BLOG ENCIK SUAMI

Tuesday, May 24, 2011

Idea Sudah Terkubur...


The Idea Graveyard. by ~No-Reason-At-All on deviantART

Kadang-kadang kita kematian idea.

Kematian?

Bukan...maksud saya, kekeringan idea untuk menulis entri di blog. Huhuhu. Bila dah takde idea untuk entri, ape yang patut kita buat?

Rehat je lahhh... Goodbye blog! Jaga diri elok-elok yeee~~~

Ops, bukan lah untuk selamanya, tapi sekadar untuk beberapa ketika. Mungkin dari rehat yang seketika tu kita akan dapat idea baru kann? Eh, kalo rehat pun boleh dapat idea ke???

Rehat yang macam mana akan bagi kita idea untuk menulis di blog? Rehat dengan menonton tv kejap, kalo takde tv, tontonlah laptop, kan ade banyak cerita dalam laptop yang terbengkalai sebab asyik dengan blog sejak dua menjak ni. Haa...tengok ape yang ada tu, mana yang boleh share dengan pembaca kang, share lahhh...

Bukan takat tu, boleh gak rehat dengan gi bersiar-siar kat luar rumah, gi hirup udara segar... Tiba-tiba nampak sesuatu, tinggg! Idea untuk blog! Hehehe... Rehat dengan makan pun boleh bagi idea gak, rehat dengan tido, idea pasal mimpi pulak...err... Boleh lah~ Takde lah entri kita hanya berkisar tentang dunia blog aje kannn?

Tapi tak kisah lahhh kamu nak cakap pasal ape dalam entri kamu... Itu kan hak kamu. Asalkan tak buat gaduh, sudahhh~

P/S: Saya takde idea ni, internet pun slow... So nak tengok Supernatural lahhh. Ops, sebelum tu meh undi pakcik-pakcik saya kat SINI ngan SINI. Hehehe...


Boleh Tengok Gambar Che Mat Gebu?


Ada orang tanya saya...

Boleh tengok gambar Che Mat Gebu?

Erk! Camne nak jawab ni??? Dah la nak jawapan spontan dan segera. Manalah sempat saya nak jawab time tu gak, kene tanya Pak Cik Mat dulu lahhh...

So, pagi tadi tanya Pak Cik Mat, soklan yang sama orang tu bagi.

Nak tau Pak Cik Mat kata apa?


"Haipp, tak boleh..."


Err...maaf ye awak, tak boleh...

Pak Cik Mat tak bagi... Huhuhu...

Hurm...? Sape yang tanya...?

Sape lagi... Awak lerr...

Ade orang lain lagi eh yang nak tengok gambar Che Mat Gebu?

Tak kisahlah, yang penting awak tuuu...

Yang search ni haa...

Gambar dari akaun histats... Sila abaikan keywords yang pelik-pelik...

Hehehe... Maaf ye... Kalo nak tengok Che Mat Gebu gak, jom Sedenak, jom! Bukan takat Pak Cik Mat, Kak Limah pun adooo~ :p


Sebarkan Benda Betul... Tak Salah Kan?


Kat Secret Recipe pun ade nasi... Imej SINI.

Makanan ruji rakyat Malaysia adalah nasi.

Ya, betul tu. Tak salah langsung. Tapi tak pula bermakna tak boleh makan kek. Dan tak bermakna kehendak yang satu tu tak boleh ditunaikan langsung melainkan memenuhi keperluan semata-mata.

Bila saya sebarkan maklumat tu, maksudnya saya dapat maklumat yang saya yakin dah betul-betul betul (3 kali betul) dari pihak tu sendiri. Bukan saja-saja nak sebarkan benda yang was-was lagi. Sebab tu saya letakkan link ke site-site tertentu. Untuk kamu klik dan tengok sendiri, bukan sekadar nak menambah pageviews dan trafik mereka (kononnnn lahhh, pernah ada yang cakap macam ni... Hehehe~).

Saya rasa tak salah pun kalau nak sebarkan kepada yang lain yang belum tahu. Yang rasa mengidam kek tiba-tiba, yang tak tau buat ciskek sesedap New York Cheese, diorang pun makan nasi jugak... Takde la hari-hari makan kek... Melainkan diorang keje kat kedai kek... Hehehe... Kalau benda tu salah, insya'Allah saya sendiri jugak akan tarik balik entri tu dan buat entri baru.

Saya sendiri pun dah lama sangatttttttttttt tak makan kek Secret Recipe tuuuu... Sejak dah jumpa ciskek PCM. Hehehe...

P/S: Kalau rasa was-was, memang patut ditinggalkan.


Secret Recipe Masih Halal...


Imej SINI

Semalam ada baca kat satu blog ni.

Isu halal haram lagi. Sebelum ni isu mentega golden churn yang sah ada DNA khinzir tu boleh rujuk entri NI. Kali ni tentang tepung kek pulak, blog tersebut siap mention lagi tepung kek tersebut digunakan oleh Secret Recipe dalam kek-kek depa. Dia bagi link lagi ke blog asal. Then, ada link ke laman JAKIM.

Erm...bila saya masuk dan tengok, eik? Kenapa semuanya produk dan premis makanan Secret Recipe? Masa tu masih konfius lagi. Maka, saya komen la kat blog yang sebarkan tu tadi, "so, halal ke tak eh? sebab kat JAKIM tu sijil halalnye tak tamat lagi..." Ni lah kalo tak paham dan jarang kaji tentang proses pensijilan halal.

Pagi ni bukak blog PCM yang lagi satu tu. Baca lagi isu halal haram ni. Masa tu dah nak kecewa dah sebab macam dah sah je haram, baca pulak kat mStar... T_T Then, bukak blog Izamir Ridzwan. Ada update terkini dari pihak Secret Recipe sendiri.

Alhamdulillah, jangan risau ye kawan-kawan~ Secret Recipe masih halal lagi~ Tak percaya, jenguk sendiri kat SINI. Sekian~


Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (46) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.