BLOG ENCIK SUAMI

Wednesday, May 4, 2011

Lagi Gambar di i-City! Dengan Explaination...(^_^,)


Dah puas terjah tadi?

Ramai tak paham ehhhh... Hehehe. Maaf, maaf...tu sebenarnya kisah geng-geng KBU yang duk area KL gi i-City semalam. Diorang ade upload gambar kat Facebook. Dak Suke Tacing pun ade upload kat fanpage blog dia.

Bila saya belek-belek pagi tadi, saya tersentap. Perghhhh! Saya pun ada sekali dengan diorang kat sana...seronok pulak tengok~

Dak mucuk mula-mula nak buat surprise, tapi tak menjadik pulak sebab saya dah tertengok. Depa buat tak layan pulakkkk bila ceq tanya, yang kaler pink kat belakang tu apa...ops, terkeluaq loghat utagha. :p

Okeh okeh...

Ekceli diorang bergambar dengan bunga sakura kaler pink merah tuuu...

Gambar ni haa...

Diorang bergambar dengan sakura pink merah...saya la tuuu~~ :p

So, saya pun ada la kan kat sana? Saya kan Sunah Sakura~~
(^_^,) <---- lesung pipit Dak Mucuk...

P/S: Jom undi jommmmm~~ SINI, SINI


Saya Pun Gi i-City Gak! Kamu Ada???


Jangan jeles ye kak Shida dan kak Shida lagi satuuuu....dan semua warga Kami Blogger Utagha, saya pun gi gak tau!

Bukan gi sorang-sorang...gi dengan diorang la...tapi saya sampai lagi awal...lama saya tunggu....tak gerak-gerak pun. Sampaikan suhu yang sejuk tu pun lama-lama rasa panas je sampai kemerah-merahan da jadi. Huhuhu...

Tak percaya? Percayalah~~~~~ (sound effect lagu Dato' Siti) Siap ada gambar lagik dengan diorang tau! Best jumpa Dak Mucuk cumil niii...siap amek gambar dengan dia lagikkk~

Apa??? Tak percaya jugakkkkkkkk? Terjah SINI!!! Haaa...geram betul!

Gambar dengan yang lain lak??? Nanti eks...gi terjah yang tu dulu...kita sambung selepas ini...lalala~


Best ke Jadi Lelaki??


Ini sebenarnya soalan ciput yang saya kemukakan untuk para lelaki dalam segmen Abang Fahrin yang INI.

Yang da jawab:


Sengaja saya bagi soalan ni...supaya masing-masing mensyukuri nikmat yang Allah dah bagi pada kita...tak kira kamu lelaki atau perempuan, kedua-duanya ada kelebihan masing-masing. Dan kedua-duanya punya kekurangan kerana kedua-duanya perlu melengkapi antara satu sama lain...

Bagi persoalan Best ker jadi pompuan?? pulak, rujuk jawapan saya di SINI.

Gambar oleh Mr. Danang

Jadi, tak perlu untuk lelaki menjadi perempuan, dan tak perlu untuk perempuan menjadi lelaki...jika kamu benar-benar faham fitrah kejadian yang Allah tentukan... 

Terima kasih~ :)  


Jika ANDA SEORANG BLOGGER




Untuk mengetahui cara dan tujuan , sila klik SINI


BEN ASHAARI, SAYA JAWAB SOALAN ADY BUDIKA



Saya nak jawab soklan blogger Ady Budika tuuu.. Sape dia ni eks? Cam terkenal je...tapi saya tak kenal, saya kenal penkek dia je...

Okeh, okeh...nak jawab ni...soalan dia...

Best ker jadi pompuan??


Alhamdulillah...bersyukur jadi perempuan...kerana...

Perempuan
Malu itu perhiasan
Lembut itu keindahan
Santun itu jadi peneman
Solehah itu dilupa jangan

Perempuan
Biar dia tidak gagah
Namun tidak bermakna lemah
Banyak diam tak bermakna kalah
Disua ujian tak pernah mengalah

Perempuan
Banyak puisi dan lagu tentangnya
Kerna banyak hati terpesona
Bukan hanya memuja semata
Nilai di dalamnya tetap ada

Oleh itu, wahai lelaki
Kerna mereka adalah perempuan
Maka didiklah dengan iman
Segalanya sudah tertulis dalam al-Quran 
Tulang rusuk yang bengkok dipatah jangan
Apatah lagi nak diluruskan...

Lelaki dan perempuan
Dua entiti berbeza
Namun punya kelebihan sendiri
Kedua-duanya sama istimewa
Sama-sama anugerah dari Illahi
Bukan nikmat yang patut dikufuri
Sampai bila-bilapun harus disyukuri...

Sekian...


BEN ASHAARI LELAKI vs PEREMPUAN


Awww...header baru tuuu...:p

Best ke jadi lelaki??


NGERIIIIINYAAAAA!!!!


Gambar ngeri dari Google

Sangat suram rasa dihati,
Esok tak boleh berblog lagi,
Kena tumpu pada studi,
Nak dapat dekan lagi skali.

Jemput hadir berhari-hari,
Datang ke blog kesayanganku ini,
Walau tiada berupdate entri,
Datang singgah alhamdulillah disyukuri.

Eh, tak habis lagiiiii..... sambung rasa ngeri kat SINI.



P/S: Jangan lupa undi SINI dan SINI.


Bangku Kosong - Blog Berbahasa Inggeris



Bro, nak promote satu blog berbahasa Inggeris yang saya suka baca. Blog .:: sCaNdaLmOnGeR? ::. milik Doc Aziz. Hehehe...sekarang ni dia kat Moscow, study perubatan. Dia suka share pengalaman dia kat sana tu terutama bab-bab main snowboard. Buat jeles orang yang datang baca jee... Sekarang da kurang update sebab dia tengah exam. Doakan dia eks~

Kelebihan blog berbahasa Inggeris ni, kamu-kamu punya readers lebih meluas, dari luar negara pun ramai yang akan baca, ye la...bahasa diorang kan, diorang faham, diorang suka, diorang sebar...:)

Tak percaya? Cuba tanya pemilik blog Ijam blogspot. Hehehe...dia pun speaking tuuu kat blog~ Pernah tunjuk pie chart dari luar negara dia...:)

Dulu pernah gak terfikir nak berbahasa Inggeris kat blog. Tapi kang berabuk lak...da berabuk, berterabur pulakkk~ :p Tapi ok what, boleh improve English kan kalo tulis dalam English~ :)

Sape setuju, meh undi SINI.


Bila Da Tersilap...Malu Kan Kan...


Pernah rasa cam ni?

Rasa macam mana? Macam ni...kamu yakin sangat-sangat dengan sesuatu tu, siap keluar segala fakta bagai. Tiba-tiba bila belek balik, ops! Salah la tadi...tapi orang semua da termakan da kata-kata kamu...Erk! Tak paham? Meh bagi situasi...

Aida: Wehh, yang ni kaler merah ni. Bahagian perut.

Udin: Bukan hijau ke? Aku rasa hijau, sebelum ni pun tengok hijau je...

Aida: Merah lahhhh! Aku ni peminat setia dia tau! Jadi aku taulahhh kaler perut dia merah!

Udin: Yeke? Betul ke ni? Betul ke ni Faris?

Faris: Ermmm...ye kot. Rasanya betul la tu...dia peminat setia kann...

Udin: Okeh, okeh...aku letak kaler hijau yee...eh, eh! Merah... (sambil select kaler merah dan teruskan kerja mewarna)

Aida dan Faris hanya memerhati. Kemudian, Aida nampak sesuatu...yang pelik...

Aida: Eh, ni Satria Baja Hitam eh? Bukan Otomen eh??? Errr...alamak...errr...

Udin: AIDAAAAAAAAAAAAA!!!!!!!

Hahahahahahaha~ Cane, cane??? Adesss...tu la, yakin sangat! Kan da maluuu...maklumat pun salah...adoiii. Itu hanya contoh situasi, tak tau lah da berlaku kat depa kat atas ni ke tak. Yang penting, lebih kurang macam tu lah...hehehe.

Lenkali, cek betul-betul ye bila kita nak cakap sesuatu... Kalo yang remeh-remeh je takpe, kalo benda besar...mak ai...kesian semua orang...last-last semua blurr...

P/S: Meh undi SINI~


Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (47) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.