BLOG ENCIK SUAMI

Thursday, May 26, 2011

Hati-hati! Kes Menyamar Blogger!


Bahaya betul sekarang ni!

Ada yang bukak akaun Facebook kemudian menyamar jadi blogger lain. Boleh pulak tu join komen kat status blogger yang sebenar. Kantoi la beb, gambar profile yang ang pakai tu tak sama!

Ni saya da siap print screen lagi bukti ni!


Masa tengah borak-borak pasal template blog yang tiba-tiba macam leceh tu, dia interprem... Siap tau pulak hal setting blog jiran saya tu. Maksudnya kat blog pun dia 'menyamar' jugak lah kannnn??? Masuk akaun jiran saya tu, edit macam-macam sampai jadi pelik. Huh! Keji betul kerja penyamar ni!

Tapi, tapi, tapi... Jangan mengamuk dulu...

Ni sebenarnya bukan penyamar, tapi memang jiran saya... Hahaha~ Sebab dia tukar profile pic masa tu, saya pulak tak refresh page, so keluar dua gambar kat page yang sama... Kah kah kah~ Macam betul pulak kannn... Siap suh kembalikan jiran saya! Hahaha~

Hurmmmm, walaupun ni hanya gurauan untuk kamu semua, tapi ingat lerr wahai penyamar kat luar nun. Cukup-cukup la tu buat fake profile guna gambar blogger lain, kesian kat diorang... Jadi je diri sendiri...

P/S: Kes blogger guna dua akaun Facebook tu tak termasuk ye. :p


Kenapa Perempuan Agak Emosi Masa PMS?


Perghhhhh!

TERRRRRbuat jugak entri ni. Semua sebab komen-komen kamu kat entri NI lahhh... Duk nak tau kenapa perempuan macam ni macam tu masa uzur. Adoiiii...

Sebelum kita tau kenapa, jom tengok dulu sindrom PMS yang dicilok dari SINI. Hehehe...

Gejala fizikal
  • Kembung perut — sebelum dan ketika haid, anda mengalami ketidakselesaan akibat kembung perut. Perubahan fizikal yang ketara ialah perut sedikit buncit sebelum kedatangan haid
  • Kekejangan perut — hari pertama atau satu hari menjelang kedatangan haid bulan, ramai wanita mengalami kekejangan perut
  • Sakit kepala — rasa pening
  • Lesu — tidak bermaya dan malas melakukan aktiviti yang biasa dilakukan sebelum ini
  • Sakit sendi dan otot — lenguh badan, terutama di bahagian sendi dan otot
  • Gangguan tidur — tidak nyenyak tidur
  • Nyeri pada buah dada — rasa seperti ditusuk jarum atau buah dada tegang
  • Selera makan bertambah — keinginan mengambil makanan dalam jumlah banyak
  • Mengidam sesuatu — tiba-tiba teringin makan sesuatu, misalnya coklat atau makanan yang tidak pernah dipedulikan sebelum ini
  • Bengkak pada tangan dan kaki

Gejala emosi
  • Mudah marah — melenting dan marah-marah biarpun perkara remeh
  • Perubahan mood — sukar mengawal emosi, sensitif, mudah tersentuh walaupun menonton cerita sedih di televisyen
  • Dilanda risau atau tertekan — rasa risau tanpa sebab
  • Dihantui rasa bersalah atau merasakan diri tidak berguna
  • Perasaan di luar kawalan — jika anda seorang yang sabar, gangguan PMS atau PMDD boleh menyebabkan perubahan sikap
  • Minat untuk melakukan aktiviti berkurangan dan kurang daya tumpuan

Dah faham sindrom ni? Nampak dah sape-sape kat tepi-tepi kamu tu ada gejala macam ni? Hahaha~ Okie~ Tak banyak sebab kenapa perempuan agak emosi semasa PMS. Satu je sebabnya, iaitu perubahan hormon ketika kitaran haid. So, hati yang fragile sangat masa uzur tu, disebabkan hormon. Takde sebab lain. :p

Tapi kan, saya suka baca satu entri pasal PMS ni... Ce baca SINI. Ade lagi satu tentang kepercayaan karut semasa uzur kat SINI. Hehehe...


Jangan Ikut Hati!


Fragile Heart. by ~uwizz21 on deviantART

Ikut hati mati.

Pernah dengar atau baca kat mana-mana? Mesti pernah kan, sejak dari bangku sekolah lagi kita diajar macam tu. Cikgu-cikgu kita akan dedahkan kita dengan macam-macam peribahasa yang ade macam-macam maksud.

Nape kalau ikut hati mati? Sebab hati kita ni kadang-kadang dikuasai nafsu. Ape yang akan dipengaruhi bila ikut hati? Keputusan yang kita buat dalam kehidupan seharian kita. Bayangkan kalau keputusan tu keputusan yang sangat penting, melibatkan masa depan kita pulak, kalau kita buat ikut hati, tanpa fikirkan guna akal, bayangkan penghujungnya nanti macam mana pulak~

Perempuan.

Kenapa kalau masa uzur suka ikut hati? Ops, takleh eh bincang kat sini? Boleh je kan? Panduan untuk semua, tak kira yang baca ni perempuan atau lelaki. Orang kata, perempuan kalau masa uzur sangat sensitif, kadang-kadang rasa nak mengamuk aje, tengok benda tak betul sikit rasa cam nak melenting, lepas tu menangis sorang-sorang. Tapi ade tak yang fikir, nape lah nak marah sangat sampai camtu sekali, takde maknanyeee... 

Kadang-kadang masa tu lah nak kene putuskan sesuatu. Dengan hati yang tengah kacau-bilau tu, jaga-jagalah dengan keputusan yang tak masuk akal, sebab bila da ok nanti mesti rasa menyesal, lepas tu da takleh patah balik. Malu sendiri.

Jadi tak kira perempuan atau lelaki, masa uzur atau tak uzur, jangan buat keputusan ikut hati, tapi tanyalah iman dalam dada!


Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (46) lirik (21) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.