TERBAIK DARI ENCIK SUAMI

Wednesday, April 27, 2011

Wahai Jiwa..



Wahai jiwa yang bercelaru...
Tenanglah, tenanglah...

Jangan biar amarah menguasai...
Jangan biar api menyelubungi...
Jangan biar sepi cahaya menghantui...
Jangan biar nafsu merajai hati...

Kadang-kadang jiwa itu dahaga...
 Perlu nota cinta dari Dia...
Rindu bisikan kata-kata Dia...
Mengintai kasih dengan adanya Dia...

Wahai jiwa yang kembali tenang...
Pilihlah jalanmu...
Hanya engkau dan Dia tahu...
Mana yang terbaik buat dirimu...

-Salam sayang dan selamat malam dari Jeneral SSS.com-


Saya Jeles Dengan Header DIA!!!!


Jelesssssss okehhhhh!

Simple! Ringkas! Menepati tema blog!

Jatuh hati dengan header dia...

Sungguh-sungguh saya jeles!

Lepas ni boleh masuk BPM punya pertandingan header blog!

Kamu-kamu nak tengok tak header baru dia? Klik SINI!

P/S: Rasa cam nak tukar header baru jeee...


Benchmark...???


Ini bukan tentang watermark, tetapi benchmark.

Ape yang diperlukan dalam mencapai sesuatu target? Kene ade benchmark. Ape perlu benchmark ni? Benchmark yang macam mana? Ehhhhhhh, mende benchmark ni???

Benchmark ni seperti...seperti...seperti... Benda yang kita nak bandingkan dengan ape yang kite buat. Satu titik rujukan sebagai kayu ukur kerja kita. Contohnya, nak buat research kannn. Kita buat projek kita, rasanya tu projek baru yang sebelum ni belum pernah ade orang buat. Tapi, untuk pastikan projek kite tu nanti lebih baik dari orang lain punya, kene ade satu benchmark untuk perbandingan. Dari perbandingan dengan benchmark tu, kita boleh tau, projek kita lebih baik dari yang sebelum ni.

Apply dalam kehidupan seharian kita, benchmark tu perlu tak? Mungkin kalau nak bandingkan dengan orang lain tu susah sikit, tapi cuba letak sasaran atau KPI. Key performance index, dalam dua bulan lagi, nak dapat kerja kat syarikat itu ini, dalam sebulan lagi nak pandai buat murtabak lipat macam Mat Gebu, dalam dua minggu lagi nak pastikan khatam al-Quran, dalam seminggu lagi nak hafaz surah Yaasiin dengan maknanya, dan banyak lagi lah yang kita nak buat.

Semuanya untuk nilai kebolehan dan kemahiran diri kita.

Kalau dalam dunia blog? Fikir-fikirkan lah...

P/S: Sape nak undi kawan-kawan saya klik SINI.


Dah Lama Tunggu!


Bila lagi saya boleh capture moment macam ni?

Lepas ni mungkin tak dapat lagi...mungkin akan berubah lagi..

Dah lama saya tunggu...alhamdulillah, tercapai jugak hasrat hati hari ni...hehehe...

Saya suka nak berkongsi dengan dia benda ni...

Dari blog dia...

Dari blog saya...

Nak kongsi jumlah yang sama...pada hari yang sama. :D

Dia ni pun berblog da lama jugak, sama kot dengan saya. Blog template da bertukar banyak kali. Tapi yang kali ni paling saya suka. Sangat nice walaupun mungkin ada yang rasa template tu kebudak-budakan? Hahaha~

Nak tau sape yang berkongsi nombor ni? Sape lagi kalau bukan dia NI.

P/S: Haa...sape tak undi lagi jiran saya hari ni? Klik SINI. Nak tengok blog newbie yang mantop sehari je dah dapat 1000UV? SINI, SINI!


SANTA... Jom Bersanta !


Tadi pagi PCM tanya, da jenguk blog baru tu?

Waaa...da kuar ye, terus lah terjah kan. Sekali tengok...header dia. Erk! Santa? Macam santa clause pulak...ahahaha~ Ops! Jangan marah nooo...sape suh buat gitu! Tau la dua-dua tu nak gabungkan sebab dua-dua ended dengan huruf 'I'. Tapi cam peliksss...hehehe.

Terus dia tukar header! Keh keh keh...baru la nampak tak SANTA! :p Jom lah kita bersanta...eh! Bersantai kat blog baru tuuu...klik SINI~


Oh, Lelaki! Suka Pink Tak?


Klik imej untuk sumber gambor~

Dia kata dia suka pink!

Tapi bukan pink yang striking sangat. Pink yang cerah sikit dari pink kaler blog saya ni. Errr...striking sangat ke pink border blog saya ni? Nasib bek pink tu bukan kaler background kannn, just kat border je...kalo tak, silaulah mata kamu-kamu semua. Hahaha~

Jarang tau jumpa lelaki suka pink! Lelaki pakai pink pun susah nak jumpa. Tapi menurut fakta, lelaki yang gemar memakai pink ni jenis yang metroseksual. Tau tak metroseksual tu ape??? Perkataan ni membawa maksud, lelaki yang mementingkan ketrampilan, gemar berhias dan bergaya. Bergaya dengan gaya lelaki lah, bukan gaya auwwwwwww yeee.

"Secara amnya, lelaki metroseksual terdiri dari lelaki muda, yang mempunyai gaya hidup urban yang tinggi, seorang lelaki sejati, berpelajaran tinggi dan sentiasa kelihatan menarik. Melihat kepada penampilan mereka, pasti ada cakap-cakap nakal yang mengatakan golongan ini sebagai 'gay'.

Jangan buat andaian yang bukan-bukan! Sebenarnya, 'lelaki metroseksual' ini tidak banyak bezanya dengan lelaki-lelaki 'bukan metroseksual' yang lain. Seksualiti mereka dinilai dari segi perwatakan mereka yang benar-benar mengambil berat tentang imej dan gaya, seperti kaum perempuan." [Sumber: SINI]

Haaa...takde kaitan dengan 18sx okehhhh!

Tapi dia yang saya nak kamu-kamu kenal ni, tak pasti la pulak suka pakai pink ke tak, cuma dia suka kaler pink! So...jom kita kenal peminat kaler pink ni...klik SINI!


Blogger Rajin Komen

Get this widget
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih dari Jeneral Sunah Suka Sakura dot com.