BLOG ENCIK SUAMI

Friday, May 27, 2011

Eh, Ustazah! : Jom Makan!


Hari tu ustazah bawak Kek Batik Horlick ke sekolah. Ada jamuan sempena Hari Guru. Lambat sikit sekolah ustazah sambut sebab sibuk dengan exam. Masa tu ustazah tengah nak bahagi-bahagikan makanan yang guru-guru bawak untuk jamuan.

Nasri: Eh, ustazah! Assalamualaikum!

Ustazah: Eh, kamu, Nasri. Wa'alaikumussalam... Lama tak nampak. Sibuk ye?

Nasri: Ha'ah, ustazah. Bizi study untuk exam. Huhuhu.

Ustazah: Baguslah, dari bizi buat benda lain, kan? Takde keje sekarang ni?

Nasri: Err.. Takde, ustazah. Hari ni kan memang takde kelas, sekolah sambut Hari Guru.

Ustazah: Ha'ah, terlupa pulak. Kamu tak menghias dewan ke?

Nasri: Tadi Ustaz Fakhrul pesan datang sini, tolong ustazah katanya. Ada lagi yang lain kat luar tuuuu...

Ustazah: Owh, yeke... Ha, panggillah diorang masuk.

Nasri: Azizi, Dayana! Aiza pun! Meh sini!

Anak-anak murid ustazah mengucap salam sebelum masuk ke dalam pejabat. Ustazah menjawab salam sambil tersenyum.

Dayana: Wahhhhhhhh... Banyaknya makanan! Spaghetti Carbonara pun adeeee!

Aiza: Tengok ni, tengok! Puding Gembira!!! Sedapnyeeeeeeeeeeee~~~~~~~~~~

Azizi: Hamboiiiii dak pompuan ni~ Tak boleh tengok makanan eh?

Ustazah: Hehehe... Azizi tak teruja ke?

Azizi: Erk! Teruja jugak ustazah, dalam hati...

Nasri: Hahaha~ Dalam hati konon, tu tangan tuuu... Boleh alihkan tak dari Apam Polkadot tu?

Azizi: Ops! Ehe... Terkantoi pulak...

Ustazah: Dah, dah... Jom kita bahagi-bahagikan makanan ni semua. Banyak nak kena setelkan ni.

Dayana: Okey ustazah, lepas ni boleh makan banyak-banyak~~~ Weee~~~

Ustazah: Haa... Cakap pasal makan ni, tau tak yang kita tak boleh makan banyak-banyak?

Dayana: Ha???? Kenapa tak boleh pulak, ustazah???

Ustazah: Hehehe... Terkejut bebenor kamu ni Dayana. Sebenarnya Rasulullah pernah bersabda...


Aiza: Wahhhh, kene bahagi-bahagi macam kita bahagi makanan ni pulak ye, ustazah?

Ustazah: Haa... Kita disarankan macam tu supaya nanti nak beribadah pun senang. Cuba bayangkan kalau perut penuh, macam mana nak solat?

Nasri: Tak payah bayangkan, ustazah. Selalu je macam tu. Makan banyak sangat sebelum Isyak. Mak aiiii, seksa nak rukuk ngan sujud!

Ustazah: Tau, takpe... Selain sebab seksa tu, kalau kita makan banyak sangat, nanti kan cepat mengantuk, sampai terlajak nak buat ibadah wajib.

Dayana: Huhuhu... Lepas ni kena makan berpada-pada la ye, ustazah.

Ustazah: Ha'ah... Allah pun tak suka orang yang makan secara berlebih-lebihan.


Aiza: Alhamdulillah, ustazah dah gitau awal. Kalau tak, mesti saya makan semua benda yang ada ni.

Ustazah: Alhamdulillah...

Azizi: Tapi ustazah, kadang-kadang orang amek makanan banyak-banyak dalam pinggan, lepas tu tak habis pun... Kan ke dah membazir tu~

Ustazah: Ha... Sebab tu lah kene amek sebanyak mana yang cukup untuk perut kamu tu. Takkan dah berbelas tahun hidup kat dunia ni, masih tak tahu saiz perut sendiri?

Nasri: Erkkk! Pedas sungguh ayat tu, ustazah~

Ustazah: Tu pun kawan ustazah yang post kat Facebook tak lama dulu, ustazah pinjam ayat dia je...

Dayana: Tapi ustazah, tak biasalah makan sikit. Dah terbiasa makan banyak. Kalau sikit, mesti kebulur nanti. Huhuhu...

Ustazah: Cuba ingat balik sunnah Rasulullah s.a.w...


Nasri: Lapar tu sunnah Rasulullah ye, ustazah?

Ustazah: Ha'ah... Tapi, jangan pulak kamu berlapar sehingga memudaratkan kesihatan kamu...

Azizi: Berpada-padalah... Kan, ustazah?

Ustazah: Yup, pandai pun...

Azizi: Wellllllll~~~~~

Ustazah: Ha, bila orang puji sebut ape?

Azizi: Ops! Alhamdulillah, ustazah. Astaghfirullahal'azim. TERRRriak pulak. Huhuhu...

Ustazah: Dah, dah... Jom bawak makanan ni semua gi dewan. Dah nak mula majlis dah.

Mereka semua membantu ustazah membawa makanan-makanan tersebut ke dewan sekolah.


Makan, untuk hidup bukan? Bukannya hidup untuk makan. Dan disarankan pula untuk makan dari makanan yang baik dan halal. Kerana dari makanan itulah yang akan menjadi darah daging diri kita. Dan dilarang pula untuk kita mengikut langkah-langkah syaitan... Maka, kawallah nafsumu bila berkaitan dengan makanan.. Banyak lagi sebenarnya tentang "makan" yang tersurat dan tersirat. Teroka dan kajilah, dan ambil mana yang boleh dimanfaatkan.


Kenapa Button Follow Tu Elok Je Kat Situ?


Blogger MTT ni tinggalkan jejak kat shoutmix... Mesejnya berbunyi... (Sila baca dari bawah ke atas...)


Erk! Ha'ah lahhh... Masa dia gitau tu, baru perasan button Follow orang lain sume ilang. Tapiii... Button Follow saya ada pulak, dan jiran saya punya pun ade jugak. Gi jenguk blog Adam Zulhilmi yang ade header kacak, pun ade jugak. Blog maduku kak Shida pun ade jugakkkk...

Haaaa... Saya dah tahu. Hehehe... Sebab kami semua guna template blogspot. Sebab tu ade lagi. Yang kamu-kamu yang hilang tu sebab guna template lain, nanti da habis maintenance ade balik kot nooo... Sabar eks~ :)

Pada rakan-rakan blogger yang dah lama kenal, yang terkejut saya tak follow lagi tu... Huhuhu... Saya minta maaf, sebab saya pasti saya dah follow blog kamu. Bila saya cek balik, profile pic blogger saya da takde pulokkk~ Nak follow balik takleh dahhh... Keluar mesej camni...

Sama cam abang Fahrin dulu...

Sama macam kes abang Fahrin hari tu, lepas blog dia not found. Blog saya pun pernah not pound kat SINI. Huhuhuhu... Tapi, tak bermakna saya unfollow tauuu... Sebab pe saya cakap camtu, bila saya klik button Follow kat navigator bar blogger.com tu, keluar mesej camni pulak...

Already okehhhh, "ALREADYYYY"... :p

Uhuk uhuk~ So, saya dah follow sebenarnya, tapi gambo tak kuar... Mungkin jugak sebab dah follow terlalu banyak blog... Sampai kat dashboard pun dah tak keluar ape-ape. Huhuhu...

Minta maaf kat blog yang muka saya ilang tuuu... Sedih gak jadi gitu, tapi nak wat cane... Bila unfollow and try follow balik pun sama jugak... Jangan merajuk eks~ Jangan buat entri pulak kata saya tak follow balik... Huwaaaaaaaaaaa~

Err... Ade tak yang baru-baru ni follow saya, tapi saya tak follow dia lagi? Bak link!


Semua Orang Berusaha...


sky of many hues.. by ~sugarbearkitty on deviantART

Ye, semua orang.

Orang yang nak capai sesuatu dalam hidup dia, mesti akan berusaha untuk capai benda tu. Tak kira lah benda besar atau kecik, susah atau senang, pasti akan berusaha untuk dapatkannya.

Contohnya kalau nak berdiet atau nak kuruskan badan. Seseorang tu letak target, lima bulan akan datang berat badan dia akan turun 10 kg. Maka dia berusaha untuk turunkan. Tapi kenapa di hujung bulan kelima tu berat badan dia tak turun-turun jugak?

Ada yang nak jadi tough sikit dari sekarang. Nak tambah dari 1 pax kepada 6 pax, bagi ketul-ketul macam abang Fahrin. So, dia mula berusaha untuk gi jogging dan gi gym setiap petang. Tapi kenapa walaupun setelah berbulan-bulan lamanya dia buat, masih kecik macam tu jugak?

Ada yang target nak hafaz 1 juzuk al-Quran seminggu. Dua minggu dua juzuk, sebulan 4 juzuk. Kemudian dari 1 juzuk seminggu jadi 1 juzuk sehari. Wahhhhhhhhhhh! Bestnye kalau dapat hafaz 1 al-Quran sebulan! Tapi... Kenapa dah dua minggu berlalu, tapi masih sangkut kat juzuk pertama jugak?


Istiqamah. Berterusan.

Semua orang berusaha, tapi tak semua orang istiqamah! Usaha tu bersungguh-sungguh dan begitu berkobar-kobar masa awal-awal je, lama-lama jadi pelan, macam kete nak habis minyak... Then, tinggal sikit-sikit. So, ce tanya diri sendiri, macam mana nak berhasil?

Sama jugak macam berblog...


Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (47) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.