BLOG ENCIK SUAMI

Wednesday, May 18, 2011

Blogging itu Seni???


Seni berblog.

Ade ke? Nak berblog pun kena ada seni? Mungkin. Perbualan dengan cousin saya kat FB tadi mencetuskan entri ni. Hehe... Kalau blog kamu jenis buat puisi macam Penulis Senja, jenis buat cerpen-cerpen macam Miss Ran, memang dah seni dah tu. Tak perlu disangkal-sangkal lagi. Hehehe...

Jadi yang tulis biasa-biasa ni bukan seni ke?

Kamu rasa??? Saya rasa, blogging itu sendiri adalah seni. Nape? Sebab dalam berblog kita kena ada seni menghasilkan tulisan yang menarik minat pembaca datang baca blog kita. Kita kena ada seni nak tackle diorang datang lagi kali kedua, ketiga dan seterusnya. Kita kena mahir seni maintain trafik, seni buat segmen macam abang Fahrin, seni bervlog macam CA Nadh, seni memasak macam Pak Cik Mat, dan banyak lagi seni yang lain. Semuanya untuk memajukan lagi blog kita.

So, blogging itu seni? Mungkin!

P/S: Seni mengundi pun ada...meh undi Strawberry Cheesecake kat SINI ngan Blogger of the Year kat SINI. Terima kasih~ :)


Setiap Kali Kamu Marah...


Bertenang...gambar ni paling sesuai...amek kat SINI

Bila dah marah kena buat apa?

Ramai gak yang kongsi pengalaman masa marah dalam entri TADI. Ada yang bila marah, gi shopping. Ada yang marah sampai nangis-nangis. Ada tu yang marah sampai basikal dia naik atas bumbung rumah. Erkkk! Dahsat nooo...

Tadi da janji nak bagi cara-cara kurangkan marah kannn...

CA Nadh: Ye, boss...lama ceq tunggu. Da siap makan, siap solat da ni...

Boss: Erk, ingatkan tak mai dah tadiii...okeh, okeh...jom kita baca ni...


Setiap kali kamu marah...
  • Bertenang dan tarik nafas sedalamnya. Bawak diri ke tempat sunyi or jauhkan diri kejap dari punca marah kamu tuuu.
  • Macam yang Faris katakan tadi, bagi yang Muslim, beristighfar adalah langkah terbaik meredakan marah. Then, amek wudhu' untuk sejukkan jiwa yang marah.


  • Kaji secara positif setiap ape yang berlaku dan cari jalan penyelesaian.
  • Kalau kamu rasa makanan manis macam coklet atau aiskrim mampu bantu sejukkan rasa marah, tak salah untuk makan masa tengah marah tu~ TAPIIIII...jangan selalu yee...kang ade gak kene kencing manis. (Ha...sebab tu kena kurangkan marah...!)
  • Lihat gambar famili kamu yang tersayang untuk redakan marah secara slow the melow... Bagi yang ade anak, moga-moga senyuman si kecil kamu mampu sejukkan hati yang tengah 'panas'.
  • Amek pen, mulakan menconteng ape-ape je. Memang boleh kurangkan rasa marah tu...
  • Bila da mampu kawal diri, cubalah berhadapan dengan punca masalah kamu. Kalau melibatkan rakan sekerja, cari waktu yang sesuai untuk berbicara.
Ade lagi yang lain? Sume ni saya kongsikan dari majalah RAPI 15 April yang lepas. Terima kasih RAPI! So, lepas ni tiap kali tertekan dan rasa marah, boleh la try benda-benda atas ni eks~ Bak kat Fasihah tadi, orang yang paling kuat adalah yang boleh menahan rasa marah.


Nak menangis bila marah? Silakan...kadang-kadang menangis itu melegakan... :)


TENGAH MARAH NIIII !!!


Anger by #Dark-Asphyxiation on deviantART

Marah?

Pernah hempas pintu bilik kuat-kuat? Baling barang? Hambur kata-kata kesat? Konon-konon nak bagitau semua yang kamu tengah marah? Kamu rasa kamu berhak marah, sume orang pun salah! Releksss...kalo tak releks, amarah kamu tu mampu ganggu fungsi tubuh kamu! Meh kaji sama-sama~

Otak
Amarah boleh buat kamu jadi pelupa. Makin lama makin susah nak ingat kenangan manis dalam hidup sebab bila amarah menguasai diri, hormon 'cortisol' dan hormon yang ade kaitan denga stress akan dirembes dengan kadar yang tinggi. Kesannya, 'pusat memori' jadi kian mengecut dan kurang berfungsi.

Mata
Penglihatan jadi berganda dan kadang-kadang kamu nampak satu garis cahaya yang menganggu. Gejala ni diiringi rasa pening atau migrain. Sebab ape? Bila marah, proses tekanan darah ke otak menegang!

Jantung
Ni yang paling terkesan dengan amarah kamu tu. Jantung akan dapat tekanan yang hebat, so tekanan darah kamu pasti meningkat. Kalau tak dikawal, mungkin kamu akan diserang sakit jantung atau strok!

Gigi
Rasa gigi bergetar yang boleh berlarutan hinggakan waktu tidur pun masih berlaku tanpa kamu sedar. Mengetap gigi boleh menyebabkan rahang kamu rasa sakit, lama-lama gigi kamu patah.

Sistem Imunisasi
Bila marah, perasaan nak melawan akan wujud dalam diri, menyebabkan hormon 'epinephrine' dirembes. Kalau rembesan ni tinggi, sistem imunisasi tubuh akan mendapat tekanan, so kamu akan mudah dapat penyakit dan jangkitan.

Perut
Bila fikiran da dikuasai amarah, otak akan keluarkan bahan kimia semulajadi 'serotonin' dan 'acetylcholine'. Benda ni mengurangkan tekanan darah ke perut. That's why bila kamu tertekan, kamu akan rasa tak sedap perut atau tiba-tiba rasa sakit perut. Cirit-birit? Mungkin saja berlaku dengan tiba-tiba masa kamu tertekan!

Sooo...nak marah-marah lagi sampai seksa tubuh macam ni? Taknak? Kalau taknak, kena la kurangkan marah-marah...

CA Nadh: Macam mana nak kurangkan, boss? Kalau macam ceq ni memang jenis panas baran...T_T

Boss: Haa...nanti mai balik sini. Ceq habaq macam mana nak kurangkan...okehhh?

CA Nadh: Okeh okehhh...

Kamu-kamu pun, tunggu eksss~~ alorhhh...jangan la marah, kang sakit kang... Insya'Allah nanti kita sambung... Hehehe. Sambil tu undi dulu SINI ngan SINI. Terima kasih~


Dah Jam 12 Lebih...


Masa mula menaip, 12.07 pagi.

Sebenarnya da penat. Semalam tido lewat dan bangun awal. Ni nape tak tido lagi ni? Saja nak tunggu pukul 12 lahhhh... PCM pun tak tido lagi tu. Dia tu sampai esok pun boleh berjaga lagi. Kak Limah kan adooo teman dia...kita ni Kak Limah takmooo. Hahaha~ Pssst, dia tak dapat tido mesti sebab Khamis ni nak masuk radio nkoooo~~ Tak percaya? Terjah la blog dia tuuu...

Uiks, kalo da penat tu tido la kan. Kesihatan kena jaga, da sakit-sakit belakang, lenguh-lenguh bahu, tegang urat semua, masih nak berusaha bukak mata yang macam da melekat. Erkkk! Kang esok-esok sakit sape susah? Kamu-kamu jugakkk...

Berblog pun ada limit jugak eks? Adooo...sedangkan abang Fahrin yang aktif berblog tu pun kata kena jaga kesihatan, takut kena darah tinggi, apatah lagi yang sihat-sihat ni. Nak tunggu sakit baru nak berpantang ke? Eh, berpantang pulak...berjaga-jaga...eh, ape-ape je lah kann... Asalkan bawak maksud pandai jaga diri...err, boleh ke? Boleh lah...

So, jom tido jom... TAPIIIII!!! Sebelum tuuuuuuuuuu, undi dulu eks kat SINI ngan SINI. Hehehe... Terima kasih~ 

Nite~ Salam sayang dari Jeneral SSS.com...


Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (46) lirik (21) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.