BLOG ENCIK SUAMI

Tuesday, May 3, 2011

Mati Kekenyangan???


Aiyokkk! Tu housemate saya yang cakap, bukan saya, okie? Takde la sampai mati lagi. Hehehe...

Siyes penat.

Penat kekenyangan. Da kenyang tadi, nak login blog, bape kali ntah baru leh login. Adehhhh...nasib bek tak disable lagi akaun ni tadi, hampir-hampir je tu tadi. Adoyaiii... Hurmmm... abaikan...alhamdulillah dah leh masuk.

Malam ni tadi gi makan steamboat ngan housemates, ade sorang tu, yang ibu berpantang dulu skang da habis pantang tu, da nak habis degree dah. Dia bakal pulang ke kampung halaman, berkhidmat untuk suami tercinta dan baby cumil di rumah. Wahhhhhh~ ayat kemain, berkhidmat kunun! :p

Tadi kami gi De'terrace kat Danga Bay...pestime gi sini. Dia kira buffei, sorang RM19.90, amek la banyak-banyak yang kamu nak yeee...yang penting jangan membazir! Kalau da amek, sila habiskan yee...last dia bagi eskem sepotong sorang, masa ni perut pun cam nak tak nak je masuk makanan. Hahaha~ Okeh, okeh...meh tengok gambar mehhh...


Okehhh...ni je yang ade kat sini. Benda lain, sila carik tempat lain! Sedih...makan ni je bolehhh...kalau camni, baik makan kat umah jeee! Ok, tipuuuu sajeee...:p

Meh tengok yang lain...tapi tak banyak pun amek gambar...



Ibu berpantang siap tambah berapa kali entah, sampai last-last memaksa semua orang habiskan jagung bakar dia. Erk! Ok, tipu...saya yang paksa dia habiskan, sape suruh saya amekkan banyak-banyak! Ops~ :p Kesian cik perut. Hahaha~

Alhamdulillah...seronok, seronok~ Kamu pun boleh gak datang sini nanti yeee...


Rindu Itu Terubat...


"sesungguhnya, kini diri ini lebih tenang... terasa diri lebih dekat dengan-Mu... walaupun mungkin banyak mata-mata yang memandang pelik dengan penghijrahan ini... biarlah.. aku hanya mengharapkan redha-Mu.. redha yang dapat membawaku ke jannah kepunyaan-Mu..."

Kerinduan itu terubat...apabila dia tiba-tiba datang menjenguk. Sudah terlalu lama dia menghilang...

Macam mana saya kenal dia? Dari segmen Abang Ben juga... Dia adalah 'soalan' masa tu. Dia adalah yang cuak masa tu. Dia adalah yang rasa pelik masa tu... Sebab tiba-tiba orang datang ramai-ramai nak cek shoutbox dia sama ke tak dengan gambar yang diprintscreen oleh Abang Ben. Dari situlah, ukhwah terjalin...alhamdulillah.

Namun, kesibukan sebagai seorang guru mungkin menyebabkan dia kurang mengupdate blog lepas tu. Entri terakhir dia yang saya baca pun pada bulan Februari yang lepas. Dan kini dia kembali...:)

Siapa dia? Kamu-kamu yang terawal dulu mungkin masih ingat dia...kak Shida, Qaseh, Ina, Areliff, Ir Naz, Ujang, Norfa, Awang, Trex, kak Deqdeq...ingat lagi tak?



Senatan Tenggiling Bersama Hali-hali KGB


Rindi-rindi aduh sayang merindi...
Jaoh-jaoh orang sudah menjaoh...

Dah siap nyanyi ikut irama? Okehhh...lepas siap nyanyi jom kita berSENAT. BerSENAT di sini bermaksud bersenam untuk orang-orang yang sudah bersunat sahaja. Maka, yang tak sunat lagi, duk tepi jek ye. Tengok je...okeh?

Untuk berSENAT, ada caranya. Pertama, amek tengGILING dalam sangkar depan rumah tu, letak tepi. Kemudian baring menelentang. Pastikan tengGILING juga menelentang di sebelah kamu. Bila da siap, alihkan badan ke kiri dalam posisi mengiring. Kira 1, 2, 3 sampai 8. Then, tiarapkan badan, kira 1, 2, 3 sampai 8 jugakkkk. Lepas tu, cuba mengiring semula, kali ini pastikan wajah kamu menghadap arah yang bertentangan dengan posisi mengiring yang mula-mula tadi. Kira 1, 2, 3 sampai 8 lagi yeee... Lepas tu ulang dari awal sampai habis, kali ni tak perlu kira, buat laju-laju pulak...

Faham? Kalau tak faham, cuba GILING-GILING jeee... GILING-GILING ni macam guling-guling lahhhh... Perkataan tu lagi senang kannn...

SENATan ini kalau dibuat bersama HALI-HALI KGB yang lain, tentu akan mendapat badan ketak-ketak ATAI kotak-kotak macam Fahrin Ashaari. Kamu mesti SUKAN kan badan ketak-ketak gitu?

Sekian terima kasih.

Founder Perkataan:
HALI-HALI - Puteri Katek
RINDI - Jeneral SSS.com
GILING-GILING - Isteri Encik Bard

P/S:
Ini entri merapu hasil typo menjadi-jadi di wall FB! Maka, hati-hati dengan typo yeee...nak tips elak typo dalam entri?? Klik SINI!


Daerah Ini...




Mereka kata kau akan sayu di daerah itu
Jawab aku selalu bersama Tuhanku
Kupasrah padaNya sehening tiupan salju
KernaNya aku rasa jitu dan mampu melebihi manusia beribu

Daerah ini daerah tenang sekalipun ada yang kata usang
Daerah ini daerah damai sekalipun sukar untuk sampai
Daerah ini daerah merdeka sekalipun ada yang memeranginya
Biarkan saja aku di daerah ini..

Kata mereka daerah mu itu jauh
Jawab ku pada Tuhan aku bersauh kukuh
Yang jauh itu jiwa yang mungkir
Padaku daerah ini amat hampir

Kata mereka daerah kau itu sepi
Jawabku aku tak pernah sunyi dengan alunan murni
Yang sepi itu jiwa yang inginkan pujian
Padaku cukuplah dengan irama keredhaan Tuhan

Daerahku ini daerah berpendirian
Berpaksikan firman Tuhan
Bukan hukum insan bukan gema sorakan bukan riuh tepukan

Daerah ini tak pernah peduli
Apa kata abdi atau pembesar negeri
Daerah ini berpasakkan Nabi
Bagindalah mimpi Bagindalah realiti..

Biarkan saja aku di daerah ini
Sekalipun ada yang tak gemari
Biarkan saja aku di daerah ini
Sendiri membawa diri dan sanubari

Biarkan saja aku di daerah ini
Sekalipun ada yang tak gemari
Biarkan saja aku di daerah ini
Kerna aku mengerti ia amat suci dan abadi

Di daerah ini, biarlah aku..

-Algebra-


Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (46) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.