BLOG ENCIK SUAMI

Sunday, May 1, 2011

Tawaran Hebat !!!


Untuk efek 3D, sila klik gambo!!!

Khas untuk kamu-kamu di kampus terhebakkkk di Selatan Semenanjung!

Boleh buat macam-macam benda best di sini! Antaranya:

  • Latihan mountain bike
  • Praktis motocross
  • Testing skirting kete
  • Memecahkan plate kete (erk!)
  • Men tukar-tukar gear motor

So, pe tunggu lagi??? Cepat la mai!! Baru siap je niiii...sebelum try test undi SINI dulu yeee...

P/S: Haihhh...makin tinggi bonggol yeee...


SEGMEN : PENULIS SENJA CARI BLOG BLUE AND PINK



Saya suke kaler pink??? Yeke?

Okeh, okeh...pink ni comel pe, kecik-kecik dulu mak suke belikan baju pink untuk saya, baju gaun pink, baju kurung pink, sampai besar ni pun...-_-"

Selain tu, suke kaler lembut-lembut jugak. :)

Blog PS okeyyy~ suka baca entri-entri puisi PS~ :) Tapi header tu...ermmm...mungkin leh mintak tolong sape-sape buatkan header lagi mahsyuk kesenjaannyeee..hehehe. Sebab background dah cukup senja dah tu...mungkin tang header, leh buat simple je...sekadar cadangan...;)

Ok, yang lain kaler pink ngan biru, nak join klik header PS tu ye...


Kenapa Pakai Cincin?


Cincin emas ke cincin perak?

Tak kisah. Gadis kebanyakannya pakai cincin. Walaupun belum kawen, belum tunang, belum ape-ape. Di kalangan kawan-kawan saya pun ramai yang macam tu. Saya pun dulu macam tu jugak. Sekarang kadang-kadang pakai kadang-kadang tak.

Nape gadis suka pakai cincin yang macam tu? Dari penelitian dan pengalaman la kann...gadis yang pakai cincin ni sebab...

  • Saya single, tapi tak available~
  • Saya single, tapi tak mo dikaco!
  • Saya sudah berpunya, so...faham-fahamlah...
  • Saya punya mak bagi, jadi saya pakailah...
  • Saya ikot orang pakai~
  • Saya punya hobi tuuu...

Haa...macam-macam lagi lerr...tak kisah lah sebab ape eks. Tapi tau tak, memakai cincin ni sunnah Rasulullah, dan pakai cincin kat jari mana pun ade sunnahnya...

Ikuti kisah di sebalik cincin di SINI~

JARI YANG SUNNAH DILETAKKAN CINCIN

1. Bagi wanita tiada tempat yang khusus diletakkan. Terpulang kepada mereka untuk memakai cincin dimana sahaja anggota. Samada di kesemua jari tangan atau jari kaki sekalipun. Ini kerana itu adalah perhiasan bagi mereka.

2. Para ulama berbeza pandangan tentang kedudukan jari yang sunnah dipakaikan cincin bagi lelaki. Para ulama Hanafiyah mengatakan bahawa disunnahkan bagi lelaki untuk memakai cincin di jari kelingking sebelah kiri dan bukan pada jari lain walaupun kanan. Sebahagian daripada ulama Hanafiyah mengatakan bahawa diharuskan untuk memakai cincin pada jari kelingking kanan.

3. Manakala al-Imam Malik radhiyallahu anhu, guru kepada al-Imam al-Syafie radhiyallahu anhu mengatakan bahawa disunnahkan memakai cincin di jari kelingking kiri dan beliau sendiri memakai cincin di jari kelingking kiri. Al-Imam Ibn al-Arabi al-Maliki mengatakan bahawa sunnah memakai cincin pada jari kelingking kiri dan makruh memakainya pada kelingking kanan.

4. Para ulama Syafieyah mengatakan bahawa harus untuk dipakai cincin pada jari kelingking kanan atau kiri sekalipun. Tetapi pandangan yang masyhur ialah memakainya pada jari kelingking kanan kerana ianya merupakan tempat untuk berhias. Manakala memakai cincin pada jari manis adalah dibenarkan. Jari tengah, telunjuk dan ibu jari adalah dilarang bagi kaum lelaki untuk meletakkan cincin padanya. Ini kerana terdapat larangan daripada Baginda sallallahu alaihi wasallam kepada Sayyidina Ali radhiyallahu anhu untuk memakai cincin pada jari-jari tersebut.

5. Para ulama Hanabilah pula berpandangan bahawa afdhal memakai cincin pada jari kelingking kiri. Mereka juga berpandangan bahawa dibenarkan untuk memakai cincin pada jari manis dan ibu jari. Manakala jari telunjuk dan jari tengah adalah dilarang untuk meletakkan cincin padanya kerana terdapat larangan yang jelas daripada Baginda sallallahu alaihi wasallam.

Oleh kerana kita ini duduk di Malaysia, dan mazhab yang kita pegang adalah mazhab Syafie, maka ikutlah mazhab Syafie yang no 4 tu. :)

Rujuk SINI untuk huraian lebih panjang tentang cincin yang bagaimana, berat yang banyak mana, bahan yang macam mana bagi cincin yang dipakai...

Pakai cincin ikut sunnah, dapat pahala~ :)

P/S: Selamat bercincin, jom undi SINI.


Hari Kawen Sedunia~~~


Ini gambar orang INI kawen dulu...

Maaf, hari ni pun akan bizi.

Pagi-pagi ni nak bersiap-siap. Nak gi kawen.

Eh, bukan, bukan! Nak gi kenduri kawen je...hehehe.

Ade dua rumah, kat Gelang Patah dengan Segamat. Insya'Allah takde aral melintang, sampai lah ke kedua-dua rumah senior tu...

Ramainye da kawen, Ujang ngan kak Yana pun da kawen. Esok majlis Ujang lak. Habislah ang Ujang...da tamat zaman bujang. Da takleh nakal-nakal dah...ke makin nakal  (baca: makin kuat kentut) nanti Ujang oi? Hahaha~ Tak sabar lak nak tengok update pasangan pengantin kat blog masing-masing bila da disatukan dengan ikatan yang sah sebagai suami isteri...

Buat Ujang dan senior-senior lain yang da kawen dan bakal kawen jap lagi, moga masjid yang dibina kekal hingga ke syurgaNya...ameen...

P/S: Sape-sape nak kawen gak bila-bila masa akan datang, jom undi SINI!!!



Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (46) lirik (21) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.