BLOG ENCIK SUAMI

Friday, April 22, 2011

Macam Mana Nak Kurangkan Follower dan Elakkan Komen???


Sorang budak kecik bertanya...TAPIIIIIIIII, soklan dia terbalik dengan tajuk kat atas ni...

Wannnnnnn D: Jeneral, cane nak tambah follower? Nak gak follower ramai-ramai.

Jeneral SSS.com: Nape nak ramai-ramai?

Wannnnnnn D: Sebab best! Err...rasa lagi bersemangat nak berblog kalau nampak ramai followers.

Jeneral SSS.com: Nape kita follow blog orang lain?

Wannnnnnn D: Sebab blog diorang best, sebab blogger dia cun dan hemsem, sebab diorang follow kita gak, kita follow lah balik. Errr...

Jeneral SSS.com: Jadi???

Wannnnnn D: Sume saya kene jawab ke? Kan saya tanya Jeneral ni???

Jeneral SSS.com: Okeh, okeh...janganlah marah. Kang naik darah tu ha... Kan orang TU selalu cakap, entri kena mantap, selain dari blog yang mudah loading. Orang pun senang hati dan suka je, lepas tu diorang pun follow lah sebab lepas ni nak baca lagi entri best dari kita.

Wannnnnn D: Entri kena mantap? Nak mantap macam mana?

Jeneral SSS.com: Ikutlah, yang menarik hati, berinfo, tu kena buat kajian sikit, depends kat blog ang tu...nak buat blog macam mana.

Wannnnnn D: Tapi kalo diorang tak polo jugak?

Jeneral SSS.com: Adehhhh...banyak lagi, bukan takat hal entry tu je. Da buat entry, kena promote! Jangan pendam situ, rajin-rajin ping kat group blogger. Group blogger kan banyak kat luar nun, ping jangan ping saja, beramah-mesra sikit dengan diorang dalam tu, tau lah diorang blogger ni peramah rupanya, entry mesti peramah jugak.

Wannnnnn D: Oooo...kalo diorang tak datang?

Jeneral SSS.com: Diorang tak datang, jangan la ang sedih lak! Takleh paksa, tapi rajinkan untuk blogwalking, tinggal jejak kat komen or shoutbox orang lain. Linkkan entry kita kat situ. Kalo kita je nak harapkan orang datang blog kita, tapi kita tak gi blog orang lain, susah sikit lahh...lagi-lagi kalau kita masih baru.

Wannnnnn D: Erk! Baeklah, lepas ni saya akan rajinkan diri untuk berjalan-jalan.

Jeneral SSS.com: Jangan lupa!!! Rajin-rajin jugak join segmen, GA, atau contest ape-ape, dari situ orang akan mai blog kita, kenal blog kita...baru diorang tahu blog kita ada rupanya..."rajin join segmen budak ni, mesti selalu update, nak polo lahhh!" Kalau kita sendiri nak wat contest yang ade syarat kena polo blog pun ok jugak, tapi tak ramai yang gemar kena polo-polo ni...

Wannnnnn D: Takde masa lahhhh...

Jeneral SSS.com: Alasan!!! Balik nanti bukak NI!!

Wannnnnn D: Okeh, okeh...kalo komen lak? Cane nak tambah?

Jeneral SSS.com: Komen...hurmmm...entri kena menarik lah, tajuk kena best, isi kena mantap. Pastu cuba cetuskan persoalan dalam entri...errr...cuba klik SINI, lagi banyak info sal nak tambah komen kat entry.

Wannnnnn D: Ouhhhh...baeklah! Terima kasih Jeneral! Nanti saya hadiahkan sebijik bom nuklear.

Jeneral SSS.com: ERK!

Ni je yang mampu saya kongsikan, mungkin ada yang lebih tahu dan lebih berpengalaman, leh la share jugak...:)

Haaaa? Nak tau sape budak kecik tu? Jom serang budak kecik tu kat SINI.



Eh, Ustazah! : Dakwah


Petang-petang lepas Asar, ustazah gi jogging kat taman bunga tak jauh dari rumah dengan beberapa orang anak murid. Hurmmm...sape ek, anak murid kali ni? Meh la baca...

Nasri: Ustazah, petang-petang camni kenapa banyak sangat pasangan berdating kat taman bunga?

Nabila: Tu dia soklan cepu emas! Direct to the point!

Ustazah: Petang-petang kan best, berangin sepoi-sepoi bahasa lagikkk...tapi kalo dating dengan suami atau isteri lagi bestttt!

Heziqa: Erkkk! Yang dating-dating ni dengan sape ek? Da kawen ke belum? Err...

Ustazah: Ce tanya...

Nasri: Gulp! Tak berani lah ustazah...ade gak kene belasah kang.

Aizuddin: Pentakot betul la ang ni! Bukan ke kalo berdakwah kena berani?

Nasri: Alamak...err...

Ustazah: Haa...bagus betul Aizuddin utarakan hal ni.

Nabila: Hal ape, ustazah?

Ustazah: Dakwah...dakwah ni ape? Tau tak yang sebenar-benarnya dakwah tu ape?

Heziqa: Menyampaikan tentang agama...yeke, ustazah?

Ustazah: Haa...hampir dah tu. Dakwah ni dari segi bahasa, menyeru dan mengajak. Dari segi istilah pulak, menyeru dan mengajak orang lain untuk taat kepada Allah dan meninggalkan laranganNya.


Nabila: Ooo...wajib ke ustazah? Kan ke dah ade JAKIM, dah ade ustaz-ustaz semua, kita yang takde pape pangkat ni perlu ke susah-susahkan diri nak berdakwah lagi?

Ustazah: Berdakwah tu ade dua hukum dia. Satu fardhu kifayah, satu lagi fardhu 'ain.

Aizuddin: Macam mana tu ustazah, siap ada dua hukum sekaligus?

Ustazah: Macam ni...hukum berdakwah fardhu kifayah bila sudah terbentuknya kerajaan Islam yang betul-betul mengamalkan nilai Islam, daulah Islamiyyah...masa ni tentunya maksiat da macam kuman je...tapi berdakwah jatuh kepada fardhu 'ain bila daulah Islamiyyah masih belum dicapai. Maksudnya negara tu belum betul-betul jadi negara Islam sepenuhnya...tak boleh kita meletakkan tanggungjawab tu kepada badan agama semata-mata untuk tegur orang buat salah.

Nasri: Jadiii...fardhu 'ain tu, maksudnya wajib la kan untuk semua, tak kira umur dan jantina?

Ustazah: Ha'ah...


Heziqa: Huhuhu...tapi kita ni sape lah ustazah...kang kalo tegur, diorang cakap kita ni entah sape-sape nak tegur, bukannya YB ke, guru besar ke...pengawas ke..

Ustazah: Untuk berdakwah, kita tak perlukan pangkat atau jawatan, tapi dengan pangkat dan jawatan tu, ada kelebihannya untuk mengajak orang lain ke arah kebaikan.


Nabila: Dengan tangan? Maksudnya ustazah?

Ustazah: Tangan kat sini maksudnya dengan kekuasaan yang kamu ada. Siapa yang ada kuasa, ada pangkat, ada kedudukan, ada jawatan, ada pengaruh yang kuat, kat sinilah gunakan untuk berdakwah. Macam polis, jawatan tu ada kelebihannya untuk cegah maksiat, tangkap pencuri, banteras pelacuran dan sebagainya.

Heziqa: Kalau tak mampu, cegah dengan lisan...maksudnya kita tegur dengan nasihat ye ustazah?

Ustazah: Yup. Dengan lidah, kita bagi teguran dan ajak manusia ke arah kebaikan. Dengan menulis juga, kamu boleh berdakwah secara lisan.

Nasri: Kalau macam tu, dalam blog pun saya boleh berdakwah!

Ustazah: Haaa...tau pun! Lagi-lagi kalau blog kamu ramai orang baca, da ramai orang kenal, jangan lupa selitkan unsur-unsur dakwah dalam entri. Lepas tu, kalau tak mampu jugak, berdakwahlah dengan hati...

Aizuddin: Hoh??? Macam mana nak berdakwah dengan hati??? Eik?

Ustazah: Bila kamu nampak orang buat maksiat, buat salah...kamu tak mampu nak gi tegur diorang, nak sergah semua...bencilah perbuatan maksiat yang mereka lakukan dan doakan dalam hati agar mereka dapat hidayah Allah.

Nabila: Dan itu adalah selemah-lemah iman...huhuhu.

Ustazah: Ha, nak iman tahap mana, yang sekadar dalam hati atau dengan lisan dan kekuasaan? Renung-renungkan yee...

Heziqa: Eh, ustazah! Kadang-kadang rasa cam tak layak je nak bagi peringatan kat orang lain, nak tegur salah orang sebab diri sendiri pun tak ok lagi...masih cetek sangat ilmu.

Ustazah: Nape rasa gitu? Nak tegur orang bukan kena cukup segala ilmu dan da pegang sarjana dalam bidang dakwah, tapi sampaikanlah pesanan Rasulullah s.a.w walau hanya sepotong ayat.


Aizuddin: Ooo...maksudnya, kita tak boleh rasa rendah diri kan, kalau nampak je maksiat, terus tegur!

Ustazah: Yup, kalau nampak maksiat...maksiat ni bukan hanya berdua-duaan tu je, ape-ape perkara yang mendatangkan kemurkaan Allah, mendatangkan dosa, semua tu kita panggil maksiat. Mencuri, merompak, menyamun, menculik, memfitnah, membunuh...dan semuanya...

Nasri: Ooo..baru tahu tentang maksiat tu, selama ni ingat orang dating je maksiat. Hehehe...

Ustazah: Haa..sekarang semua da tau kan hukum berdakwah tu wajib, jadi laksanakan tanggungjawab masing-masing sebagai khalifah di muka bumi Allah ni...

Semua: Insya'Allah ustazah...

Ustazah: Okie, jom lah kita balik, diorang yang dating-dating tadi pun da nak balik tu ha...da nak maghrib pun.

Mereka semua beredar meninggalkan taman bunga...


Berdakwah bukan hanya perlu dilakukan oleh badan-badan agama, kamu-kamu yang sedang membaca  ni juga wajib mengajak ke arah kebaikan dan meninggalkan kemungkaran, amar makruf nahi mungkar...disebabkan "DAN"...bukan mengajak sahaja ke arah kebaikan semata-mata tetapi membiarkan yang mungkar  terus berleluasa, kedua-duanya kena selari untuk mencapai kesejahteraan ummah.  Tidak mampu menegur sahabat baik? Amalkan dakwah bil hal, dengan menunjukkan akhlak dan tingkah laku yang baik kepada sahabat, moga nanti lembut hatinya untuk berubah menjadi yang lebih baik. Sampaikanlah...agar semua dapat manfaat.



Sila Undi Jiran Saya!



Jiran saya pon masuk jugak...hahahah~

Kelakar...sebab dak ofis dia buat onar sementara dia berada kat tempat lain...maka dia pun tercalon jugak! Gelak guling-guling sekarang! Hahahahahaha~

Stop gelak! Okie la tu...maksudnya kawan-kawan pun rasa blog kamu bagus dan boleh dicalonkan untuk Blogger of the Year~ Leh promote blog jugak kan? :)

Nak tengok? Pi jenguk SINI.

Selamat mengundi setiap hari...



Entah Nape Ek...Dua Blog Ni Je Macam Ni...


Saya pakai mozilla...tak tau nape, kalau pakai mozilla, dua blog ni mesti sampai sudah loadingnya tak habis-habis!

Macam ni lah lebih kurang bila saya bukak blog diorang...


Tang header tu je lah sampai skang niiii....

Blog lagi satu? Yang kat bawah ni...


Haaa...ni bakpe lah tak kuar-kuar dia punya header tu sekali...hadoiii...yezza, sampai skang ni ponnn...masih loading camtu gak. Nape ek? Sebab broadband ke? Takkan lah, orang lain punya blog okie jek, laju berdesup-desup!!! (Kalau tanya PCM, genti dia cakap: "biasalah, kan skandal!")

Yang pasti, stuck tang iklan innity tu haaa... Terpaksa lah saya gi bukak blog diorang guna chrome atau opera...huhuhu...

P/S: Sape sini pakai innity? Bak url blog, nak cek loading tak sudah camni jugak ke tak.



AKU VS BEN ASHAARI : ROUND 3



PSSST! MEH UNDI SAYA KAT SINI!!! Hahaha~



Biarpun Sudah Bertukar, Dia Perak Selamanya...


Pernah sekali...
Dia tinggalkan kami di sana...
Hingga terbit rindu dalam hati...
Hingga sepi sahaja dirasa...

Dia pergi saat itu...
Kerana mahu mencari waktu...
Untuk menelaah buku-buku...
Untuk menjauh meraih ilmu...

Kemudian dia kembali...
Kerana kakak yang nakal ini...
Menginvite semula sesuka hati...
Riuh kembali di dalam SB...

Tak sah kalau tak buat bising...
Sampai terhibur hati yang runsing...
Dengan gelagat dia and the geng...

Tapi...
Dia sudah berubah...
Tak sama macam dulu...
Yang dulu sudah hilang...
Tapi tak mengapa...
Walaupun dia sudah bertukar...
Dia tetap Perak selamanya...

Blog Kirin Selama Perak telah bertukar!!!


P/S: Entri merapu ini bukan pantun atau sajak atau seloka atau syair... Selamat malam!



Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (46) lirik (21) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.