BLOG ENCIK SUAMI

Wednesday, May 11, 2011

Hari Ini... Semuanya Tidak Dirancang...


Alhamdulillah...

Da penat berjalan hari ni. Dari pagi sampai ke petang tadi. Ke mana hari ni? Meh nak cerita. Pagi-pagi lagi lepas Subuh terus bersiap-siap. Nak keluar tu sempat lagi mesej Dr., tanya pasal report. Erm, tak sempat lah nampaknya nak hantar hari ni. Esok jugak jadinya. So, saya dan Kak La pun keluar lah menuju ke destinasi.

Amek masa hampir dua jam jugak untuk sampai, sampai situ tengok-tengok masa perkhidmatan dalam kul 2-5 petang. Kami sampai dalam kul 10 lebih. So, Kak La pun amek keputusan untuk balik ke rumah dia kejap, dari situ amek masa 30 minit pulak. Tapiiiiii, ntah nape mulut ni gatal sangat sebut satu nama tempat ni. Dah ternampak kan perkataan tu kat bangunan-bangunan kedai, hospital, balai polis...so, ape lagi...sebelum ke rumah Kak La, menyimpang lah kejap...

Okie~ Kami ke Puteri Waterfalls... Dah lama nak gi sini... :)

Kat mana tu? Kat Gunung Ledang... :)

Sejuk tau air ni... :)

Okie, sila bayangkan kat mana jurugambar ni berdiri masa ni...erk!

Tenang je tengok air mengalir... :)

Okehhh...dia bukan merenung masa depan atau masalah harga gula...tapiiii...

...iguana cumil kat atas batu tu menarik perhatian dia, okie??? Hahaha~

Hurmmm...tak dirancang, tapi suke hati sebab dapat jugak jejak ke situ. Lenkali nak pergi lagi, nak panjat sampai naik atas pulak dengan segala kelengkapan yang sepatutnya~~~ Hehehe... Lepas tu, kami gi rumah Kak La kat Jementah...

Bermain dengan Mek Rebitttt ini...

Dan si penakut niiiii...hahahaha~

Lepas mengalas perut dan solat zohor kat rumah Kak La tu, da cukup time untuk ke destinasi yang dirancang pulak. Destinasi mana tu? Yang ni lahhhh...

Gi teman Kak La ke Klinik Pergigian Tangkak...

Masa tunggu ni lah, tiba-tiba terpikir lagi sesuatu. Hehehe...mesej seseorang, tanya dia ada kat rumah ke tak. Nak terjah on the way balik ke JB. Dia terkejut, serius ke ni? Serius lahhh...da dalam laluan, masa pergi pagi tadi pun da nampak signboard tuuu jeeee sepanjang jalan. Tak singgah rasa tak sedap hati pulak. Hahaha~ Kak La pun on jeee...so, dia pun on jeee....

Maka...

500 meter lagi exit ke Sedenak

Okie...tu exit ke Sedenak. Eh, tapi nape kete kami sebelah sini? Sebab tu gambar pagi tadi okieee...bukan gambar belah petang...hahahahahahahah~

Alhamdulillah, jumpa jugak rumahnya. Ingat-ingat lupa jugak masa tu, takut terlajak ke Singapore pulak...eh, melampauuuu lah kalo sampai Singapore kannnn... Bila kami sampai, dia sambut dengan gembira. Keh keh keh...sampai je terus kene makan! Sambil-sambil tu borak pasal berita blog hari ni, sebab tak bukak langsung dari pagi okehhh...tak tau ape cite kat blog. Pasal orang tak angkat kol pun kami borak jugak, pasal teko antik apatah lagikkkkk! Saya pun sampai tergoda pulak dengan teko-teko antik dia ni. Meh tengok meh...

Yang ni dia nak jual 50sen sebijik. Ops~ guro saje! Hahaha~

Abaikan gambar yang terselit kat bawah tuuu...

HAAAAAAAAAA... Datang sini memang nak carik yang ni, okehhhhh! Teko SAKURA!!! ^_^

Tak dirancang pun semua ni... Banyak jugak yang kami borak tadi. Rasa macam nak tidur situ terus je sebab tak cukup puas lagi berborak. Tambah-tambah tak ade talam ubi pulak masa sampai tadi kannnn...ops! Hahahahaha~ :p Terima kasih PCM! Untuk semua-semuanya yeee...insya'Allah lenkali saya datang lagi, saya gitau awal-awal...boleh PCM masak banyak-banyak lagiiii!!! Hahahaha~ Pssst, malam ni, kalo jumpa Kak Limah, kemsalam eksss~~~ Erk!


Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (47) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.