BLOG ENCIK SUAMI

Saturday, April 23, 2011

Entri Terpanjang Sepanjang Berblog!


Tadi baca entri Ustaz Amirul Fakhrul kat SINI. Tentang entri yang panjang.

Pssst! Saya nak ajak kamu-kamu baca entri panjang saya, sediakan masa yang cukup, okie? Ni memang betul-betul entri tulisan sendiri, tak copy paste dari mana-mana...satu perkongsian, ambil mana yang bermanfaat.

Kalau de keje lain, tak payah klik SINI. Saya cakap tak payah, tak payah lahhh...:D



Selesai Sudah... Inspirasi UTM !


Alhamdulillah. Selesai gathering blogger UTM petang tadi. Simple je. Just berkenal-kenalan dengan blogger UTM yang tak pernah dijumpai sebelum ni, dan berkongsi macam-macam pandangan tentang dunia blog. Tentang sumber inspirasi berblog. Sumber inspirasi kebanyakan daripada mereka siapa? Ha...dia ni.


Antara mereka yang hadir...


Terima kasih semua yang sudi datang. Maaf atas segala kekurangan masa gathering tadi. Ad hoc sangat kan? Baru plan beberapa hari lepas. Hahaha~ Mungkin lepas ni boleh buat lagi..:)



Tentang Cinta... Yang Bertasbih...


Cinta adalah kekuatan,
yang mampu mengubah duri jadi mawar,
mengubah cuka jadi anggur,
mengubah sedih jadi riang,
mengubah amarah jadi ramah,
mengubah musibah jadi muhibbah,
itulah cinta...

[Ayyatul Husna]




Sekalipun cinta telah ku uraikan,
dan ku jelaskan panjang lebar,
namun jika cinta kudatangi,
aku jadi malu pada keteranganku sendiri...

meskipun lidahku telah mampu menguraikan,
namun tanpa lidah, cinta ternyata lebih terang...
sementara pena begitu tergesa-gesa menuliskannya...

kata-kata pecah berkeping-keping,
begitu sampai kepada cinta...
dalam menguraikan cinta,
akal terbaring tak berdaya,
bagaikan keldai terbaring dalam lumpur..
cinta sendirilah yang menerangkan cinta dan percintaan..

[Anna AlthaFunnisa]


ENTRI CAMBEST SAPE KALI NI? JOM TERJAH!



Anda Sudah Mengundi Hari Ini???


Undi ape lagi ni???

Undi top blogger of the year yang dianjurkan oleh DiGi...sekarang semua duk berkempen meraih undi kat group-group blogger, kat blog-blog pun. Seronok lak tengok diorang berkempen, blogger-blogger otai lak tu. Ehehe...sangat comel! Erk!

Kamu-kamu pun boleh mengundi diorang...sehari satu undi untuk satu kategori. Nape satu je? Sebab guna akuan Facebook untuk mengundi. Kalau kamu ada banyak akaun Facebook, atau kamu ada password semua kawan-kawan dan adik-beradik kamu punya Facebook, bolehlah undi ramai-ramai sekali. Ahaha~ Ops! DiGi jangan marah nooo...

Okehhh...kawan-kawan blogger ni pon masuk jugak. Jom undi diorang ye...

Top Blogger of the Year

Top Masak-masak of the Year

P/S: Sebab sehari boleh undi sorang je, jom buat jadual! Ahahaha~



Saya Jatuh Cinta Dengan Blog Ini!


Jatuh cinta pandang pertama!

Yesssss!

Entri selamba dan berinfo!

Ayat santai dan sempoi!

Pengisian bermanfaat!

Terima kasih Anonymous yang memperkenalkan blog ini kepada saya!

Blog manakah yang mencuri hati saya?

Jom terjah SINI!



Blog Dengan Genre Dakwah Takkan Ke Mana...


Sentap ke dengan tajuk entri? Jangan sentap dulu...

Rasanya dah banyak kot baca kat blog lain, tapi saya nak kongsi jugak kat sini. Mungkin saja orang yang baca blog saya ni, tak baca blog-blog yang lain tu kan? Jadi, apa salahnya saya nak repeat apa orang lain duk sebut dalam entri diorang.

Blog dakwah takde ramai orang baca? Kalau masuk blog dakwah, entri panjang sikit terus tekan pangkah? Yeke?

Tak semua macam tu. Cuba tengok, blog Saifulislam.com, LangitIlahi, Just Another Coffe dan banyak lagi blog dakwah yang entri panjang berjela, tapi ramai je duk baca sampai habis. Tak komen? Takpelah, at least ada orang datang baca, ada silent reader. Blog dakwah ni kelebihan dia orang memang selalu carik kat google tentang agama. Tapi macam mana nak bagi blog dakwah tak tertinggal jauh ke belakang? Supaya boleh bergerak bersama-sama dengan blog lain? Buat kajian, kenapa blog-blog macam kat atas ni mendapat tempat dalam hati pembaca. Kenapa ramai orang suka? Entri dia macam mana? Cuba kaji yang tu...

Yesss, blogger blog dakwah menulis bukan kerana nama.

Betul! Kalau boleh, tinggalkan nama tu kat belakang. Tapi kena ingat, takde sape boleh menolak blog dia dikenali ramai bila dah orang selalu masuk. Mungkin ada yang salah faham tentang NAMA dan FEMES ni. Maksud saya di sini, adakah anda kenal Saiful Islam atau Ustaz Hasrizal? Hilal Asyraf? Dr. MAZA? Ustaz Pahrol Juoi? Dr. Faisal Tehrani? Ya, mereka ada nama...tapi pernahkah mereka meminta untuk mendapat nama? Mungkin tidak sesekali terlintas di hati mereka untuk nama mereka dikenali, tapi dengan nama yang dikenali kini mereka menyampaikan ilmu dan berdakwah kepada orang ramai. Di situ kelebihan mereka.

Dan sekarang, ramai je blogger blog campur-campur berusaha untuk selitkan unsur dakwah dalam entri mereka, alhamdulillah itu satu peningkatan yang baik, bukan?

Jadi, jangan pandang rendah pada blog sendiri, berusahalah untuk lebih maju...!

Quote dari seseorang: "menulis biar kerana Allah..memang, menulis pasal Islam, susah nak terkenal..tapi bukan itu yang dicari..kalau berdakwah hanya kerana nama, katakan padanya ia sia sia..Allah sangat membenci orang macam ni..

sungguh, Islam itu kan datang dalam keadaan asing, dan kembali jua dalam keadaan asing..no wonder lah sesiapa yang menyebarkan islam juga seorang yang terasing..."

MENULIS BUKAN KERANA NAMA...



Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (46) lirik (21) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.