BLOG ENCIK SUAMI

Tuesday, May 17, 2011

Harapan Seorang Aku: Andai...


Andai aku adalah tulang rusukmu yang telah hilang
Aku berharap
Jika nanti Allah mempertemukan kita
Kau akan selalu membimbingku
Agar aku menjadi wanita yang solehah
Yang nantinya akan menjadi bidadarimu di syurga
Kerana aku ingin kita akan disatukan di dunia dan akhirat

Andai kau ditakdirkan untuk menjadi ayah buat anakku
Jadilah ayah yang boleh mendidik anak kita
Agar mereka nanti menjadi anak kebanggaan buat kita di dunia dan akhirat
Iaitu anak yang soleh dan solehah
Yang dapat menjunjung tinggi Agama Allah

Andai engkau ditakdirkan untukku...sambung SINI.

Tahniah Blogger Lydia Miza dan Pinky Momma


Alhamdulillah.

Tahniah untuk kakak-kakak berdua ni. Mereka da bertukar kepada domain sendiri jugak. Gembira melihat mereka gembira. Proses pertukaran pun lancar je. Sekejap je dah siap. Dah jadik www.lydiamiza.com dan www.pinkymomma.com. Memang bagus perkhidmatan yang diberikan oleh pihak iHosterz tu yeee...

IKLAN SAT...


Nak dapat pahala lebih dengan infaq telekung? Klik SINI.

Sesiapa yang berminat untuk berdomain sendiri jugak lepas ni, bolehlah klik je iklan iHosterz kat sidebar blog saya tu. Ikut je step dia dari awal sampai habis, buat pembayaran, then tunggu email confirmation bahawa kita punya domain registration da complete. Then boleh terus kepada proses redirecting your blogspot url to your new domain (tutorial). Erk...berterabur speaking!

Kalau nak beli hosting pulak, jangan tanya saya...tanya Izamir Ridzwan. Hahahah~

Uiks, jangan lupa undi SINI.

Masa Lalu Saya Untuk Kamu...


return to the past by =Miss-Nefer on deviantART

Setiap orang ada pengalaman dalam hidup.

Tak kisah lah pengalaman dalam mana-mana perkara pun, pahit, manis, masam, masin... Setiap pengalaman yang dilalui tu kadang-kadang sesuatu yang merumitkan, sesuatu yang sangat sukar untuk kita lepasi pada masa tu... Pengalaman pertama kali kemudiannya menjadi pengalaman kedua kali, ketiga kali, keempat kali dan seterusnya. Dan mungkin jee itu pengalaman pertama dan terakhir kita bila perkara yang dilalui tu sesuatu yang kita tak nak lalui lagi untuk kali kedua. Pengalaman yang macam mana tu? Mesti la yang tak berapa nak best kannn...

Tapi... Tak kira lah pengalaman yang pahit, manis, masam atau masin, sedar tak sedar pengalaman ni mematangkan kita. Kita jadi orang yang boleh berkongsi dengan orang lain melalui pengalaman kita. Akhirnya dengan pengalaman kita tu, kita boleh tolong orang lain yang mengalami situasi yang sama macam kita dulu.

Past Present Future by ~culacino on deviantART

Yup, yang lepas biarlah berlalu... Ambil hanya mana yang boleh kita pegang untuk masa sekarang dan masa akan datang...

Jadi, bersyukurlah kerana ada memori tentang pengalaman masa lalu... Tapi jangan simpan untuk diri sendiri saje, kongsilah dengan orang lain... Moga semua dapat manfaat dari pengalaman kita... :)

P/S: Jangan lupa undi jiran saya di SINI dan SITU. Terima kasih... :)


Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (46) lirik (21) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.