedang cahaya mereka memancar di hadapan dan di sebelah kanan mereka, sambil mereka mengatakan: "Ya Tuhan kami, sempurnakanlah bagi kami cahaya kami dan ampunilah kami; sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu".
[at-Tahrim: 8]



Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (46) lirik (21) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.