BLOG ENCIK SUAMI

Monday, May 2, 2011

Orang Tu Ada Header Baruuuu...


Orang mana?

Jiran saya kat atas tu lahhh...

Siap buat entri lagi nak gitau kat semua dia ada header yang lagi comel dari sape ntah...

Ye, saya memang jeles...!!!

Dengan header lama dia pun saya jeles gak...!

Header yang nampak kemas dan simple memang akan buat saya jeles, okehhhh?

Tak percaya, tengok entri penuh kejelessssssan kat SINI. Tu sebab header dia kemas dan simple gak!

Haishh...

Jangan risau, saya takkan tukar lagi header saya, okie?

Sape suke header kemas dan simple gak, meh undi SINI.


Di Sebalik "Osama Laden Berjaya Dibunuh"


Kenapa dengan Osama???

Sekarang ni heboh tentang Amerika dah berjaya membunuh Osama bin Laden. Dah siap semadikan pulak kat tengah laut. Tapiii...mana gambar wehhh, susah betul saya nak percaya! Entah lerr...tentang kewujudan Osama pun sebenarnya menjadi tanya-tanya. Kalo rajin, gi search satu video kat youtube tentang New World Order...ada satu part yang kata Osama ni tak wujud...cuma sesuatu yang diwujudkan oleh Amerika dan geng-geng diorang jee...

Hurmmm... Berat, berat! Abaikan yang tu sat, ni nak cite sal kematian Osama.

Tadi sorang blogger ni post kat satu group blogger, dan title entri tu memang menarik perhatian saya... sebab ape? Sebab benda tu la yang bermain-main dalam fikiran saya. Hurmmm...

Nak tau ape yang diceritakan dalam entri tu? Klik SINI.


Teknik Amek Gambar Sehebat DSLR!


Mahukan gambar kamu secantik gambar DSLR walaupun guna kamera compact?

Tak perlu beli DSLR dah bila da tau teknik ni...

Guna je kamera kamu yang biasa-biasa tuu...

Cumanya...

  • Pastikan orang di sebelah kamu adalah pemegang kamera DSLR.
  • Bila dia amek gambar, duk sebelah dia dengan kamera compact kamu.
  • Bila dia nak amek gambar, get ready jugak untuk amek gambar.
  • Bila dia da tekan shutter, hah! Amek serentak okehhh!!!

Hasilnyaaa....


Apabila berkongsi flash dari kamera DSLR...

Sila abaikan kualiti gambar sebab da dicompress, amek part lighting saje!
Tapi... Kelemahan dia, diorang tengok DSLR, bukan tengok kamera kamu, ok? :p

Hahaha~ Jangan ikut kalo takmo kena halau!

P/S: Jangan marah nooo...


Di Mana Kan Ku Cari Aaron?


Tajuk tak menahan...

Aaron mana? Adakah Aaron Aziz?

Nape Aaron Aziz? Nape bukan Remy Ishak? Nape???

Ntah lerr...tu Fahrin Ashaari yang bagi nama... PCM lak kata, ada orang cakap kat wall jiran dia, header baru blog jiran dia tu macam Fahrin Ahmad. Erk! Habislahhh...mesti dia kembang bila orang kata muka cam Fahrin Ahmad. Hemsemm ke??? Sila judge sendiri, ok...

Yang tak boleh tahan tu, Fahrin Ashaari ni dok tanya pulak, Aaron Budika mana? Dia pi tanya kat entri PCM yang NI...macam dalam gambo kat bawah...


Hahahahaha~ Sape Aaron Budika tu Fahrin Ashaari??? Sape, sape??? Saya takmo ulas lebih-lebih...kang ade yang kembang gak kang...terus dia up entri lak...hadoiii...

Ape-apepun, sape nak undi Fahrin Ashaari klik SINI, sape nak undi Aaron Budika klik SINI. Hehehe...

P/S: Kalo Fahrin Ashaari vs Aaron Budika, sape menang eks?


Pengantin Lelaki Kentut Kuat Di Majlis Perkahwinan


BANGI, 2 Mei - Tetamu-tetamu majlis perkahwinan seorang blogger terkenal tanah air hari ini dikejutkan dengan satu dentuman kuat ketika sedang mengisi perut dengan juadah makanan sekitar jam 11.40 pagi tadi. Dentuman kuat yang diiringi dengan bau telor busuk itu disyaki merupakan kentut yang dikeluarkan oleh pengantin lelaki.

"Gua rasa, tak salah untuk gua kentut. Lagipun, gua percaya, semua hadirin yang hadir terutama rakan-rakan blogger memang menunggu-nunggu saat ini," kata Azfar, 25, atau nama bloggernya, Ujang9897.

Pengantin perempuan yang menutup hidung ketika ditanya pula tidak mahu mengulas lanjut mengenai perkara ini. - BERSAKURA

*****

Err...betul ke berita tu??? Tak tahu lah...kena tanya mereka-mereka yang datang majlis Ujang dengan kak Yana lah yeee...:p

Gambar dari dak muncett

Ujang, maap eks tak dapat gi ang punya kenduri. Kita kan musuh ketat, mana boleh gi kenduri musuh wehhhhh...tak macho lahhhh! Erk! Guro saje...hahaha~ Ekceli, jauh lahh Ujang...huhuhu. Jelessss dengan mereka-mereka yang gi. T_T

Ujang kentut, lepas ni jadi suami soleh, ok? Jaga kak Yana elok-elok...jangan kentut aje merata-rata. Kesian kak Yana nak gi bersihkan bau tu kang...hahaha~

Ape-apepun, moga masjid yang ang bina bersama kak Yana kekal hingga syurga ye...nak tiru cara Uncle John wish untuk kawan dia lahhh... "Moga selamat melahirkan anak pertama pada 2 Februari 2012~~!" Ops! Hahaha~ Okbai!


Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (46) lirik (21) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.