Maaf, hari ni sibuk sangat.
Hujung minggu. Cuti-cuti ni pun ada banyak kerja tau. Ada jugak yang perasan blog ni tak berupdate, satu update je pagi tadi. Pasal menangis.
Erm, alkisahnya, tengahari tadi lepas borak-borak dengan PCM (masa tu saya rasa semua orang lain tengah tido lagi sebab saya meng'available'kan diri dengan aman damainya kat YM. Hahaha~ Jangan marah nooo...masa tu sangat free, tapi orang lain sume takde. PCM je adeee...), saya ke Hospital Sultan Ismail.
Bukan saya yang sakit, tapi mak ex-housemate. Kepada kamu-kamu semua, jagalah kesihatan ye, elakkan makan benda-benda manis banyak sangat, kalau keturunan ade kencing manis, lagi mudah nak dapat kencing manis. Bila da luka, memang kesannya tak dapat kita tahan lagi.
Mak ex-housemate tu da kene potong tiga jari kaki kiri. Mula-mula dulu satu jari je, then merebak pulak ke jari kedua dan ketiga. Hanya kerana terkena minyak panas yang tertumpah. Alhamdulillah, anaknya yang dah balik dari jauh ada di sisi. Boleh tolong tengok dan jaga...
Bila kita melihat orang lain, jangan lupa refleks kan kepada diri kita pulak. Macam cermin. Syukuri apa yang ada pada kita sekarang ni, jaga dan pelihara sebaiknya, manfaatkan dan gunakan untuk yang sepatutnya ia digunakan. Bukan disalahgunakan untuk perkara-perkara yang tidak sepatutnya.
Ingat, anggota kita ni lah nanti kat akhirat yang akan jadi saksi semua benda yang kita lakukan masa kat dunia. Mulut kita hanya diam membisu, kaki, tangan, telinga, semuanya akan menjadi reporter kepada Penciptanya.
Jadi...renung diri kamu, ke mana kaki tu pergi selama ni, ape yang tangan tu buat sepanjang hidup ni, bahan ape yang jadi halwa telinga dan mata kamu...masih belum terlambat untuk sama-sama muhasabah dan mohon keampunan.
P/S: Alamak, dah termenaip macam gaya berita, bak kata Ustaz Amirul, pemilik blog yang kene hack sampai hampir putus asa bila entri dia semua dah hilang, tapi da bersemangat semula...
Terima kasih sebab Like~ ^_^
TERIMA KASIH KERANA SEBARKAN~


