BLOG ENCIK SUAMI

Friday, May 6, 2011

Sape Tak Senyum, Rugilaaaaa~


"Jangan tertarik kepada seseorang kerana parasnya sebab keelokan paras dapat menyesatkan. Jangan pula tertarik kepada kekayaannya kerana kekayaan dapat musnah. Tertariklah kepada seseorang yang dapat membuatmu tersenyum, kerana hanya senyum yang dapat membuat hari-hari yang gelap menjadi cerah. Semoga kamu menemukan orang seperti itu."


Nak lebih tersenyum? Klik SINI.


Cari Jodoh Macam Cari Rumput


"Apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang."

Pernah dengar atau baca tentang kisah rumput dan orang yang disayangi? Kalau tak pernah lagi, klik link NI. Memang analogi yang sangat bagus untuk kisah macam ni!

Ermmm, tadi berkongsi kisah dengan sahabat lama. Manusia ni kadang-kadang tak bersyukur dengan apa yang Allah da bagi kat dia. Bila da jumpa sesuatu yang lebih baik, yang sedia ada ditinggalkan. Apa yang ada sekarang ni tak dihargai dengan sebaiknya. Da jumpa intan berlian, batu kerikil ditinggalkan.

Hurmmmm...untuk kawan lama tu, jodoh dan pertemuan tu dalam tangan Allah juga. Orang selalu kata, kita berjumpa dengan orang yang salah dulu sebab Allah nak bagi kita jumpa orang yang betul. Kannn? Jangan lupa ayat Allah dalam al-Qur'an...


Jangan bersedih kerana jodoh, okie? Insya'Allah DIA akan pertemukan dengan yang lebih baik. Teruskan meminta dan meminta...dan jangan sesekali kerana salahnya dia menyebabkan kamu membenci semua orang sepertinya. Insya'Allah nanti jumpa juga...cuma masa dan siapa tu, hanya Allah yang Maha Mengetahui.

"Watak seorang mukmin itu mengagumkan kerana apabila mendapat musibah dia bersabar dan bila mendapat kenikmatan dia bersyukur."


Segmen Kayif : Terima Kasih




Saya nak ucap terima kasih kepada mereka ini yang banyak membantu saya dalam dunia blog:

Fathul Rahman Misbah
Yesss, dia orang yang pertama sekali MEMAKSA saya buat blog bawah domain asasian.net. Kemudian, saya curang dan hidup bahagia bersama blogspot hingga kini. Fath, ang mai baca tak eh blog ceq ni?

Mutiara Bernilai
Tempat saya meluahkan segala rasa tentang dunia blog, kerana dia along saya yang suka berleter. Terima kasih along, atas segala sokongan dan pandangan dan hingga kini masih mampu melayan karenah angah yang entah ape-ape aje...

Ismail Sirajudin
Tak kenal? Dia silent reader...yang banyak memberi sokongan kepada saya dalam berblog ni. Dia jugak yang bagi sokongan untuk tukar kepada dot com. Sekarang dah maju berbisnes emas! Sape nak beli emas? Sila jenguk group FB dia di SINI.

Pak Cik Mat
Banyak sangat yang dia bantu. Bila orang-orang lain takde, dia ade. Dah puas kot dia menadah mata (telinga takleh, sebab tak dengar, baca jee) baca luahan perasaan tentang dunia blog dan dunia luar. Seorang pakcik yang baik...saya sayang dia...:)

Fahrin Ashaari
Banyak bagi tips tentang blog, banyak sangat dah bantu dari mula saya aktif balik sampai sekarang. Tak pernah jemu layan soklan pelik-pelik dan bagi idea walaupun kadang-kadang nak tunggu respon sampai dua jam. Maklumlah...pelakon terkenal kan abang Fahrin kannn...erk!

Insan-insan Terawal
Sila klik untuk tahu siapa mereka. Kalau bukan kerana Allah pertemukan saya dengan mereka, mungkin juga saya tak berada di tempat ni sekarang. Terima kasih...

Miss Ran
Sebab rajin jenguk blog yang takde ape ni, then komen bagi pandangan... Saya suka baca blog dia, dan gaya penulisan dia pun saya dah masuk sangat dah.

Alia Rosli
Kerana rajin jenguk blog ni hari-hari tak kisah lah entri ape yang keluar. Walaupun kadang-kadang budak kecik ni tak paham ape isi entri. Hahaha~

Cik Pulau
Sebab sanggup berenang dari pulau dia sampai sini nak jenguk entry. Tapi kadang-kadang dia hilang kat pulau, tak jumpa berhari-hari, lepas tu dia datang balik. Ada macam tarzan tak? Ops~ Hehehe...

Nadirah Farhana
Budak UTM ni...kadang-kadang komen dia buat saya gelak. Entah ape-ape je. Sampai saya rasa tiap hari kena buat entry yang nak dia mai baca dan komen. Hahahaha~

Puteri Katek
Budak kecik yang...taknak komen lebih-lebih. :p

Atiq Salleh
Sebab group Sahabat Blogger. Kat sana saya jumpa ramai kawan baru, dan kat sana saya boleh kongsi entry blog saya. Ehhh, tu group. Okeh, Atiq ni budak baik yang selalu bagi pandangan yang bernas tentang entri blog. Terima kasih.

Kak Lydia Miza
Kakak comot yang baik hati...terima kasih, selalu kongsi pengalaman dalam dunia blog, buat kita belajar dari pengalaman. Bak kata Dr Hafiz, belajar dari pengalaman orang lain adalah satu tindakan yang bijak. :)

Fakhrul Zulkifli, Izamir Ridzwan, Kirin Selama Perak, Nik Afnan
Entah cane lah boleh rapat dengan depa ni. Pelik gak...semua tu susunan Allah kannn...terima kasih, kamu-kamu ni selalu buat kepala jadi senget.

Khairul Fikri Saad
Resakse berjanggut yang dah semakin melangkah jauh dalam dunia blog. Syabas untuk dia! Dia bagi banyak tips, tapi saya tak patuh. Hahaha~ Malasssss lah youuuuu! Dia la yang buat segmen ni, so kena bagi ucapan terima kasih kat dia, okie?

Ady Budika
Terima kasih...:)

Dan semua sahabat-sahabat blogger! Sangat ramai! Kamu semua memang banyak membantu sebenarnya! Teguran, pandangan, nasihat, tips...semuanya yang bermanfaat untuk dunia blog ni yang datang dari kamu semua, terima kasih saya ucapkan!

Terima kasih Allah yang menganugerahkan kamu-kamu semua kepada saya.

Alhamdulillah.


ABANG FAHRIN GEGAR BLOG MAY 2011





Eh, Ustazah! : Solat Jumaat


Pagi tu, ustazah mengajar macam biasa. Da lama kan ustazah tak buat shooting dalam kelas. Selalu kat pasar malam je...mesti ade je promote gerai www.tiffinbiru.com tu. Da upgrade da gerai Pak Cik Mat tuuu! Cawangan da bertambah, kena la ada dot com pulak, kannnn. Eh, kembali ke dalam kelas, okie?

Ustazah: Hari ni penghulu segala hari, selalunya apa yang kita buat hari Jumaat?

Nasri: Solat Jumaat ustazah!

Ustazah: Yup, betul...untuk lelaki...lagi?

Yusof: Hari Jumaat penghulu hari, awal-awal pagi dah mandi~

Ustazah: Aik, dua kerat je Yusof? Ermmm...kenapa mandi awal pagi?

Ruhayu: Mandi sunat ustazahhhh...banyak pahala!

Ustazah: Haaa...ni ustazah nak cerita ni. Hari Jumaat ni banyak pahala kita boleh dapat. Pahala-pahala ni kita dapat dari amalan-amalan sunat yang kita buat pada hari Jumaat. Sebelum tu, nak tanya pelajar-pelajar lelaki ni, apa hukum menunaikan solat Jumaat?

Khairul: Wajib, ustazah! Untuk lelaki lah...yang rasa bukan lelaki tu jangan perasan, okie?

Ustazah: Hamboiii ayat...~ Yup, solat Jumaat ni wajib ke atas lelaki, tapi dengan syarat yang tertentu.



Nasri: Erk, wajib... Kecuali dengan syarat tertentu... Ape syaratnya ustazah?

Ustazah: Solat Jumaat ni ada syarat-syarat wajibnya. Jom tengok gambo ni pulak.


Khairul: Oooo...kalau cukup semua syarat-syarat wajib tu, bila kita tinggalkan solat Jumaat, dapat dosa la ye ustazah? Rugilaaaa~~

Ustazah: Ha'ah. Rugikannn tinggalkan solat Jumaat~ Dapat dosa... Sape yang meringan-ringankan hukum Allah ni, Allah murka tau! Nanti kalau asyik tinggal je, lama-lama Allah tutup hati tu dari terima hidayah.


Yusof: Haaaa? Tak nak lah macam tu...tapi ustazah, kalau sakit macam Khairul tu, cane?

Fasihah: Ha'ah laaa...kan ada pengecualian tu macam hadith yang awal tadi???

Ustazah: Yup, bagus anak-anak murid ustazah ni. Soklan yang ditunggu-tunggu~~ Memang ada pengecualian untuk golongan tertentu tentang solat Jumaat ni.


Ustazah: Jadi, kalau rasa sakit tu sampai sangat-sangat sukar untuk ke masjid, buatlah solat Zohor macam biasa kat rumah.

Ruhayu: Eh, ustazah! Kalau yang dikecualikan ni buat solat Jumaat je kat rumah tak boleh ke?

Ustazah: Ohhhh, lagi satu soklan yang bagus! Antara syarat sah solat Jumaat adalah didirikan kat tempat yang telah ditetapkan untuk solat Jumaat, iaitu kat masjid, dewan, padang dan sebagainya. Lagipun, jumlah makmum yang sah untuk solat Jumaat adalah sekurang-kurangnya 40 orang yang tinggal tetap kat kawasan tu.

Fasihah: Maksudnya, kalau buat sorang-sorang, tak sah lah ye ustazah. Huhu...

Ustazah: Ha'ah...jadi buat je solat Zohor macam biasa.

Yusof: Ustazah, ustazah! Pasal mandi tadi ustazah!

Ustazah: Oh, alhamdulillah Yusof ingatkan. Da nak habis masa da baru teringat yang ni. Takpe, simple je eks. Antara amalan-amalan sunat yang boleh kita buat pada hari Jumaat ni...


Ruhayu: Wahhhhhhhhh! Banyaknye boleh buat! Kami yang tak solat Jumaat ni pun boleh dapat pahala, kan ustazah!

Ustazah: Yup, asalkan kita niatkan kerana Allah...

Khairul: Wow! I nak balik sekarang ni ustazah~ Nak gi cukur misai~

Ustazah: Ehhhh, tunggu la habis waktu sekolah dulu. Adoiii...

Khairul sengih macam kerang busuk.

Nasri: Tak hagak-hagak!

Ustazah: Sudah, sudah~ Ok lah, alhamdulillah. Semua dah tau kan, jadi sebarkan pada kawan-kawan kelas lain yang tak tahu lagi ye. Minggu depan kita masuk bab lain pulakkk... Assalamualaikum.

Semua menjawab salam.


Pahala Jumaat...dah banyak sangat yang Allah bagi kat kita sebagai hamba. Tapi kita ni kadang-kadang malas nak kutip benda-benda yang da bertaburan tu. Sape yang rugi nanti? Untunglaaaa orang yang kutip pahala Jumaat.

Rujukan lain:
http://www.tayibah.com/eIslam/solat_jumaat.htm
http://www.mykhilafah.com/fikih/1797-tidak-solat-jumaat-kerana-bekerja
http://soaljawab.jais.gov.my/index.php?option=com_content&task=view&id=229&Itemid=84

Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (46) lirik (21) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.