BLOG ENCIK SUAMI

Sunday, May 15, 2011

Bukan Kak Limah, Tapi MAGE Diambil Berlakon Pulak!!!


Mage...tak kenal ke???

Yang tadi tu lah, haiwan peliharaan kepada Kak Limah yang curang. Tak sangka pulak, lepas pemergian Kak Limah ke rumah Fahrin Ashaari, Mage mendapat tempat dalam hati pengarah filem! Masa dia tengah sibuk makan rumput tuuu...ada seorang direktor ternampak kecomelan Mage memegang sudip dan kuali. Erk!!!

Maka...

Mage diambil oleh direktor tu untuk berlakon filem kat bawah niii...


Nampak lah sikit kan jari 25 juta Mage tu berkebolehan untuk memegang chopstick jugak selain daripada makan rumput, pegang sudip dan pegang kuali. Lepas tu siap ada fanpage nkooo! SINI, SINI. Nuffnang pun siap iklankan tau! Femes lah Mage lepas ni...

Jom kita tengok sikit trailer dia yeee...



Hehehe... Lepas ni tak payah bergantung kepada Kak Limah dan Aaron Budika dahhh...

P/S: Jangan lupa undi Mage kat SINI pulakkkk... ^_^

Kak Limah Curang!!!


Malam itu...


Kak Limah termenung di tangga rumah. Mengenang nasib diri yang dipinggirkan. Kini Kak Limah sudah tidak lagi mendapat tempat dalam hati Aaron Budika.

Kak Limah kecewa... 20 hari Kak Limah tak makan nasi. Kalau Kak Limah je yang tak makan, takpe jugak. Ni, haiwan peliharaan Kak Limah yang nama Mage tu pun tak diberi makan. Terpaksalah Mage mencari makanan sendiri...


Mage hanya mampu makan rumput-rumput di halaman rumah Kak Limah sajeeee...kesian Mage...T_T Semua gara-gara Aaron Budika! Dia patut dipersalahkan! Mentang-mentang dah jumpa aweks baru yang elegan dalam pakaian serba hitam, hurmmm... Kak Limah terus dilupakan...

Kak Limah memujuk hati yang lara dengan nyanyian merdu seperti suara Elly Mazlein, "enjit-enjit semut...sape bujang angkat tangan...enjit-enjit semut...sape bujang angkat tangan..."

"KAK LIMAHHHH!!! SAYA BUJANGGGGG!!!" Kak Limah hampir-hampir jatuh tangga. Terkejut mendengar suara macho orang femes yang tengah angkat tangan macam Usop Wilcha.

"Bila masa pulak ko bujang??? Bukan da kawennn keee???"

"Bujang 3 minggu jeee...boleh kan Kak Limah?"

"Haaa...bolehlah...jomlah kita balik rumah ko...nak nyanyi kat tangga rumah ko pulakkk..."

Kak Limah mengikut Fahrin Ashaari pulang ke rumah malam itu. Tanpa disedari, gambar mereka telah diamek secara curi oleh wartawan Wind of Change yang agak katek.

Esoknya dalam paper Wind of Change, tajuk besar muka depan: "Kak Limah Curang!!!" Kat bahagian tepi sebelah kanan paper tu pulak ada iklan, "Sila Undi Strawberry Cheesecake kat SINI~"

P/S: Cerita ini hanya rekaan semata-mata... Orang bujang ke, tak bujang ke, jangan curang... Tak baik... :D


Salah Ke Jadi Orang Yang Teliti???


Apa definisi kamu tentang teliti?

Cermat? Miss/Mr.Perfect? Err...yang macam mana eks? Tak terungkap oleh kata-kata kot. Tapi kita boleh tengok dari tingkah laku dan cara seseorang tu bekerja.

Sape yang selalunya di'campak'kan gelaran teliti ni? Setiausaha~ Perasan tak? Hehehe...sebab diorang kan nak kena buat segala surat, minit mesyuarat, laporan dan segala benda berkaitan dokumen sesebuah organisasi atau syarikat. So, kena teliti. Kalau silap, boleh lingkup syarikat. Sama jugaklah dengan bendahari or juruaudit.

Tapi, yang bukan setiausaha atau bendahari pun ade jugak yang teliti. Contohnya jurugambar, designer,  tukang masak, tukang jahit, dan lain-lain. Kalau kita tengok orang yang teliti, macam mana cara dia bekerja? Mungkin kamu perasan, kawan-kawan kamu yang jenis macam ni buat kerja agak lambat sikit siap, sebab dia seorang yang cerewet dengan hasilnya. Kadang-kadang cuci ayam pun berejam-jam, nak pakai shawl pun kene pin banyak-banyak, nak buat majalah bulanan pun baca ayat satu-satu takut ade typooo...ops~ :p Tapi hasilnya sangat mabeles~

Adakah diorang yang teliti ni pentingkan kesempurnaan? Tak jugak. Diorang takdelah nak sempurna sangat, cuma kalau boleh diorang nak buat yang terbaik yang diorang mampu untuk selesaikan sesuatu kerja tu. Dan hasil yang terbaik tu menjadi satu kepuasan buat mereka. Cincai-cincai pun tak ok, kannn?

So, kalau kamu seorang yang teliti, jangan sedih-sedih pulak...itu satu kelebihan yang Allah bagi bukan untuk semua orang...:)


ENTRI CAMBEST DARI DAK MUCUK


63 Tahun Nakba...


Balfour merengus kasar.

"Jadi macam mana, tuan?" tanya Merzelo.

"Celaka si al-Qawuqji! Berani dia mencabar kita! Dia ingat dengan cara tu kita akan batalkan benda ni???" Muka Balfour merah padam menahan marah. Geram benar dengan tindakan al-Qawuqji yang tidak disangka-sangka.

"Kita...teruskan ya, tuan?" Merzelo teragak-agak, menunggu kata putus dari Balfour.

"Teruskan saja! Dah berpuluh-puluh tahun kita rancang semua ni! Kau tunggulah al-Qawuqji!" Balfour merenung jauh ke luar tingkap pejabatnya. Kampung Nabi Salleh di Ramallah dalam kepala.

***

"Syeikh!!!" Hamed memanggil al-Qawuqji yang baru sahaja keluar dari Surau al-Ayubi. Al-Qawuqji berhenti melangkah sebelum berpaling ke arah Hamed.

"Kenapa ya Hamed?" tanya al-Qawuqji setelah bersalaman dan berpelukan sebentar.

"Subhanallah, Syeikh!!! Ana mendengar sesuatu yang menggusarkan hati ana!"

"Apa yang merunsingkan enta? Boleh ana tahu ya Hamed?"

"Syeikh, Balfour akan meneruskan rancangan mereka!!! Esok negara Israel akan disytiharkan! Pihak British juga akan menamatkan mandat mereka di sini!"

Al-Qawuqji mengucap panjang, namun wajahnya nampak tenang, memancarkan wibawa seorang pemimpin.

"Kumpulkan semua muslimin, selepas Asar di sini," pinta al-Qawuqji.

***

"Allahhhhhhhh...!!!! Allahuakbar!!!" rintih Asiah. Tudungnya ditarik kasar. Badannya dihempas ke penjuru dapur. Lemah longlai tubuhnya kini. Air matanya mengalir melihat anak kecil yang sudah tidak bernyawa di atas lantai tidak jauh dari tempatnya.

"Cantas saja!!!" arah Merzelo penuh benci. Seorang askar Israel menurut perintah. Asiah sempat melafazkan kesaksian kepada Allah dan Rasulullah sebelum nyawa terpisah dari tubuh.

***

Khaled terkedu. Mendengar berita tentang Asiah dan Umar yang telah terbunuh. Bukan keluarganya sahaja. Malah keluarga al-Fahmi, Saed, Hassan, dan muslimin yang lain di Kampung Nabi Salleh turut diserang beramai-ramai.

"Syeikh!!! Bandar Nablus dan Bandar Lama dah musnah!" suara Hamed yang lantang menarik perhatian muslimin. Khaled dan yang lain merenung al-Qawuqji. Menanti kata-kata yang bakal keluar dari mulut pemimpin itu.

"Jangan gentar wahai pejuang Allah! Teruskan bertahan hingga ke akhirnya! Ini peluang untuk kita mendapatkan tempat tertinggi di sisi Allah kelak! Ini peluang untuk kita mencapai syahid!!!" al-Qawuqji menghela nafas sebelum membaca ayat ke-60 dari surah al-Anfaal.

"Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka kekuatan apa saja yang kamu sanggupi dan dari kuda-kuda yang ditambat untuk berperang (yang dengan persiapan itu) kamu menggentarkan musuh Allah, musuhmu dan orang-orang selain mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya. Apa saja yang kamu nafkahkan pada jalan Allah niscaya akan dibalas dengan cukup kepadamu dan kamu tidak akan dianiaya (dirugikan)."

Mendengarkan kata-kata al-Qawuqji membakar semangat jihad para muslimin. Mereka mahu berjuang hingga ke titisan darah terakhir. Hari ini bakal menjadi saksi perjuangan para syuhada di bumi Palestin!

***

15 Mei 1948 - Lebih 500 bandar dan kampung di Palestin telah diceroboh dan dimusnahkan oleh tentera Israel yang menyebabkan lebih 700,000 warga Palestin menjadi pelarian.





Hari ini Hari Nakba... Sehingga hari ini rakyat Palestin menjadi orang asing di bumi sendiri. Mereka saudara seIslam kita, apa yang kita lakukan untuk mereka?

Tentang Nakba - SINI

Sumber gambar Nakba: Wikipedia

Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (46) lirik (21) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.