BLOG ENCIK SUAMI

Monday, May 16, 2011

Dua Blogger Anak Encik Saari, Terima Kasih!


Terharu...

Kakak ni memang selalu mai sini. Komen-komen. Siapa tak kenal dia? Dia rajin blogwalking wooo...

Klik header untuk ke blog kakak ni...

Dan kemudian, tadi pagi dalam entry Tolong Jangan Pelik-pelik... T_T ada seorang lagi blogger dengan surname yang sama komen kat entri tu. Erk~ Terus pi terjah blog dia. Then tanya, akak ni adik-beradik kak Mas Saari ke??? Dia cakap, tepatttt sekali...!!! Wahhhh...seronok pulak! Hehehe...

Klik header ni pulak untuk ke blog kakak lagi satu...

Terima kasih kepada kak Mas dan kak Sal... :)

Best kan kalau adik-beradik kita aktif berblog jugakkk~ :)

Uiks, da undi lom hari ni???

Meh, meh...undi Strawberry Cheesecake yang sedap ni...SINI, SINI.

Terima kasih~ ^_^


Akhirnya... Sempat Jugak...


Alhamdulillah.

Sebelum ni pernah cakap-cakap dengan Pak Cik Mat, nak nombor 55555. Tapi terlepas pulak nombor tu. Then, Pak Cik Mat kata tunggu 66666 lahhh... Erkkkk!!!

Tadi, saya menunggu jugak, takut terlepas. Sempat pulak tido kejap. Sampai mesej-mesej di YM tak terbalas. Kesian ada orang tu cakap sorang-sorang. Siap buat dialog sendiri. So sweet okehhhhhh...

Orait, kembali kepada tajuk perbincangan. Hahaha~ Alhamdulillah tadi sempat snap nombor ni...


Terima kasih ye kepada kamu-kamu semua yang datang berkunjung ke blog ni...


Cantik tak, cantik tak? :p Gambar asal kat SINI

Kalau cantik, meh la undi Strawberry Cheesecake kat SINI. ^_^


Tolong Jangan Pelik-pelik... T_T


GGGRRRRRR!!

Tolonglah... tolonglah... pleassseeeeeee.... T_T

Tolonglah jangan letak widget pelik-pelik kat blog. Sebab ape, nanti kalo orang datang blog kamu-kamu yang letak widget pelik-pelik ni, dia akan automatik kuar tab yang pelik-pelik. Lepas tu tak boleh nak pangkah pulak... T_T

Konon kata "Click OK to continue, or Cancel to stay on current page." Mesti la taknak continue kan? Bila klik Cancel, yezzaaa, kita stay kat page tu jee... Takmo la kan, so nak pangkah page tu, then keluar lagi message window, "Click Cancel to navigate away from this page." Tapi, tapi, tapi...button Cancel tak adeeeeeeeeee!!! Button "OK" je yang adeee...adehhh...sampai bila pun tak habis kalo duk klik yang tu jeee...sampai kuar iklan pelik-pelik lagiii...huhuhuhu...

Terpaksalah tekan Ctrl + Alt + Del dan End Task...T_T

So lepas ni, hati-hati bila pilih widget untuk letak kat blog yee... Kalo de pembaca yang tegur tu, pertimbangkanlah... Untuk kebaikan semua jugak... :)

P/S: Dulu Jeneral SSS.com pun suka letak widgeo yang memperbanyakkan tab kamu-kamu semua...


Kenapa Mereka Merompak Berjubah?


Satu famili merompak.

Itu berita dalam Harian Metro pagi ni. Apa yang menggemparkan adalah si ayah bawak tiga orang anak lelakinya yang berumur 8, 14 dan 15 tahun ikut merompak sekali. Dengan berbekalkan senjata parang pulak tu. Mak, anak perempuan dan seorang bayi pulak duk dalam teksi tunggu yang lelaki-lelaki menyelesaikan tugas. Pun berparang.


"Empat beranak yang berperwatakan alim dengan berjubah dan memakai kopiah serta bertakbir, tiba-tiba bertukar menjadi ‘syaitan’ apabila masing-masing bersenjatakan parang menyamun stesen minyak di Bandar Permas Jaya, kira-kira jam 1.30 tengah hari, kelmarin." [HMetro1]

"Tindakan itu bukan saja dipercayai bagi mengajar anaknya mendapatkan wang dengan cara mudah, malah disyaki bagi membolehkannya menjadikan tiga anak lelakinya, masing-masing berusia 15, 14 dan lapan tahun sebagai perisai apabila berdepan tindakan polis." [HMetro2]

Terkilan.

Mempergunakan imej Islamik untuk membuat perkara maksiat. Bukan cerita pertama. Tapi dah banyak kali berlaku sebelum ni. Bukan setakat merompak, tapi menculik, menjual orang, zina, dan lain-lain. Kerana perbuatan yang diorang buat ni lah fitnah jatuh ke atas orang Islam lain. Mungkin diorang tak rasa apa, tapi orang lain yang memandang pasti da pandang serong dengan orang-orang yang berjubah dan berkopiah.

Matlamat tak menghalalkan cara.

Lepas ni... Yang berjubah dan berkopiah dilarang masuk ke stesen minyak...?


Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (47) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.