BLOG ENCIK SUAMI

Thursday, May 5, 2011

www.tiffinbiru.com LAHHHH!


PERGHHHHHHHHHHHHH!!!!

Tadi saya main-main je wehhhh!

Tak sangka pulak jadik kenyataan dalam beberapa minit je!!!

Hahaha~ siap ada sorang budak kecik ni nak merajuk 185 saat, kata saya tipu dalam entry tu!

Haaa...tu da jadi tuuu...

Tadi www.matgebu.com, tapi, tapi, tapi...!!!

Guro-guro je tuuu... yang betulnya...


Hehehe...

Tahniah PCM!!!


Tak Ada Masa Nak Blogging!


Sibuk.

Kadang-kadang kita kata kita sibuk sangat. Sampai tak sempat nak update blog. Kadang-kadang kita kata kita ade banyak keje. Sampai tak sempat nak blogwalking. Kadang-kadang kita kata kita tak ade masa. Sampai tak dan nak borak kat Facebook.

Tapi betul ke kita sibuk? Tengok-tengok, boleh je update blog, boleh je blogwalking senyap-senyap, boleh je gi borak-borak kat Facebook. Sibuk ke tu? Yezzaaaa...tu sibuk blogging namanya...kot.

Ekceli, kene bahagi masa betul-betul. Jangan salahkan masa kalau tak dapat nak update blog dan jangan jugak salahkan blogging kalau tak dapat nak setelkan keje lain.

Bak kata www.tiffinbiru.com, work first, pleasure later...

P/S: Tengah nasihatkan diri sendiri.


Jeneral...KOMBAT 1511H


Nape guna jeneral?

Blogger pertama yang tahu tentang jeneral ni adalah pemilik blog Potret Achu (blog dia pun polkadot macam saya~~) Sebab ape? Sebab dia rajin skodeng. Terkejut saya satu masa dulu, bila ade komen kat entri tu dari dia. Dan dia mula panggil saya jeneral disebabkan entry tu.

Maka, terus lah lekat Jeneral Sunah Suka Sakura dot com @ Jeneral SSS.com tuuu... Tapi, tapi, tapi...!!! Ada kisah lain lagi di sebalik jeneral...

Faisal Tehrani. Mungkin di kalangan blogger, tak ramai yang kenal. Melainkan kalau kamu peminat novel fiksyen Islamik yang menggunakan bahasa falsafah tinggi, kadang-kadang bahasa klasik purba...perghhhhh! Dulu kan, saya memang susah nak faham novel-novel dia yang bergenre klasik. Bahasa lama tuuu...tapi lama-lama saya terbuai dan terikut-ikut sekali. Kawan-kawan lain pun yang terjebak dengan karya FT, turut kena sampuk! Erk!


Mendengung, menjunam, menyengat. Lebah sempat mengodekkan ekor, merenung sebelum terbang. Tuan presiden rebah, kejang, terus koma.

Kombat 1511H. Ini zaman depan, tahun 2087 Masihi, yang menuntut perang cara teknologi.

Bio-bots lipas dan belalang, melitup langit dalam awanan aneh. Mengepak, menyerak gelombang. Satelit kucar kacir, komputer huru-hara, radar kacau-bilau.

Cyborg, cypher, sarcos, Ababil, Mikraj, hidrogen sianida, mikrob pemakan logam, laser, segala macam lagi yang dipacu teknologi, teknologi, teknologi.

Syarifah Nusaybah, dia hartawan global, strategis licik yang jasadnya sentiasa diburu peluru, yang tahu kejayaan harus dibina dengan teknologi, bahkan bersungguh-sungguh percaya, kejayaan yang puncak adalah dengan futuwwah.

Etika yang mencuci jiwa, memperteguh roh : Bahawa manusia adalah semata-mata hamba Tuhan. Semata-mata. Dari SINI, boleh juga baca di SINI.


Salah satu karya FT yang saya sangat suka adalah KOMBAT 1511H. Cerita tentang peperangan antara Islam dan Amerika. Pihak Amerika nak menyerang Madinah dan Makkah. Tetapi Allah memelihara Makkah dan Kaabah. Dengan tentera-tentera Islam pimpinan seorang jeneral bernama Nusaybah, dan teknologi-teknologi moden masa depan, mereka berjuang mempertahankan Makkah. Jeneral Nusaybah. Yup, hanya watak di dalam sebuah novel fiksyen, tapi perwatakannya menawan hati saya. Dari situ, kalau ade yang perasan, kat info profile FB saya, ade tulisan mengenai Jeneral Nusaybah. Satu impian? Mungkinkah akan terlaksana? Wallahu'alam.

Dan hari ni, nape saya tiba-tiba bercerita tentang ni? Cuba tengok gambar kat bawah...

Terima kasih kat seseorang yang tolong printscreen... :)

1511

Terima kasih kepada 1511 orang manusia yang terdetik hati nak follow blog tak seberapa ni... :)

Jangan lupa undi Strawberry Cheesecake yang sedapppppppppp sangat kat SINI yeeee~


Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (47) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.