BLOG ENCIK SUAMI

Saturday, May 14, 2011

Jalan Lurus...



Sila dengar lagunya jeee...sebab dalam video ni dia miming...


Jalan lurus sepuluh yang mesti ditempuh
Yang pertama bahwa Allah Maha Esa
Yang kedua Muhammad rasul kita
Yang ketiga cinta ibu cinta ayah kita
Yang keempat cinta guru-guru kita
Yang kelima cinta tanah air kita
Diri kita memancarkan cahaya cinta
Semoga Allah membimbing kita semua

Jalan lurus sepuluh yang mesti ditempuh
Yang keenam salat mari ditegakkan
Yang ketujuh Quran baca diartikan
Yang delapan sedekah jangan terbawa
Yang sembilan puasa penuh keikhlasan
Yang sepuluh senyum sopan senantiasa
Keramahan perilaku diri kita
Semoga Allah membimbing kita semua



BEN ASHAARI UCAP SELAMAT HARI GURU



Latar Belakang Pendidikan

Rumah
1987-1992

Madrasah al-Quran
1992-1993

Pra-Sekolah
1993-1994

SK Agama (M.I.S) Bintulu, Sarawak
1994-1999

SMK Baru, Bintulu
2000-2002

SMK Bintulu, Bintulu
2003-2004

Kolej Matrikulasi Labuan, WP Labuan
2005-2006

Universiti Teknologi Malaysia
2006-Sekarang

Cikgu yang masih saya ingat, adalah semua cikgu yang pernah mengajar saya dan pernah saya kenali dalam menimba ilmu walaupun mereka tak mengajar saya... ^_^ Kenapa? Sebab mereka yang mendidik saya dari kecik sampai lah saya jadi orang sekarang...alhamdulillah...

Sebagai guru? Pernah jadi guru tuisyen untuk dua orang student tingkatan dua, mengajar subjek Matematik dan Bahasa Inggeris. Yang paling best, saya pernah jadi guru PASTI selama 10 hari je, ajar budak-budak umur 4 hingga 6 tahun. Gelak? Uiks, nak jaga budak-budak kecik ni lagi susah dari nak jaga orang yang da besar. Dengan karenah setiap budak-budak ni yang berbeza, ada yang suka buat kepala sendiri, ada yang sangat baik, ada yang sangat nakal, ada yang sangat pandai...yang penting semuanya comel...:) Mengajar budak-budak yang umur macam ni satu tanggungjawab besar kepada guru sebab masa kecik macam ni lah diorang mudah nak terima segala benda kat sekeliling diorang. Kalau baik yang kita bagi, baiklah yang diorang dapat...kalau yang buruk tu kita tak elakkan dari diorang, tak mustahil yang buruk tu diorang amalkan kelak. Nak tengok kisah hari terakhir saya mengajar kat PASTI? Jemput jenguk PASTI-PASTI kan Berjaya~

Akhir sekali jangan lupa undi Strawberry Cheesecake kat SINI~ :)


Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (47) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.